Premier League 2020/21: Wolverhampton Wanderers 2-1Chelsea

Tiada kebangkitan yang memedihkan lagi menyakitkan apabila tewas betul-betul di penghujung perlawanan kena pula pada masa 90+5 dan itulah yang dirasai Chelsea.

Berkunjung ke Molineux Stadium sudah pasti tiga mata penuh mahu dicari oleh Frank Lampard dan anak buahnya demi kelansungan di bulan disember yang serba padat ini.

Kurt Zouma hampir sahaja membuka tirai jaringan dengan satu sundulan yang cantik dan hampir sempurna, namun dinafikan palang gol. Ketung bergegar palang.

Separuh masa pertama menyaksikan perlawanan berakhir tanpa jaringan sudah pasti dengan kedudukan 0-0.

Empat minit bersambung babak kedua, Olivier Giroud menjaringkan gol pembukaan dan meninggalkan pasukan tuan rumah dengan satu gol dihadapan.

Umpanan secukup rasa daripada Ben Chilwell terus disudahkan terus oleh Giroud dengan satu voli tanpa sempat bola jatuh ke tanah nanti masuk kuman.

Rui Patricio tertewas dengan percubaan Olivier Giroud yang semakin tua semakin tajam apabila bola bocor dicelah ketiaknya.

Rui Patricio sempat menyambar dan teknologi garisan gol mengesahkan bahawa bola telah melepasi garisan sepenuhnya.

Wolves tidak mengalah dengan semangat bermain di laman sendiri, Daniel Podence menyamakan kedudukan pada minit ke-66.

Acahan demi acahan Daniel Podence menyebabkan pemain Chelsea mudah termakan. Rembatan padu Pondence sedikit terbias labu betis Reece James dan sudah cukup untuk menewaskan Mendy Lamb.

Pedro Neto telah dinafikan sepakan penalti selepas pengadil perlawanan, Stuart Attwell telah menyemak kembali keputusan awal beliau dengan monitor di tepi padang.

Selepas penelitian dilakukan keputusan sepakan penalti pada awalnya ditarik balik kerana Reece James tidak melakukan kekasaran ke atas Pedro Neto.

Wolves bukanlah seperti pasukan penyandang juara yang mengharapkan sepakan penalti untuk sekadar seri menentang pasukan di zon penyingkiran.

Pada minit ke-90+5, Pedro Neto telah menjaringkan gol kemenangan melalui satu bedilan rendah ke sudut jauh yang gagal digapai Mendy untuk gol kemenangan dalam aksi kebangkitan penuh dramatik.

Jaringan lewat pemain berusia 20 tahun telah memberikan Wolves kemenangan kedua dalam 6 perlawanan.

Kekalahan kedua secara berturutan buat Chelsea dan sekali lagi terlepas peluang untuk memanjat dan gayat di puncak liga.

Chelsea kehilangan 6 mata dari dua perlawanan terakhir. Kalau tidak lama jugak gayat kat atas.

Wolverhampton: Rui Patricio, Boly, Coady, Saiss, Nelson Semedo, Dendoncker, Neves, Marcal, Pedro Neto, Silva, Daniel Podence.

Subs: Hoever, Ait Nouri, Vitinha, Ruddy, Traore, Kilman, Otasowie.

Chelsea: Mendy, James, Zouma, Thiago Silva, Chilwell, Havertz, Kante, Mount, Pulisic, Giroud, Werner.

Subs: Kepa, Rudiger, Jorginho, Abraham, Kovacic, Gilmour, Azpilicueta.
Referee: Stuart Attwell.

BACA:  Higuain: Sarri Tahu Bagaimana Untuk Dapatkan Yang Terbaik Dari Saya