Piala Sumbangsih 2023: JDT Juara Lagi Macam Biasa

Johor Darul Tazim ataupun JDT terus menjadi pasukan yang sukar dikalahkan di Malaysia.

Musim ini mereka tetap memiliki kualiti yang hebat,

Tahun demi tahun, JDT terus membuktikan keseriusan mereka untuk terus bergelar juara.

JDT melayan kunjungan Terengganu FC di hadapan puluhan ribu penyokong.

Piala Sumbangsih ini juga menandakan bahawa permulaan kepada musim baharu liga bola sepak Malaysia yang dirindui peminat selama ini.

Aksi antara JDT dan Terengganu menjadi tumpuan. Selain daripada merebut Piala Sumbangsih 2023, kedua dua pasukan juga merebut 3 mata berharga untuk aksi pembukaan Liga Malaysia.

Kedua dua pasukan memulakan era baharu di bawah jurulatih baharu.

Persiapan pra musim di Dubai benar benar membuahkan hasil yang baik buat JDT yang melayan kunjungan Terengganu FC dalam aksi yang dilangsungkan di stadium serba canggih Stadium Sultan Ibrahim, Johor.

JDT turun dengan beberapa pemain baharu mereka diberikan debut. Ini termasuk Syihan Hazmi yang merupakan penjaga gol kebangsaan Malaysia. Selain itu Juan Muniz dan Arribas juga diberikan debut dalam aksi kali ini.

Bermula dari awal lagi JDT sudah melakukan asakan. Arif Aiman menghadirkan ancaman daripada arah kanan.

Ketika perlawanan baru sahaja berusia 5 minit, Juan Muniz meletakkan JDT di hadapan. Ianya berpunca daripada hantaran lintang oleh Bergson Da Silva.

Arif Aiman kemudian melakukan aksi lincah, dan Forrestierri melakukan rumbatan yang kurang deras dan mudah diselamatkan penjaga gol lawan.

Terengganu menghadirkan ancaman daripada situasi bola mati, terutama sekali daripada sepakan percuma dan sepakan penjuru.

Syihan Hazmi keluar daripada garisannya untuk menumbuk hantaran Sonny Norde yang dihalakan ke dalam kotak penalti.

Bergson pada separuh masa pertama banyak bergerak di tengah untuk menghubungkan serangan dengan tengah.

JDT yang mencampurkan muka baharu dan lama kelihatan masih mencari rentak gandingan pemain pemain ini di beberapa aspek permainan.

Namun ianya tidak menunjukkan kelemahan mereka di atas padang secara ketara.

Separuh masa pertama berakhir dengan 1-0 memihak JDT.

Terengganu cuba memperbaiki prestasi mereka di serangan pada separuh masa kedua. Namun JDT terus kekal menjadi dominan.

Kedua dua pasukan juga mulai lebih terbuka dalam permainan mereka.

Penjaring terbanyak Liga Malaysia 2023, Bergson menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-57 perlawanan. Kali ini terima kasih kepada kreativit Arif Aiman.

Kemudian tiada tambahan jaringan lagi daripada kedua dua pasukan.

JDT kini sudah memenangi Piala Sumbangsih sebanyak 8 kali. Menyamai rekod Selangor FC sebagai pemenang terbanyak piala tersebut di dalam sejarah pertandingan.

JDT memenangi 6 Piala Sumbangsih berturut turut. Menjadikan ia rekod kemenangan berturut turut paling panjang dalam sejarah.

Mereka memenangi 8 Piala Sumbangsih hanya dalam masa 9 tahun terakhir. Cuma sekali je kalah dalam tempoh tersebut.

Tahniah kepada JDT yang terus bermaharajalela di arena bola sepak Malaysia.

JDT terus menjadi pasukan yang harus ditewaskan oleh mana mana pasukan yang mengidam mahukan mana mana piala di Malaysia.

Terengganu juga antara pasukan yang dijangka akan mencabar kejuaraan pada musim ini.

Dari segi permainan Terengganu sebenarnya berjaya mengekang JDT dengan baik. Cuma mereka kerapkali memberikan ruang kepada pasukan tersebut.

Adakah JDT akan menapau kesemua piala sekali lagi pada musim ini? Ataupun ada pasukan lain yang akan mampu menghalang kehebatan pasukan dari selatan tanah air itu.

Tahniah kepada JDT kerana menjadi juara. Dan cuba lagi tahun depan untuk Terengganu.

BACA:  Liga Super 2020/21: Perak FC 2-2 JDT