Penyokong Everton Kecewa Kerana Dizalimi Oleh Pengadil Dan VAR

Para penyokong Everton mendakwa pengadil perlawanan, Paul Tierney yang mengadili aksi bertemu Manchester City awal pagi tadi telah menzalimi mereka.

Penyokong The Toffees itu mendakwa Paul Tierney sengaja membutakan mata dan tidak menghadiahkan sepakan penalti kepada mereka selepas bola terkena tangan Rodri di dalam kotak penalti.

Tidak lama selepas Manchester City memperoleh gol pertama mereka menerusi Phil Foden pada minit ke-82 permainan, Rodri sebenarnya secara tak sengaja meletakkan tekanan di atas bahu rakan sepasukannya.

Beliau tersilap mengawal bola hingga terkena tangannya di dalam kotak penalti dan beliau ketika itu berada di kedudukan yang langsung tidak ditekan.

Beliau sepatutnya boleh mengawal bola dengan tenang dan mengeluarkan bola tersebut dari kawasan bahaya berbanding hilang kawalan hingga bola tersebut terkena tangannya.

Bola tersebut melantun dan terkena tangan bintang Sepanyol itu dan insiden tersebut turut dirujuk oleh VAR.

Rodri sendiri ketika itu nampak kecewa dan akur kerana beliau sedar bola tersebut terkena tangannya dan beliau baru sahaja menghadiahkan sepakan penalti kepada pasukan lawan.

Walau bagaimanapun, selepas VAR menyemak insiden tersebut, tiada sepakan penalti yang dihadiahkan kepada Everton dan Paul Tierney sendiri langsung tidak menyemak monitor untuk mengesahkan keputusan VAR.

Keputusan Paul Tierney itu telah mengundang rasa marah para penyokong di Goodison Park dan menyebabkan mereka menganggap pengadil telah menzalimi Everton.

“Bukan penalti? VAR tak nampak bola kena tangan? Adakah liga ni memang liga Manchester City?”

“Kita berhak dapatkan setidak-tidaknya satu mata dan mengelak dari berada di zon penyingkiran. Macam mana pengadil tak nampak bola kena tangan?”

“Saya masih tak puas hati, kita telah dizalimi oleh pengadil perlawanan, macam mana boleh bukan handball? Situasi tu terlalu jelas.”

“Rodri sendiri tahu bola kena tangan dia, kenapa pengadil boleh tak nampak? Apa masalah sebenar VAR dan pengadil? Mereka tak patut ada lagi dalam Premier League.”

“Kalau itu penalti dan kita dapat gol penyamaan, tak mustahil kita boleh dapat gol kemenangan. Saya tak tahu nak kata apa, tapi saya kecewa kita dizalimi pengadil.”

City akhirnya berjaya mengutip tiga mata penuh dan menjarakkan diri mereka dari Liverpool dengan perbezaan enam mata.

Walau ia dianggap kemenangan yang buruk, namun kemenangan tetap kemenangan dan Manchester City jelas sekali sangat berpuas hati dengan tiga mata yang berjaya mereka kutip.

Bercakap selepas tamat perlawanan, Pep Guardiola mengatakan yang sepakan penalti itu tak diberikan kerana Everton terperangkap offside.

Rakaman ulang menunjukkan yang Richarlison berada di kedudukan offside ketika build up sebelum insiden bola terkena tangan Rodri.

“Mereka offside.”

Jelas Pep Guardiola kepada Sky Sports.

“VAR dan semak dan memang dia dalam kedudukan offside.”

Ketika wartawan Sky Sports, Geoff Shreeves meminta Pep Guardiola untuk menjelaskan tentang hal tersebut, pengurus Man City itu menjawab:

“Tempat duduk kamu tak cukup bagus.”

Manchester City selepas ini akan turun beraksi bertemu pasukan dari Championship, Peterborough dalam aksi pusingan kelima saingan FA Cup.

Mereka selepas itu akan kembali beraksi dalam saingan Premier League bertemu Manchester United di Etihad.

Manchester United akan turun dengan harapan mengutip tiga mata penuh agar mereka mampu kekal di kelompok empat teratas.

Manchester City sementara itu tidak mahu keciciran mata lagi dan mengelak dari dipintas oleh Liverpool yang semakin rapat mengejar mereka pada ketika ini.

Sudah tentu kedua-dua pasukan akan pamerkan aksi terbaik dalam perlawanan tersebut dalam usaha mereka untuk mengutip tiga mata penuh.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Guardiola Mungkin Turunkan Skuad Lebih Lemah Bagi Pertemuan Menentang Manchester United