Penulis Pro Manchester United Layan Maskot Sociedad Menganjing Siuuu

Maskot Real Sociedad tidak melepaskan peluang untuk meraikan kejayaan pasukan mereka mara secara automatik ke pusingan 16 akhir Liga Europa dengan keraian SIUUU yang signifikan dengan Cristiano Ronaldo.

Wartawan terkemuka pro Manchester United, Samuel Luckhurst menganggap ianya sebagai salah satu penganjingan yang hebat daripada maskot kelab tersebut yang pergi ke arah penyokong dan melompat sambil membuat gaya siuuu.

Harap tak ada pula yang tuduh Samuel Luckhurst ni fans Liverpool ye. Samuel Luckhurst yang dikenali sebagai penulis pro Manchester United itu menerima ‘taunting’ tersebut sebagai troll yang berkualiti tinggi daripada maskot itu.

Namun ada juga yang terasa hati dan menganggap maskot dan penyokong Sociedad sebagai biadap kerana menganjing pemain yang dah tua.

Selain itu ada juga menuduh penyokong Sociedad bermentaliti kecil kerana meraikan kekalahan.

Maskot tersebut dilihat sangat girang dan seperti sudah pekena ketum meraikan dengan gaya siuuu:

Asal usul keraian Siuuu

Menurut laporan Goal, keraian Siuu itu dicipta oleh Ronaldo pertama kali pada 2013.

Menjelaskan tentang keraian Siuu pada 2019, Ronaldo berkata: “Saya mula berkata ‘si’, ia seperti ‘ya’, ketika saya berada di Real Madrid.”

“Apabila kami akan menang, semua orang akan berkata ‘siiiii’ dan jadi saya mula menyebutnya. Saya tidak tahu mengapa, ia adalah semula jadi.”

“Saya berada di Amerika Syarikat dan kami menentang Chelsea [pada 2013] dan saya tidak tahu dari mana datangnya, sambutan.

“Saya baru sahaja menjaringkan gol dan ia baru keluar. Ia adalah semula jadi, sejujurnya. Sejak itu, saya mula melakukannya dengan lebih kerap dan saya rasa penyokong dan peminat melihatnya dan mereka seperti ‘Cristiano, siiiiiiiu’.”

“Saya seperti ‘wow! Orang ramai akan ingat tentang saya kerana itu!’ Jadi ia bagus, dan saya akan terus melakukannya seperti itu.”

Namun kini keraian itu sudah ditukar dengan keraian baharunya, dengan gaya meletakkan kedua dua tangan di dadanya. Keraian yang digunakan Garnacho pada malam tadi ketika meraikan gol yang diassist oleh idolanya Cristiano Ronaldo.

Terpaksa bermain di play off la pulak

Manchester United menang dengan keputusan 1-0 di San Sebastian. Namun kemenangan dengan margin 1 gol itu tidak dapat menjamin tempat mereka untuk ke pusingan 16 akhir secara automatik.

Kerana mereka memerlukan kemenangan dengan kelebihan 2 gol untuk mara secara terus ke pusingan 16 akhir.

Jaringan tunggal Alejandro Garnacho pada minit ke-17 masih tidak cukup untuk Manchester United mengelakkan diri mereka daripada terjerumus ke pusingan playoff yang akan menemukan mereka dengan salah satu pasukan kuat yang tersingkir daripada Liga Juara Juara Eropah.

Ten Hag, yang pasukannya kemudiannya akan berdepan play-off menentang salah satu pasukan yang tersingkir daripada Liga Juara-Juara, memberitahu BT Sport dia agak terkilan kerana pasukannya gagal mara secara automatik.

Ini kerana sasaran utama mereka adalah menjadi juara kumpulan dan mereka berhak menjadi juara kumpulan menurutnya.

Ten Hag menjelaskan: “Anda tidak selalu mendapat apa yang anda layak dapat.”

“Sudah tentu, kami kecewa kami tidak menjaringkan dua gol kerana itulah yang kami perlukan. Kami mahu sentiasa menjadi nombor satu, dan apabila tidak [menjadi no.1], kami kecewa.”

Ten Hag mengambil beberapa perkara positif daripada permainan, menonjolkan paparan Garnacho selepas pemain berusia 18 tahun itu menjadi penjaring termuda bukan Inggeris United dalam pertandingan utama Eropah, mengambil alih rekod daripada legenda kelab George Best.

“Hari ini, kami menang, dan saya gembira dengan itu, dan beberapa perkara lain seperti persembahan Alejandro Garnacho,” tambah pengurus kacak persis Orlando Bloom dari Belanda itu.

Ten Hag kemudian memberikan bayangan bahawa dia akan terus memberikan kepercayaan kepada Garnacho ketika beberapa pemain pemain sayap yang lain tidak dapat beraksi atas pelbagai sebab dan alasan.

“Kami menghadapi masalah di sana [di bahagian sayap]. Antony diketepikan, dan Jadon Sancho tidak tersedia untuk perlawanan ini. Saya sangat berharap dia [Alejandro Garnacho] dapat meneruskan proses itu. Dia adalah ancaman. Jika dia boleh meneruskannya, saya sangat gembira.”

BACA:  Scholes Dan Ferdinand Tunjuk Reaksi Berbeza Melihat Ronaldo Jaringkan Gol Penyamaan