Pengadil Serbia Membiarkan Pemain Levski Sofia Membantai Pemain JDT Lalu Satu Tumbukan Dilepaskan

Perlawanan persahabatan antara Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang kelab dari Bulgaria, Levski Sofia sepertinya tidak kena dengan namanya apabila dimainkan seperti perlawanan permusuhan.

Pengadil dari Serbia nyata gagal mengawal perlawanan apabila seperti membiarkan sahaja pemain Levski Sofia membantai pemain JDT sepanjang perlawanan dan kekasaran ini bermula selepas JDT mendahului 1-0 melalui Juan Muniz.

Pemain tambatan JDT, Leandro Velazquez menjadi mangsa paling tersakiti apabila telah diludah oleh pemain Levski Sofia bernombor 30 dan ditendang namun tiada apa-apa kad dilayangkan oleh pengadil dari Serbia itu.

Kemuncak kepada ketegangan perlawanan ini adalah pada minit ke-54 apabila permainan dihentikan dan terus ditamatkan selepas pemain JDT memberi tindak balas menyaksikan pemain nombor 30 Levski Sofia ditumbuk.

Keadaan menjadi tidak terkawal pengadil yang gagal menjalankan tugasnya memutuskan perlawanan ditamatkan selepas pemain Levski Sofia yang tidak profesional bertindak memboikot perlawanan. Buat orang sedak kena sebijik terus play victim.

Maka ramai mula menghentam JDT kerana pemain mereka menumbuk pemain lawan, jika diikutkan semangat kesukanan itu sepatutnya tidak terjadi.

Namun berdasarkan video yang memaparkan koleksi beberapa siri pemain JDT dikasari terasa puas dihati melihat pemain Levski Sofia itu ditumbuk.

Banyak kekasaran dilakukan ke atas pemain JDT dengan terjahan keras serta terjahan dari belakang namun tidak diendahkan pengadil dengan kad amaran dan hanya diberikan sepakan percuma.

Video di bawah ini pula insiden di mana Leandro Velazquez diludah pemain Levski Sofia bernombor 30.

Duli Yang Amat Mulia Mejar Jeneral Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar ibni Sultan Ibrahim Ismail (TMJ) telah memberi komen menjelaskan situasi itu dan menganggap pasukan Eropah itu tidak boleh terima pasukan dari Asia mendahului.

“Pasukan lawan tackle, tiada kad kuning. JDT berdiri jadi benteng beberapa meter pun kena kad kuning. Bagi saya pengadil Serbia gagal mengawal perlawanan.”

“Nombor 30 ludah di muka Leandro dan tendang Leandro tiada kad. Daripada situ mulanya perlawanan jadi lebih agresif dan tertekan.”

“Mungkin mereka tak boleh terima kelab kecil dari Asia mendahului 1-0 lawan kelab Eropah.”

JDT kini berada di Dubai dalam jelajah persediaan pra musim mereka bagi untuk mempertahankan kejuaraan treble yang mereka menangi musim lalu.

Lawan JDT seterusnya adalah dua pasukan gergasi liga Rusia iaitu Lokomotiv Moscow dan Zenit Saint Petersburg.

BACA:  JDT Semakin Hampir Untuk Tandatangani Penjaring Terbanyak Liga Thailand Musim Lepas