Peminat Terhibur Mendengar Pengulas Hentam Mbappe Ketika Mengulas Perlawanan Perancis Bertemu Wales

Kylian Mbappe telah digelar penipu besar oleh pengulas ESPN, Craig Burley yang mengulas aksi perlawanan persahabatan antara Perancis bertemu Wales awal pagi tadi.

Craig memanggil Mbappe penipu besar kerana menganggap bintang handalan PSG itu sekadar dive untuk mendapatkan sepakan penalti.

Penyerang Paris Saint Germain itu dengan sengaja merebahkan badannya selepas bergelut dengan pemain pertahanan, Joe Rodon pada minit ke-31 permainan.

Pengadil perlawanan yang berasal dari Portugal, Luis Godinho dengan segera mengesan tindakan Mbappe dan meneruskan permainan seperti biasa.

Mbappe tidak dilayangkan kad amaran atas aksi lakonan beliau yang cuba menipu pengadil untuk mendapatkan sepakan penalti.

Hal itu menyebabkan pengulas, Craig Burley menganggap tindakan Mbappe yang sangat mengarut itu seharusnya dihukum dengan layangan kad.

Bercakap ketika bersiaran langsung, Burley menyatakan:

“Oh, bangun, bangun! Dia ada sikap buruk yang kamu pun tahu, terus perhatikan dia. Tengok, En. tak bersalah, Kylian Mbappe… Tengok ini, tengok, penipu. Jelas penipu.”

“Tengok ini… Tengok lah dia… Memalukan. Pemain berbakat seperti dia merebahkan badan dengan cara keterlaluan seperti itu, pengadil membuat keputusan tepat… Tapi dia sepatutnya berikan kad kuning.”

“Beri kad kuning untuk aksi mengarut seperti itu, jika kamu boleh layangkan kad merah pada pemain muda seperti Neco Williams, dalam aksi perlawanan persahabatan seperti itu, layangkan kad kuning pada dia (Mbappe) kerana merebahkan badan.”

“Mari kita hentikan benda ini sebelum Euro bermula. Maaf, saya terlalu marah.”

Tindakan Mbappe merebahkan badan di dalam kotak penalti dengan reaksi Burley yang membebel memarahinya tular di media sosial ketika perlawanan masih berlangsung.

Selain insiden ‘diving’ tersebut, satu lagi insiden panas yang berlaku dalam perlawanan ini adalah ketika Neco Williams dilayangkan kad merah.

Ia merupakan keputusan yang agak tegas dan boleh dianggap aneh untuk melayangkan kad merah pada Neco Williams dengan cara seperti itu.

Pemain muda berusia 20 tahun itu dibuang padang pada minit ke-26 permainan selepas pengadil perlawanan, Luis Godinho menganggap bintang Liverpool itu menahan bola menggunakan tangan.

Luis Godinho mengambil masa yang cukup lama untuk menilai situasi tersebut dan selepas berpuas hati, beliau terus melayangkan kad merah pada Neco.

Selepas tamat perlawanan, pemain sayap Wales, Daniel James turut merasa seolah sukar untuk percaya dengan keputusan kontroversi pengadil melayangkan kad merah itu.

“Saya bukan mahu bercakap tentang pengadil, tapi ini perlawanan persahabatan.”

Jelasnya kepada Sky Sports.

“Dia ambil masa 10 minit untuk melihat situasi itu dan kemudian dia memutuskan bahawa ia jelas dan keterlaluan. Saya pun tak tahu macam mana boleh jadi jelas dan keterlaluan.”

“Dia berada di luar dan saya pun tak pasti macam mana ia penalti. Kami telah beritahu yang Neco berada di kedudukan yang tidak selesa dan dia tak boleh buat apa-apa tentang itu, tapi ia bukan penalti.”

“Bahkan pemain mereka sendiri kata jangan berikan Neco kad merah. Tapi dia boleh buat apa saja, dia boleh beri mereka dua gol dengan penalti dan kad merah.”

“Jika ia berlaku ketika aksi bertemu Switzerland ( aksi pembukaan saingan Euro 2020), kami mungkin akan lebih tertekan.”

Selain isu-isu panas tersebut, skuad kendalian Didier Deschamps berjaya menewaskan Wales 3-0 hasil jaringan Kylian Mbappe, Antoine Griezmann dan Ousmane Dembele.

BACA:  Lionel Messi Namakan Empat Pencabar Terdekatnya Untuk Memenangi Anugerah Ballon D'or