Pesanan Terakhir Cristiano Ronaldo Kepada Thibaut Courtois

Cristiano Ronaldo mengakhiri saingan Euro 2020 bersama skuad kebangsaan Portugal dengan beliau berjaya memecahkan pelbagai rekod.

Portugal secara rasminya telah tersingkir dari saingan Euro 2020 selepas tewas 1-0 di tangan Belgium awal pagi tadi.

Juara bertahan European Championship itu awalnya dianggap sebagai pasukan pilihan yang akan mara ke peringkat suku akhir, namun sayangnya Belgium terlalu kuat untuk ditewaskan.

Portugal mara ke pusingan kalah mati dengan berada di kedudukan ketiga dalam kumpulan F, sementara Belgium pula mara sebagai Juara kumpulan B.

Belgium cemerlang memenangi kesemua tiga perlawanan di peringkat kumpulan sebelum mara ke pusingan kalah mati, sementara Portugal pula mencatatkan satu kemenangan, satu seri dan satu kekalahan ketika di peringkat kumpulan.

Walau bagaimanapun, Portugal tetap dianggap sebagai pasukan pilihan untuk mara ke peringkat suku akhir selepas melihat rekod pertemuan antara mereka bertemu Belgium sebelum ini.

Namun ia tidak seperti apa yang dijangkakan dengan Belgium cemerlang memenangi perlawanan tersebut 1-0 hasil jaringan Thorgan Hazard pada aksi babak pertama permainan.

Ronaldo jelas kecewa dengan kekalahan itu memandangkan beliau benar-benar mahu membantu Portugal untuk mempertahankan kejuaraan Euro yang mereka menangi pada 2016 yang lalu.

Selepas tamat perlawanan, Ronaldo dilihat berjalan ke arah Thibaut Courtois untuk bersalaman dan beliau ketika itu telah menyatakan:

“Kamu bertuah, bola itu tak masuk hari ini. Selamat maju jaya.”

Beliau seolah menerima kekalahan itu dengan hati yang terbuka memandangkan mereka tewas kepada pasukan yang jelas lebih baik.

Ketika perlawanan sedang berlangsung, Ronaldo telah diabkan oleh Courtois dengan penjaga gol Real Madrid itu tenang menggelecek bintang Juventus itu di dalam kotak penalti Belgium.

Ia sangat hebat untuk menyaksikan bagaimana tenang dan yakinnya Courtois menggelecek pemain seperti Cristiano Ronaldo di dalam kotak penalti.

Cristiano Ronaldo sebenarnya bermain dengan sangat cemerlang dalam perlawanan ini dengan beliau mencipta statistik yang sungguh menakjubkan.

Sayangnya beliau gagal untuk menjaringkan gol seterusnya terpaksa terima hakikat bahawa jentera serangan Belgium lebih berkesan dalam perlawanan ini.

Beliau memenangi duels terbanyak dalam perlawanan ini dengan memenangi 11 duels, melengkapkan empat gelecekan sempurna, melakukan empat shots dan mencipta tiga peluang yang mana ia merupakan yang terbanyak dalam perlawanan ini.

Dari kesemua statistik yang beliau cipta, sukar untuk diterima yang Portugal tewas 1-0 sahaja dalam perlawanan ini dan ia lebih sukar untuk diterima oleh Cristiano Ronaldo sendiri.

Euro 2020 ini berkemungkinan akan jadi edisi terakhir yang disertai oleh Cristiano Ronaldo dan beliau telah mencipta pelbagai sejaran dan rekod yang sungguh mengagumkan dalam pertandingan ini.

Ronaldo merupakan penjaring terbanyak kejohanan dengan menjaringkan 14 gol, beliau juga mencipta 9 assists dan ia merupakan catatan tertinggi dari seseorang pemain.

Beliau juga pemain yang paling banyak mencatatkan kemenangan dalam saingan Euro dengan mencatatkan 12 kemenangan, 24 perlawanan yang dimainkan yang mana ia merupakan catatan tertinggi berbanding semua pemain yang lain.

Beliau turut mencipta sejarah apabila berjaya beraksi dalam lima edisi Euro sepanjang kariernya bermula dari Euro 2004, 2008, 2012, 2016, dan 2020.

Beliau juga pernah menjaringkan dua gol dalam satu perlawanan sebanyak empat kali dan ia juga merupakan antara rekod terbaik yang dicatatkan olehnya dalam sejarah saingan Euro.

Cristiano Ronaldo secara keseluruhannya dari 14 gol yang beliau jaringkan, tiga darinya menerusi sudut sepakan penalti, dan ia juga merupakan rekod baru dalam kejohanan ini.

Jika Ronaldo mengakhiri saingan Euro 2020 ini sebagai penjaring terbanyak, beliau akan menjadi pemain pertama dalam sejarah yang berjaya memenangi kasut emas Euro lebih dari sekali.

Ronaldo kini merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman dalam saingan Euro dengan rekod 14 gol selepas berjaya memecahkan rekod Michel Platini yang berjaya menjaringkan sembilan gol.

Walau ramai yang menganggap beliau hanya mampu menjaringkan gol menerusi sepakan penalti, namun Ronaldo setakat ini hanya menjaringkan tiga gol sahaja dari sudut sepakan penalti.

Ini merupakan pertama kali Portugal gagal untuk mara ke peringkat suku akhir saingan Euro dengan rekod mereka sejak 1984, mereka sentiasa berjaya setidaknya mara sehingga ke peringkat suku akhir.

1984: Suku akhir
1996: Suku akhir
2000: Separuh akhir
2004: Akhir
2008: Suku akhir
2012: Separuh akhir
2016: Juara
2020: Pusingan 16 Terbaik

Belgium pula kemenangan ini merupakan pertama kali dalam sejarah mereka berjaya menewaskan Portugal sejak dari 1989.

Bahkan 19 dari semua 26 pemain dalam skuad utama Belgium tahun ini masih belum dilahirkan lagi ketika kali terakhir mereka berjaya menewaskan Portugal.

BACA:  Lihat Aksi Cristiano Ronaldo Buat Skill Depan Penyokong Chelsea