Pogba Tolak Untuk Sentuh Dan Turunkan Tandatangan Pada Jersi Man Utd

Paul Pogba menolak untuk menyentuh dan menurunkan tandatangan pada jersi Manchester United ketika ada peminat yang meminta beliau melakukan hal tersebut.

Sebaik tiba di Turin, Pogba telah disambut oleh para penyokong dan salah seorang penyokong meminta beliau untuk menurunkan tandatangan pada jersi Manchester United.

Reaksi spontan Pogba yang terus menolak untuk menyentuh jersi tersebut jelas sekali membuktikan tentang bagaimana perasaannya terhadap bekas kelabnya itu.

Pemain kebangsaan Perancis itu meninggalkan Manchester United sebagai pemain bebas ejen pada bulan lalu, seterusnya mengakhiri karier enam tahun beliau di Old Trafford.

Jelas sekali kepulangan semula beliau ke Old Trafford tidak berjalan seperti yang diharapkan dengan Pogba juga tidak mempunyai hubungan yang baik dengan penyokong.

Ramai yang mempersoalkan tentang komitmen beliau bersama kelab dan percaya yang beliau tidak pernah menunjukkan konsistensi seperti yang diharapkan.

Para peminat mengharapkan sesuatu yang dasyat dari pemain midfield yang ditandatangani semula dengan yuran perpindahan bernilai £89 juta.

Pogba pada musim panas ini telah melengkapkan semula perpindahan beliau menyertai Juventus, dengan beliau pada 2016 lalu meninggalkan The Old Lady untuk sertai setan merah.

Ketibaan beliau telah disambut penuh meriah oleh para penyokong di lapangan terbang, dengan para peminat sangat teruja melihat beliau kembali.

Pemain berusia 29 tahun itu diminta untuk menurunkan tandatangan pada jersi peminat dan beliau dilihat sangat gembira melakukan hal tersebut.

Pogba menikmati detik tersebut bersama para peminatnya, namun telah berlaku sesuatu yang hampir sahaja merosakkan suasana.

Salah seorang penyokong dengan tiba-tiba mengeluarkan jersi Manchester United dan meminta agar Paul Pogba menurunkan tandatangan pada jersi tersebut.

Sebaik melihat jersi berwarna merah itu, Pogba dengan segera mengangkat tangan dan menunjukkan isyarat tidak kepada penyokong tersebut, sebelum beliau terus menurunkan tandatangan pada jersi Juventus.

Pogba bukan hanya tidak mahu menurunkan tandatangan, beliau bahkan turut tidak mahu menyentuh dan melihat langsung pada jersi tersebut.

Ia sudah cukup untuk membuktikan yang beliau sememangnya sudah tawar hati dengan Manchester United dan mungkin memerlukan masa yang lama untuk melupakan apa yang sudah terjadi.

Ketika awal ketibaan semula beliau ke bumi Old Trafford, Pogba pada ketika itu merupakan pemain paling mahal dalam dunia bola sepak.

Beliau pada ketika itu sangat diharapkan akan mampu untuk membawa United kembali menjadi pasukan yang paling digeruni di Eropah.

Beliau berjaya memenangi gelaran Carabao Cup dan Europa League pada musim debutnya bersama kelab, dengan Pogba turut memainkan peranan penting dalam sistem kendalian Jose Mourinho.

Beliau turut menjadi nadi penting untuk skuad Manchester United pada musim berikutnya dengan Pogba turut berjaya menunjukkan impak seperti yang diharapkan.

Masalah mula terlihat selepas Jose Mourinho dipecat oleh kelab pada Disember 2018 yang lalu dengan nama Pogba disebut sebagai toksik.

Ole Gunnar Solskjaer kemudiannya dilantik sebagai pengurus baharu kelab, dan Pogba pada ketika itu berjaya melalui musim terbaiknya bersama setan merah.

Itulah satu-satunya musim beliau berjaya menjaringkan lebih 10 untuk dalam saingan liga, dengan Pogba pada ketika itu cemerlang meledak 13 gol untuk bantu United mengakhiri saingan liga di kedudukan keenam.

Dua tahun berikutnya Paul Pogba kerap diketepikan kerana beliau sering dibelenggu masalah kecederaan dan hal itu sedikit sebanyak mencetuskan kemarahan peminat.

Keadaan semakin memuncak pada April lalu yang mana Paul Pogba pada ketika itu teruk kena boo dengan penyokong ketika aksi bertemu Norwich City.

Pemenang Piala Dunia bersama skuad Perancis itu tidak sekadar berdiam diri dengan beliau turut dilihat menganjing semula para penyokong Man Utd.

Aksi bertemu Liverpool merupakan aksi terakhir Paul Pogba bersama Man United dengan beliau selepas itu terpaksa direhatkan kerana mengalami masalah kecederaan.

Setan merah ada menawarkan kontrak baru kepada Paul Pogba, dengan bintang Perancis itu secara terbuka menolak tawaran bernilai £300,000 dari pihak kelab itu.

Dalam siri dokumentari beliau, Paul Pogba bahkan turut menganggap yang nilai £300,000 itu sebenarnya langsung tidak berguna.

Perbualan antara Pogba bersama ejen beliau, mendiang Mino Raiola turut membangkitkan kemarahan penyokong, dengan Raiola ketika itu menyatakan bahawa:

“Paul, kamu sekarang sedang berada dalam situasi yang khusus. Kamu tak akan faham, kamu tak tahu.”

Pogba kemudiannya menjawab:

“Adakah Manchester United membuat tawaran kedua?”

Soal Pogba dengan Mino Raiola kemudiannya menjawab:

“Ya. Mereka jelas sekali mahu kamu kekal. Bagi saya, tawaran mereka tak menunjukkan itu. Saya beritahu mereka, ‘Jika kamu mahu dia kekal, jangan buat tawaran itu’. Saya akan buat mereka faham yang jika mereka betul-betul mahukan kamu untuk kekal dan mereka mahu bina skuad disekeliling kamu, kali ini mereka perlu bertindak dengan cara berbeza dan letakkan saja duit di atas meja.”

Jawab mendiang Raiola pada ketika itu.

Paul Pogba jelas sekali tidak gembira dengan layanan yang beliau terima dari pihak kelab, dan kerana itulah beliau bertekad mahu meninggalkan kelab pada musim panas ini.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Rashford Dan Martial Rasa Tak Sedap Badan Dan MC Sebelum Jumpa Bayern