Penyerang Hoffenheim, Sandro Wagner Sah Sertai Bayern Munich

Juara bertahan Bundesliga, Bayern Munich telah mengesahkan pembelian Sandro Wagner dari Hoffenheim dalam perjanjian bernilai  €13juta dan pemain ini bakal menandatangani kontrak bersama Bayern selama dua tahun setengah.

Penyerang antarabangsa Jerman ini bakal menyertai skuad Bayern Munich Januari tahun hadapan, dan menjalani latihan selepas rehat perayaan Krismas.

Sebelum ini, pengerusi Bayern Munich, Karl-Heinz Rummenigge berkata mereka hampir mencapai persetujuan untuk mendapatkan pemain ini dan akhirnya kata sepakat berjaya dicapai hari ini diantara kedua-dua buah kelab. Wagner bakal melengkapkan perpindahan beliau ke Allianz Arena pada 1 Januari 2018 dan menandatangani kontrak sehingga June 2020.

Bakal mencabar tempat Robert Lewandowski dalam pasukan utama

Laporan dari Jerman mengatakan Bayern bakal membuat bayaran berjumlah €13juta kepada Hoffeinhem untuk mendapatkan khidmat Wagner. Penyerang berusia 30 tahun ini adalah produk akademi Bayern Munich dan melakukan debut bersama pasukan utama kelab tersebut pada tahun 2007.

Direktor sukan Bayern Munich, Hasan Salihamidzic berkata kualti yang ada pada Wagner bakal memperkuatkan pasukan Bayern. Beliau dipetik berkata demikian ketika sidang media khas untuk mengumumkan perpindahan ini secara rasmi.

“Dengan pembelian Sandro Wagner, kami menambah seorang lagi pemain antarabangsa Jerman dalam pasukan kami. Kami sangat yakin Wagner bakal menambah kualiti ke dalam pasukan kami melalui pengalaman beliau yang luas.”

Nama Wagner menjadi bualan peminat bolasepak selepas beliau membantu Jerman memenangi Piala Konfederasi beberapa bulan yang lalu. Dalam kejohanan tersebut, pengurus Jerman, Joachim Low membuat kejutan dengan hanya memanggil pemain yang jarang atau tidak pernah dipanggil skuad kebangsaan selain beberapa pemain muda.

Late bloomer atau dalam bahasa melayunya pemain yang lambat panas

Skuad tersebut boleh dikatakan sebagai skuad B Jerman, dengan pemain bintang seperti Jerome Boateng, Manuel Neuer, Mats Hummel, dan Mesut Ozil ditinggalkan dari skuad.

Setakat musim ini, Wagner telah menjaringkan 4 gol dari 11 penampilan Bundesliga beliau bersama Hoffenheim. Selepas meninggalkan Bayern pada tahun 2008, beliau berkelana dengan beberapa buah kelab antaranya Duisburg, Werder Bremen, Kaiserslautern, Hertha Berlin dan Darmstadt.

Akhirnya, beliau menyertai Hoffeinheim pada tahun 2016 dan disana, beliau berjaya menunjukkan prestasi yang agak baik yang mana membuka mata Joachim Low untuk memanggil beliau menyertai skuad kebangsaan.

Beliau bakal memakai jersi No. 2 di Allianz Arena dan berkemungkinan membuat penampilan rasminya bersama Bayern apabila pasukan barunya itu menentang Bayern Leverkusen pada 12 Januari 2018.

BACA:  Lewandowski Semakin Hampiri Rekod Ronaldo