Peserta Ujibakat Masterchef Indonesia Ini Dituduh Mirip Mbappe

Salah seorang peserta ujibakat Masterchef Indonesia untuk musim ke-10 telah dituduh mempunyai wajah yang mirip kepada bintang bola sepak Perancis dan PSG, Kylian Mbappe. Amat berat tuduhan itu.

Ujibakat Masterchef Indonesia musim ke-10 telah ditayangkan dan para peserta ujibakat akan diadili oleh tiga juri terkenal iaitu Chef Juna, Chef Renatta dan Chef Arnold.

Untuk episode satu saja sudah begitu mengujakan apabila seorang peserta bernama Rommy telah mendonia kerana dikatakan wajahnya mirip Mbappe berdasarkan komentar di Instagram.

“Mbappe setelah di putus kontrak ama PSG”

“Kylian Mbappe ikut masterchef.. 😂😂”

“Itu rambutnya semi botak aja mirip si Mbak Pe”

“Mbappe😳✨”

“Mbappe selain jago main bola jago masak juga ya ternyata 👏”

Tetapi apa yang menarik tentang Kylian ‘Rommy’ Mbappe ini adalah dalam 2 tahun yang lalu telah mengalami obesiti di mana berat badannya telah mencecah sehingga 150kg.

Namun masalah obesiti itu berjaya ditawan Rommy apabila berjaya menurunkan berat badannya sehingga 60-70kg dalam tempoh dua tahun.

Rommy memulakan bicara dengan menyatakan selain memasak, dia juga gemar bersukan sebagai hobinya dan kisah hidupnya ini nyata menarik minat Chef Arnold.

“Dua tahun lalu, badan aku bukan macam ni, berat aku 150kg.” Ujar Rommy.

Chef Renatta yang tengah enak memotong terkejut mendengar kenyataan yang keluar dari mulut Rommy mujur tak terpotong jari jika tidak jadi sinetron.

“150kg? Sekarang berapa?” Tanya Chef Arnold yang berminat.

“Sekarang 89 Chef, turun 60-70kg dalam dua tahun lebih, aku lelaki obesiti.”

Chef Renatta sekali lagi terkejut seraya menjerit wow! Rommy kemudian menunjukkan gambarnya yang seberat 150kg yang membuatkan semua juri kagum.

Sangat berbeza sekali gambarnya dulu dan kini yang kelihatan lebih atletik dan berotot serta sihat wal afiat.

Dengan kisah inspirasinya melawan obesiti dan wajahnya yang dituduh mirip Mbappe, Rommy kini menjadi perhatian ramai. Entah mana mirip Mbappe tak tau.

Semoga Mbappe muncul juara Masterchef Indonesia musim ke-10, akhirnya Mbappe tidak sekadar bandingkan dengan Ninja Turtle sahaja.

BACA:  Fabinho Mahu Racun Mbappe Sertai Liverpool