Penyokong Bangladesh Disamakan Seperti Penyokong Man Utd Kerana Tinggalkan Stadium Sebelum Tamat Perlawanan

Penyokong Bangladesh disamakan seperti penyokong Manchester United kerana meninggalkan stadium pada minit ke-75 permainan dengan pasukan mereka ketika itu sedang ketinggalan.

Skuad Bangladesh turun beraksi bertemu Malaysia dalam aksi peringkat kumpulan E, kelayakan Piala Asia 2023 kemarin.

Bangladesh mencatatkan kekalahan memalukan bertemu Malaysia selepas anak-anak buah Javier Fernandez itu dibelasah 4-1 oleh anak-anak buah Kim Pan-gon.

Kemenangan skuad Malaysia itu berjaya membawa Harimau Malaya ke pentas Piala Asia buat pertama kali selepas 43 tahun.

Bangladesh mencatatkan tiga kekalahan dari tiga perlawanan di peringkat kumpulan E dan ketika turun bertemu Malaysia, skuad Bengal Tigers itu sebenarnya sudah sah tersingkir dan tidak akan layak ke Piala Asia.

Mereka mencatatkan kekalahan 2-0 bertemu Bahrain, 2-1 bertemu Turkmenistan dan 4-1 bertemu Malaysia dalam aksi perlawanan terakhir mereka.

Skuad Bangladesh sangat bersemangat ketika mahu turun beraksi bertemu Malaysia, dengan mereka turut menyeru para penyokong mereka untuk ke Bukit Jalil memberi sokongan kepada pasukan.

Mendengar rayuan dari ketua pasukan skuad Bengal Tigers itu, warga Bangladesh di sekitar Lembah Kelang memutuskan untuk turun ke Bukit Jalil memberi sokongan kepada pasukan.

Pada Jam 3 petang, sekitar 3000 penyokong Bangladesh sudah mula memenuhi kawasan sekitar Bukit Jalil dan mereka kelihatan begitu bersemangat mahu memberi sokongan kepada pasukan.

Ketika masuk ke dalam stadium, para penyokong Bangladesh sekadar menjerit tanpa tujuan dan suara sorakan mereka sebenarnya berjaya tenggelamkan suara sorakan dari penyokong Malaysia pada ketika itu.

Ketika Ultras Malaya masuk ke stadium, penyokong Bangladesh mula senyap kerana teruja melihat cara ultras chanting serta bersorak untuk para pemain.

45 minit pertama, penyokong Bangladesh tidak henti-henti menjerit dan bersorak untuk pasukan mereka, walau sorakan itu sekadar suara jeritan dari mereka.

Masuk aksi babak kedua, ketika skuad Malaysia semakin bernafsu melancarkan serangan, penyokong Bangladesh semakin sepi.

Pada minit ke-75 permainan, ketika skuad Bangladesh ketinggalan 4-1, para penyokong mereka mula berjalan meninggalkan stadium.

Pada minit ke-80, dari 3000 penyokong, sepertinya hanya tinggal 20 orang sahaja penyokong Bangladesh yang masih ada dalam stadium.

Melihat hal itu, ramai yang menyamakan penyokong Bangladesh itu dengan sikap yang ditunjukkan oleh penyokong Manchester United sebelum ini.

Penyokong Manchester United meninggalkan stadium ketika ketinggalan bertemu Liverpool

Ketika aksi perlawanan yang menemukan Manchester United bertemu Liverpool, para penyokong skuad setan merah kecewa melihat pasukan kesayangan mereka dibelasah di Old Trafford.

Pada minit ke-75 dalam perlawanan tersebut, para penyokong Manchester United mula meninggalkan stadium dan hal yang mereka lakukan sama persis seperti apa dilakukan oleh penyokong Bangladesh.

Para penyokong Manchester United pada ketika itu tidak mampu untuk terus melihat pasukan kesayangan mereka dibelasah oleh Liverpool di halaman sendiri.

Kerana tak tahan melihat gawang mereka terus dibolosi, para penyokong setan merah akhirnya memutuskan untuk pulang sahaja dan tidak menonton perlawanan sehingga tamat.

Manchester United musim ini dua kali diaibkan oleh Liverpool dengan mereka secara keseluruhannya dibelasah 9-0 oleh anak-anak buah Jurgen Klopp itu.

Ia jelas sekali merupakan rekod yang sangat teruk dan tidak boleh diterima oleh para penyokong Manchester United terutama ketika memikirkan bagaimana perseturuan antara kedua-dua pasukan itu.

Manchester United pada ketika ini sedang mempersiapkan skuad mereka, dan mahu memastikan mereka tidak lagi melalui musim yang mengecewakan pada musim hadapan.

Erik Ten Hag jelas sekali bertekad mahu mengubah skuad Man Utd, dari pasukan lubuk tiga mata, menjadi gergasi dalam saingan Premier League.

BACA:  Manchester United Keluarkan Kenyataan Rasmi Mengenai Ronaldo