Peranan Griezmann Yang Lebih Mendalam Bawa Perancis Ke Final

Antoine Griezmann telah menghadirkan nafas baharu di bahagian tengah pasukan Piala Dunia Perancis. Bagi peminat bola sepak yang sudah terbiasa dengan corak permainan Antoine Griezmann, mungkin anda akan merasa sedikit janggal dengan pernyataan ini.

“Penyerang antarabangsa pasukan Piala Dunia Perancis 2022, Antoine Griezmann adalah pemain pada posisi bernombor 9.5, yang memakai jersi bernombor 7, tetapi bermain sebagai nombor 8.”

Kenyataan yang membuatkan anda pening bukan? Kini ketiadaan Pogba, Benzema dan Kante telah diisi sekaligus dalam satu jasad yang bernama Griezmann.

Alumni skuad pemenang Piala Dunia 2018 ini, Antoine Griezmann telah memulakan karier beliau sebagai pemain sayap di kelab Real Socieded. Pemain pada posisi ini sinonim dengan memakai jersi bernombor 7.

Walau bagaimana pun karier beliau di peringkat Negara & Atletico Madrid lebih mahsyur sebagai penyerang kedua yang dikenali dengan jersi 9.5 iaitu sebagai pemain kacukan hybrid twintech turbo yang boleh menggalas tugas penyerang dan juga sebagai arkitek yang menghubungkan antara bahagian tengah dan serangan.

Pengurus pasukan piala dunia Perancis, Didier Deschamps melihat dari sudut pandang yang berbeza berkenaan bakat pemain tersebut apabila beliau mengolah bakat Antoine Griezmann di posisi berbeza sebagai pemain terpaling tengah iaitu pemain bernombor 8.

“Anda tahu, anda akan menjadi pemain tengah bertahan yang hebat,” kata Deschamps kepada Griezmann, semasa sarapan pagi kira-kira dua tahun lalu. “Saya rasa anda mempunyai segala-galanya untuk menjadi No. 6 yang hebat.”

Mereka berdua ketawa bersama, tetapi idea itu tidak pernah hilang dari fikiran pengurus. Tiada siapa tahu jika pandangan Deschamps betul dan Griezmann boleh mengawal bahagian tengah dengan hebat sebagai pemain No. 6, tetapi idea itu berkembang untuk memainkannya sebagai pemain No. 8 yang lebih dinamik kecederaan melanda.

Jelas Didier Deschamp yang berinovasi setelah skuad piala dunia Perancis kehilangan beberapa tonggak utama akibat kecederaan iaitu Paul Pogba, N’Golo Kante dan Corentin Tolisso.

Lantaran melihat dari sudut pandang yang berbeza, Didier Deschamps mengambil inisiatif untuk mencuba Antoine Griezmann di posisi berbeza.

“Antoine Griezmann mempunyai pakej yang lengkap untuk bermain di posisi nadi pasukan: mempunyai visi, kerajinan, sentuhan, bertenaga, serta pintar”

Didier Deschamp mungkin mendapat idea setelah melihat evolusi oleh Bernardo Silva di bawah kendalian Pep Guardiola. Pemain antarabangsa Portugal tersebut yang berusia 28 tahun dilihat mempunyai kualiti yang sama seperti Antoine Griezmann.

Bernardo Silva bermain sebagai pemain di posisi nombor 6 atau nombor 8 digandingkan bersama Rodri di Manchester City. Gandingan ini dilihat cukup ampuh di Manchster City.

Kalau Bernardo Silva boleh Berjaya di posisi tersebut, takkan Antoine Griezmann tak boleh?

Pemain bintang dari kelab berpengkalan di Madrid iaitu Atletico Madrid tersebut melihat peluang tersebut dari sudut yang positif dan sedia menyahut cabaran beraksi di posisi kelainan dari posisi kegemaran.

Ini adalah satu sifat terpuji beliau yang kita wajar contohi. Mungkin juga kerana beliau percaya dan yakin pada kebolehan diri sendiri untuk bermain di posisi tengah pasukan kebangsaan Perancis.

“Saya agak bebas bila bermain di posisi baru ini. Tugas utama saya adalah menghidupakn pasukan dan sebagai nadi penyambung antara pertahanan dan penyerang. Hadapan saya terdapat 3 pemain, yang mana membolehkan saya menambahkan variasi corak gaya permain,” ulas Griezmann kepada wartawan.

Percaturan Didier Deschamp setakat ini dilihat berhasil apabila sekali lagi menjadi finalis piala dunia setelah menundukkan calon pilihan rakyat iaitu Morocco dengan jaringan 3-0.

Antara kunci lain kejayaan Antoine Griezmann di posisi baru pasukan kebangsaan Perancis adalah hubungan yang mesra dan professional antara pemain dan pengurus pasukan.

Hubungan yang betul-betul istimewa kerana sepanjang rekod 71 perlawanan terdahulu Perancis, Didier Deschamps tanpa gagal telah memasukkan Antoine Griezmann ke dalam setiap 71 perlawanan berturut-turut.

Memecahkan rekod yang dipegang oleh Patrick Vieira, yang bermain 44 perlawanan berturut-turut untuk Perancis.

Dengan beraksi di posisi baharu, sedikit sebanyak telah menaikkan pengaruh Antoine Griezmann pada skuad kebangsaan Perancis di dalam dan di luar padang.

Antoine Griezmann , beliau adalah DJ yang mencorakan skuad, juga seorang pelawak, tidak lekang dengan senyuman, sentiasa dalam mood yang baik, serta mudah didekati rakan sepasukan.

Lantaran itu juga Paul Pogba melalui laman sosialnya telah memberi gelaran baru kepada Griezmann iaitu GriezmannKante.

BACA:  Griezmann Terkejut Namanya Tidak Disenarai Pendek Bagi Anugerah Ballon D'Or