Perubahan Ketara Manchester United di Bawah Ralf Rangnick

Tumpuan bola sepak dunia terutamanya di Premier League pasti terarah kepada perlawanan Manchester United menentang Crystal Palace yang turun perlawanan pertama dibawah pengurus interim mereka.

Ralf Rangnick sosok tubuh yang menjadi bahan utama di media bola sepak dunia lantaran kehebatannya merevolusi bola sepak Jerman sehingga mendapat gelaran ‘Godfather of German Football’.

Manchester United merupakan kelab terbesar yang pernah dikendalikan oleh Ralf Rangnick yang sebelum ini telah menaikkan pasukan kerdil dengan falsafah bola sepaknya serta melahirkan pemain bintang.

Di Manchester United kini dipenuhi pemain bintang diadun dengan pemain yang berkualiti walaupun tidak berstatus bintang.

Tugas Ralf Rangnick difikirkan dengan akal waras nampak mudah namun itu semua berbalik kepada pemain samada dapat menerima dan menyerap falsafah bola sepak yang diterapkan Rangnick.

Bermain secara pressing atau menekan dengan bermain digarisan tinggi sudah pasti akan menjadi sistem pilihan Rangnick. Gegenpressing menjadi sebutan ramai.

Apakah itu Gegenpressing?

1. Perubahan transisi daripada menyerang kepada bertahan

2. Respon pantas untuk memenangi bola semula

3. Melakukan pressing secara teratur dan sistematik

4. Mendapatkan bola semula dalam tempoh 8 saat, atau betulkan bentuk formasi pasukan

5. Halang serangan balas daripada pasukan lawan

Ini adalah perlawanan pertama Rangnick agak sukar untuk menilai hasil kerjanya yang mungkin mengambil masa untuk mendapatkan hasil yang dikehendaki.

Di atas kertas, Manchester United turun dengan formasi yang digunakan sejak zaman Ole Gunnar Solskjaer, 4-2-3-1, tetapi sebaik sahaja perlawanan dimulakan, bentuk formasi pasukan seakan berubah kepada 4-2-2-2.

Tambah menarik lagi, jika sebelum ini pemain United dilihat lebih banyak menunggu bola masuk ke kawasan sendiri, kali ini mereka nampaknya bermain dalam satu sistem yang berbeza.

Pemain di barisan hadapan kali ini kelihatan lebih agresif untuk cuba memenangi bola seawal mungkin dari kaki pihak lawan. Pergerakan pemain tengah, Fred dan McTominay dilihat agak fluid berbanding sebelum ini.

Kedua-dua mereka bagaikan ada di mana-mana dan sering memintas laluan bola hantaran (passing pathway) daripada pemain Palace, terutamanya Fred – sebelum ini sering menjadi sasaran cemuhan para penyokong United sendiri.

Hasilnya, bola banyak dimainkan di dalam kawasan Palace berbanding United, dan situasi ini pastinya sangat dirindui oleh para penyokong Setan Merah.

Sekali sekala sahaja serangan Palace berjaya menembusi barisan tengah dan pertahanan United dan sampai ke David De Gea.

Separuh masa pertama semuanya cukup untuk Manchester United yang dominan dari segala segi berbanding Crystal Palace dan hanya yang tiada adalah jaringan.

Menurut pakar bola sepak Facebook, Axello Riise corak yang ditampilkan oleh Ralf Rangnick ni ada bunga-bunga gegenpressing atau counterpressing.

1. Hilang bola, opponent nak counter attack. Terus pressing segera

2. Dalot ke zon tengah sebagai false fullback. Pendekatan selalu digunakan Guardiola untuk Walke dan Cancelo.

3. Kedudukan Lindelof sangat tinggi, bersama sama dengan Dalot di garisan final third.

4. Lindelof relieve bola pass ke belakang untuk Maguire. Pass ni backpass yang bagus bukan neutral backpass. Kerana segera mereka start balik serangan.

5. Ada 10 pemain united di zon lawan. Semakin Palace drop semakin tinggi garisan bawah ditolak. Ini yang dipanggil gegenpressing dan recycle

Itu adalah cerita separuh masa pertama.

Dalam separuh masa kedua pula, United dilihat seolah-oleh kembali ke era Ole di mana tiada lagi pressing awal yang dilakukan oleh tiga serangkai di barisan serangan – Ronaldo, Rashford dan juga Sancho.

Pada masa yang sama, Palace dilihat sudah mula berjaya menyerap segala tekanan dan bermain corak permainan mereka sendiri – menerima serangan dan melancarkan serangan balas menerusi Jordan Ayew dan Wilfred Zaha.

Mereka sepatutnya sudah mampu mendahului United di mana Ayew hanya berhadapan dengan De Gea di dalam kotak enam ela pasukan United.

Mungkin agak gugup dan tidak berapa biasa jaringkan gol menentang pasukan sekuat dan sepower United, bola rembatannya sekadar lalu di depan gawang pasukan lawan dan hanya dilihat oleh rakan sepasukannya yang tidak di kawal.

Kesabaran penyokong United untuk bersorak meraikan gol akhirnya terbalas juga apabila pemain yang bagaikan baru dilahirkan semula, Fred, telah menjaringkan gol yang cantik menewaskan penjaga gol Palace, Vincente Guaita.

Gerakan bermula daripada Greenwood yang menerima bola daripada Dalot dan kemudiannya telah menarik dua orang pertahanan Palace ke arahnya.

Tidak mampu dan tidak mempunyai ruang untuk melepaskan rembatan, Greenwood menolak lembut bola kepada Fred, yang kemudiannya terus melakukan satu placing yang cantik tepat ke penjuru kanan Guaita.

Fred yang disayangi selama ini menjadi semakin bertambah-tambah disayangi menjadi wira lagi apabila menjaringkan gol tunggal melalui satu percubaan yang sangat genius melengkapkan perubahan ketara yang dibawa Rangnick.

Ini merupakan perlawanan pertama Rangnick tapi sudah memberi tanggapan yang baik dan membawa impak positif walaupun ada beberapa kekurangan dan kelemahan yang perlu diperbaiki untuk meletakkan Manchester United kembali menjadi pencabar.

Secara keseluruhannya, permainan United dilihat mendapat rentak baharu pada separuh masa pertama, namun momentum serangan mereka gagal diteruskan pada separuh masa kedua.

Walaubagaimanapun, ini sudah cukup untuk memberikan keyakinan kepada para penyokong Setan Merah yang sangat merindukan permainan yang mendominasi pihak lawan dan inilah DNA sebenar pasukan yang pernah menjuarai liga sebanyak 20 kali ini.

Dalam tempoh enam bulan lagi, tidak mustahil kita akan melihat satu permainan yang berbentuk heavy metal daripada United, hasil asuhan dan asahan daripada Rangnick.

Tambahan pula, tidak dapat dinafikan lagi bahawa akan ada lebih ramai pemain muda yang akan diberikan peluang untuk menunjukkan kebolehan masing-masing dan ini terbukti dalam perlawanan pertamanya, Rangnick telah memberi ruang kepada Anthony Elanga untuk merasai nikmat bermain di hadapan puluhan ribu penyokong yang memenuhi stadium.

BACA:  Manchester United Titipkan Tribute Buat Cristiano Ronaldo