Peminat Yakin United Julang EPL, UEL & Piala Dunia Musim Ini Selepas Menang Piala Ada Kipas RGB

Kejayaan Manchester United menewaskan Liverpool baru baru ini dalah aksi pra musim di Thailand membuatkan peminat mereka mulai melaungkan amaran bahawa mereka akan menjadi juara EPL musim ini.

Kemenangan 4-0 Manchester United ke atas bekas bakal calon quadruple musim lalu Liverpool membuatkan peminat benar benar yakin akhirnya Manchester United kembali menjulang EPL.

Peminat Manchester United gembira kerana hanya 1 perlawanan sahaja diambil Ten Hag untuk menamatkan kemarau piala 5 tahun pasukan Setan Merah.

Lebih penting piala tersebut berbentuk stadium dengan ada fungsi kipas RGB macam gaming graphic card.

Peminat Man United Teruja: “Ten Hag Baru 1 Perlawanan Dah 1 Piala!”

Erik Ten Hag ternyata mengotakan janjinya untuk menamatkan era Klopp dan Guardiola.

Sebelum ini juga Bruno Fernandes sudah melaungkan amaran bahawa Manchester United akan menjuarai semua piala yang mereka bertanding. Ini bukan omong kosong!

Dalam 1 perlawanan sahaja, Erik Ten Hag sudah memberikan trofi kepada Manchester United. Walaupun hanya perlawanan pemanas badan, namun kemenangan 4-0 ke atas pasukan yang dianggap terpower di EPL itu sudah cukup memberikan amaran kepada lawan yang lain.

Peminat Manchester United di media sosial sangat gembira kerana akhirnya mereka menjulang piala pertama mereka selepas 5 tahun. Ianya kemarau agak lama.

Lebih menarik perhatian piala tersebut ada set cooler berlampu RGB gaming versi RTX di bawahnya. UCL pun tak ada tau.

Ten Hag ternyata berjaya menamatkan kemarau piala mereka sejak era Jose Mourinho.

Trey berkata: “Hanya mengambil 1 perlawanan sahaja untuk menamatkan kemarau trofi 5 tahun Manchester United. Keagungan!”

Peminat Manchester United benar benar teruja dengan kejayaan menjulang trofi tersebut.

Bra Minkis berkata: “Ten Hag mendapat trofi pertamanya hanya pada hari pertamanya bertugas. Permula yang segar untuk bos. Persembahan menakjubkan oleh, Bailley, Martial, Rashford, Sancho, De Gea, Savage, Malacia, Amad, Fred, McTominay, Pellistry, Varane, Zidane. Persembahan mantap daripada pemain pemain muda kita dan kesebelasan utama.”

Peminat United: Serahkan siap siap piala EPL, UEL dan Piala Dunia

Keterujaan itu bersambung apabila peminat mulai kembali yakin bahawa akhirnya Manchester United sebenar yang sarat dengan piala akhirnya kembali.

Seorang lagi peminat mengingatkan Ronaldo bahawa, dia tak perlu berpindah kalau mahu memenangi EPL dan kasut emas EPL musim akan datang.

Ada juga yang meminta penganjur EPL dan Europa League agar menyerahkan sahaja piala piala tersebut kepada Manchester United. Dia malah yakin Man United akan menjulang Piala Dunia di Qatar hujung tahun ini.

Keano tak yakin

Lagenda Manchester United, Roy Keane pula tidak yakin dengan peluang Red Devils untuk menjadi juara Liga Perdana musim depan.

Manchester United memulakan era baru bersama Erik ten Hag.

Ten Hag membawa Man United meraih keputusan positif ketika menentang Liverpool di Stadium Rajamangala, Bangkok, Thailand.

Keane merasakan Man United masih tidak dapat bersaing dengan Liverpool dan Manchester City untuk merebut gelaran.

“Di mana hendak bermula? Ten Hag sudah pasti akan diberikan wang untuk dibelanjakan, pemain yang ditandatangani, ini selepas empat atau lima pemain berpengalaman telah meninggalkan kelab, tetapi saya fikir itu adalah perkara yang baik,” kata Keane kepada Manchester Evening News .

“Namun, saya masih tidak nampak United mampu bersaing dengan Liverpool dan Man City musim depan,” tambahnya.

Apa pandangan korang, setuju dengan Keane? Rasanya memang United sangat dahsyat kot. Awas! Aura sang raja sudah kembali.

BACA:  Pesanan Larry Buat Penyokong Man United: "Jadi Macam Penyokong Arsenal, Tiada Harapan Dan Mereka Ceria"