Penceroboh Padang Ikat Leher Pada Tiang Gol Ganggu Aksi Di Goodison Park

Aksi perlawanan dalam saingan Premier League yang menemukan antara Everton bertemu Newcastle telah dicemari oleh insiden yang melibatkan penceroboh padang.

Salah seorang penyokong telah menceroboh masuk ke padang dan mengikat lehernya pada tiang gol di Goodison Park.

Perlawanan terpaksa dihentikan seketika sebaik bermulanya aksi babak kedua selepas salah seorang penceroboh padang berjaya masuk ke padang dan menjerut lehernya pada tiang gol dengan menggunakan cable ties.

Penceroboh padang tersebut memakai t-shirt yang bertulis ‘Just Stop Oil’ dengan beliau memilih untuk mengganggu permainan dengan cara yang sungguh menakjubkan.

Petugas keselamatan dengan segera berusaha untuk membuka ikatan tersebut dan mahu memastikan permainan akan dapat dilangsungkan tanpa gangguan.

Jelas sekali kesemua petugas nampak bergelut untuk membuka cable ties tersebut sehingga mereka terpaksa menggunakan bolt-cutters besar untuk memotong cable ties tersebut.

Beberapa minit juga diperlukan untuk membuka cable ties tersebut dengan kesemua petugas bekerjasama untuk pastikan mereka mampu menyelesaikan masalah yang sedang mengganggu permainan itu.

Beliau kemudiannya dijatuhkan di atas padang sebelum salah seorang penyokong Everton yang sedang dalam keadaan beremosi terus menariknya untuk kembali bangun.

Penceroboh padang itu kemudiannya di bawa meninggalkan padang oleh pihak polis, sementara penyokong Everton itu juga turut diarahkan untuk meninggalkan Goodison Park.

Insiden yang sama hampir berlaku ketika aksi Arsenal bertemu Liverpool di Emirates, namun mujur saja ia berjaya dihalang oleh petugas keselamatan stadium.

Penyokong tersebut cuba gam dirinya sendiri pada tiang gol di Emirates dan sebelum sempat beliau lakukan hal tersebut, pihak keselamatan berjaya menariknya terlebih dahulu.

Segelintir peminat di media sosial terhibur dengan insiden yang berlaku di Goodison Park dan mereka turut meluahkan pandangan masing-masing di media sosial.

“Perkara paling menarik yang berlaku ketika aksi Everton bertemu Newcastle adalah ketika ada penceroboh padang yang masuk dan ikat dirinya dekat tiang gol, lapan minit dia dapat hiburkan semua peminat.”

“Saya betul-betul tertarik dengan cutter yang mereka pakai, adakah itu alat terbaik yang mereka ada untuk potong cable ties?”

“Cutter itu boleh cabut nyawa dia, mujur saja dia tak jerut leher dia sekuat hati, kalau tidak tentu perlawanan akan terus dihentikan.”

“Cara dia mengganggu perlawanan sebenarnya secara tak langsung beri ruang untuk perlawanan dilanjutkan dan kerana itu juga Everton berjaya jaringkan gol kemenangan.”

“Saya rasa aksi penceroboh padang ni yang paling menarik berbanding semua aksi lain yang berlaku di atas padang hari ini.”

Dek kerana insiden tersebut memakan masa, maka pengadil perlawanan telah memberikan 14 minit masa kecederaan dalam perlawanan ini.

14 minit tambahan masa itu benar-benar dimanfaatkan oleh Everton dengan mereka berjaya menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-99 permainan menerusi Alex Iwobi.

Ahli kumpulan ‘Just Stop Oil’ tampil menyatakan yang mereka bertanggungjawab atas insiden tersebut dengan memuat naik status yang menyatakan bahawa:

“Petang ini, Louis, salah seorang penyokong yang baru berusia 21 tahun telah mengikat dirinya sendiri pada tiang gol di Goodison Park dengan memakai baju Just Stop Oil, hal itu menyebabkan pengadil menghentikan permainan.”

Dalam kenyataan dari penunjuk perasaan itu juga, mereka turut mendedahkan bahawa:

“Sudah tahun 2022 dan ia adalah masa untuk lihat ke depan, masa untuk bangkit dan tidak sekadar berdiri sahaja. Sekarang masa untuk bertindak seperti semuanya hal kecemasan.”

“Laporan demi laporan memberitahu saya yang masa depan saya akan teruk dan pihak kerajaan saya pula beritahu saya supaya jangan risau dan mereka beri pencen.”

“Tapi kita ada pilihan. Kita boleh pilih untuk tekankan yang iklim kita sedang semakin teruk, kita boleh pilih untuk menentang kerajaan ini yang sedang mengkhianati kita, kita boleh pilih untuk bangkit dan bukan berdiam diri.”

“Kerajaan kita sedang khianati kita dengan melaburkan dana kepada industri minyak di Laut Utara. Minyak baru bermaksud ia akan merosakkan masa depan anak-anak kita. Ia bermaksud perang ke atas negeri kecil di Pulau, dan ia juga bermaksud penderitaan sekarang bagi yang miskin dan terpinggir di semua wilayah.”

“Kita mesti #JustStopOil. Ia satu hal yang tidak berakal.”

Sumber: SPORTbible

BACA:  Dua Pasukan Premier League Berebut Mahu Dapatkan Thomas Muller