Pengadil Rasis PSG vs Istanbul Basaksehir Bakal Digantung 10 Perlawanan

Pengadil keempat yang rasis dalam perlawanan Champions League yang menemukan Paris Saint-Germain menentang Istanbul Basaksehir bakal berdepan hukuman digantung daripada tugas untuk 10 perlawanan.

Sebastian Coltescu daripada Romania, telah didakwa telah mengeluarkan kata-kata berbaur rasis atau perkauman kepada pembantu jurulatih Istanbul Basaksehir, Pierre Webo.

Rentetan daripada kata-kata berunsur perkauman itu menyaksikan perlawanan telah digantung dan disambung pada hari berikutnya dengan pasukan pengadil yang baharu.

Pemain dan staff pasukan Istanbul Basaksehir nyata tidak gembira dengan kata-kata pengadil tersebut dan tidak mahu meneruskan perlawanan.

Paris Saint-Germain menyambut baik keputusan Istanbul Basaksehir dan bersolidarit bersama kelab Turki itu dan mengambil keputusan tidak mahu meneruskan perlawanan.

Kylian Mbappe dan Neymar antara pemain PSG yang membantah keras perlakuan pengadil keempat tersebut dan mengajak rakan sepasukan supaya tidak meneruskan perlawanan.
.

Akhirnya perlawanan antara Paris Saint-Germain dan Istanbul Basaksehir itu digantung pada minit ke-14.

Sebastian Coltescu bakal berdepan hukuman gantung 10 perlawanan jika didapati bersalah menggunakan kata-kata rasis selepas siasatan disiplin yang akan dilakukan oleh UEFA.

Artikel 14 UEFA edisi terbaru mengenai tindakan disiplin dan prosedur menyatakan bahawa:

“sesiapa sahaja yang berada dalam ruang lingkup Artikel 3 yang menghina martabat manusia samada individu atau sekumpulan individu dengan alasan apa pun, termasuk warna kulit, bangsa, agama, asal etnik, jantina atau orientasi seksual, akan digantung sekurang-kurangnya 10 perlawanan atau untuk jangka masa yang ditetapkan, atau apa-apa sekatan lain yang sesuai.”

Artikel 3 pula menyatakan bahawa semua pegawai perlawanan adalah tertakluk kepada peraturan artikel 14, sebagaiman kelab dan pegawai pasukan, semua pemain dan semua pegawai UEFA.

Jika didapati bersalah Sebastian Coltescu akan digantung minimun 10 perlawanan dalam kejohanan Eropah atau apa saja hukuman yang dirasakan sesuai oleh UEFA.

Pada rabu, UEFA telah pun melantik Pemeriksa Etika dan Disiplin untuk menjalankan siasatan disiplin berhubung kejadian yang berlaku di Parc des Princes.

Demba Ba Lantang Menegur Pengadil

Penyerang Istanbul Basaksehir, Demba Ba tidak teragak-agak bersemuka dengan pegawai perlawanan yang mengeluarkan komen berbaur perkauman ketika perlawanan melibatkan Istanbul Basaksehir dan PSG di Parc des Princess.

Tindakan meninggalkan padang tersebut hanya berlaku selepas Ba bersemuka dengan pegawai perlawanan dari Romania, yang didakwa menggunakan perkataan berbaur perkauman terhadap Webo.

Penyerang berusia 35 tahun yang turut pernah beraksi bersama Newcastle dan Chelsea itu kedengaran berkata:

“Anda tidak pernah berkata (menggelar) dia ini lelaki berkulit putih. Anda akan kata lelaki ini.”

“Jadi apabila anda merujUK kepada saya… dengar apa saya nak katakan, kenapa apabila ada merujuk kepada lelaki berkulit hitam, anda perlu berkata lelaki kulit hitam itu?”

Tindakan yang dilakukan oleh Demba Ba itu mendapat pujian ramai di media sosial kerana berani berhadapan dengan Colstescu berhadapan isu tersebut,

BACA:  Mbappe Dicop Sebagai Mata Duitan Oleh Real Madrid Kerana Tuntut Gaji RM1.2 Billion