Peminat Tertanya-Tanya Adakah Mbappe Seorang Muslim?

mbappe muslim

Satu persoalan timbul di media sosial dalam kalangan peminat bola sepak dunia dan mereka tertanya-tanya adakah pemain muda Perancis yang berbisa dengan ledakan, Kylian Mbappe adalah seorang muslim?

Persoalan ini timbul gara-gara trofi Man of the match (MOTM) atau pemain terbaik perlawanan yang dipegang oleh Mbappe yang langsung tidak mempunyai logo penaja.

Selain itu latar belakang ketika pemain memenangi anugerah itu untuk bergambar juga berbeza iaitu berwarna putih dan bukannya berwarna merah.

Kesemua pemain Muslim yang memenangi gelaran pemain terbaik perlawanan termasuklah Hakim Ziyech mempunyai trofi dan latar belakang gambar yang sama dengan Kylian Mbappe,

Mungkin Budweiser menyediakan dua trofi berbeza untuk pemain terbaik perlawanan jika melibatkan pemain beragama Islam demi menjaga sensitiviti.

Di mana kesemua pemain beragama Islam yang telah memenangi anugerah pemain terbaik perlawanan dilihat telah memegang trofi tanpa ada perkataan ‘Budweiser’.

Gambar Harry Kane di bawah adalah contoh gambar selain daripada pemain Muslim apabila menerima anugerah pemain terbaik perlawanan dengan jenama penaja jelas kelihatan di trofi anugerah.

Selain itu latar belakang untuk gambar tersebut berwarna merah mengikut tema jenama penaja dan disertai dengan logo penaja memenuhi papan backdrop.

Setakat ini tiada laporan yang sah menyatakan bahawa Kylian Mbappe adalah seorang muslim dan merupakan seorang penganut Kristian.

Penjelasan tepat kenapa trofi dan latar belakang gambar Mbappe adalah sama dengan pemain Muslim yang memenangi anugerah pemain terbaik perlawanan adalah disebabkan oleh prinsip.

Pemain Perancis itu mematuhi dasar yang diamalkan oleh hak imejnya untuk tidak mengiklankan minuman beralkohol, serta pertaruhan sukan dan makanan ringan.

Difahamkan, Mbappe, yang telah menjadi contoh kepada ramai kanak-kanak Perancis berikutan peningkatan mendadak dalam bola sepak, tidak mahu merosakkan imejnya dengan mempromosikan minuman beralkohol seperti Budweiser.

Dasar yang bagus dari Mbappe demi menjaga imejnya selaku pemain bola sepak profesional yang menjadi idola kepada anak-anak kecil terutamanya di Perancis.

Dan tidak menjadi kesalahan untuk pemain tidak mahu logo penaja itu berada di dalam gambar dan FIFA membenarkan perkara ini jika ia bertentangan dengan seseorang pemain itu.

Dan bagi Mbappe jelas disini alasannya lebih berkaitan dengan isu kontrak. Dalam kontrak hak imejnya, dia tidak boleh mengiklankan makanan ringan, pertaruhan sukan atau syarikat minuman beralkohol.

Jelas di sini, Mbappe menolak semua itu bukanlah kerana dia seorang Muslim. Bagi pemain Muslim perkara ini sangat bertentangan dengan pegangan agama mereka.

Selain itu bintang penyerang Perancis itu masih belum muncul pada satu sidang akhbar di Qatar dalam usaha mengelak persoalan mengenai masa depannya bersama Paris Saint-Germain menjadi mainan media.

Persekutuan Bola Sepak Perancis, yang telah menawarkan sokongan penuh kepada Mbappe kerana boikot sidang akhbar telah memutuskan untuk membayar sebarang denda yang dikenakan kepada pemain yang enggan bercakap kepada media selepas memenangi anugerah pemain terbaik perlawanan.

Namun demi menjaga hati media, Mbappe tampil memberi penjelasan kenapa dia berbuat demikian selepas perlawanan menentang Poland.

“Saya tidak mempunyai permusuhan apa-apa terhadap wartawan,” Ujar Mbappe.

“Jika saya tidak datang untuk bercakap itu kerana saya perlu menumpukan perhatian sepenuhnya pada pertandingan dan tidak membazir tenaga untuk perkara lain.”

“Saya telah mempersiapkan diri sepenuhnya dari segi fizikal dan mental untuk memenangi kejohanan ini.”

Perancis sanggup membayar denda dan menyokong Mbappe tidak sertai sidang media supaya fokus pemain itu tidak terganggu dan Les Blues akan mendapat yang terbaik dari Mbappe.

Dan perkara ini seperti sudah menampakkan hasilnya apabila Mbappe menjadi pemain terbaik perlawanan dalam 4 perlawanan dan perlawanan menentang Poland amat menakjubkan dengan deretan rekod tercipta.

BACA:  Larian The Flash Kylian Mbappe Yang Tak Boleh Bawa Bincang