Presiden Perancis Nobatkan Amrabat Sebagai ‘The Best Midfielfer of The Tournament’

presiden perancis amrabat

Presiden Perancis, Emmanuel Macron telah melawat bilik persalinan Maghribi selepas perlawanan separuh akhir Piala Dunia 2022 dan memberitahu Sofyan Amrabat bahawa dia adalah ‘The Best Midfielfer of The Tournament’.

Permainan yang tidak mengenal erti lelah dan berdedikasi tinggi Sofyan Amrabat nyata telah membuat Presiden Perancis itu kagum dan bertemu secara bersemuka untuk menghamburkan pujian.

Emmanuel Macron telah hadir untuk menyaksikan perlawanan di antara Perancis dan Maghribi itu bersama VVIP yang lain duduk disebelah Presiden FIFA, Giovanni Vincenzo Infantino.

Menurut ciapan dari Fabrizio Romano selepas perlawanan Presiden Perancis telah bertandang ke bilik persalinan Maghribi di Stadium Al Bayt untuk memuji persembahan Sofyan Amrabat.

“Telah diberitahu presiden Perancis Emmanuel Macron telah melawat bilik persalinan Maghribi selepas perlawanan dan memberitahu Sofyan Amrabat bahawa dia telah menjadi “pemain tengah terbaik kejohanan” di hadapan semua skuad. 🇲🇦🤝🏻 #Qatar2022″

Melalui ciapan di akaun rasmi Twitternya Presiden Perancis itu juga telah mengutuskan ucapan tahniah kepada Maghribi atas kisah dongeng mereka lakarkan di Piala Dunia Qatar.

Kini dunia telah melihat apa yang Amrabat boleh lakukan. Pemain tengah bertahan itu adalah pemain penting Maghribi kerana kemampuan bertahan dengan baik dan berkebolehan melakukan serangan balas dengan bijak.

Sofyan Amrabat kini berusia 26 tahun dan merupakan pemain tengah Fiorentina yang memulakan karier bersama Utrecht dan Feyenoord serta Club Brugge sebelum ke Serie A.

Kedua ibu bapanya berasal dari Maghribi dan Amrabat dilahirkan di Belanda dan pernah mewakili pasukan remaja bawah 15 tahun Belanda sebelum memilih untuk bersama Maghribi.

Liverpool antara pasukan yang sedang mengintai peluang untuk mendapatkan khidmat Amrabat selepas kejayaan menewaskan Sepanyol dan kini pasti akan mendapat saingan sengit dari pelbagai kelab Eropah yang lain.

Sebelum bermula kejohanan, Jurgen Klopp dilaporkan telah bertemu dengan Amrabat dan akan mengadakan perbincangan lanjut selepas Piala Dunia.

Namun Amrabat dilihat lebih berminat untuk ke Atletico Madrid kerana dia mengakui amat menggemari gaya permainan yang diterapkan oleh Diego Simeone.

Bercakap kepada penerbitan Sepanyol Marca, Amrabat berkata:

“Saya bangga dikaitkan dengan kelab-kelab terkemuka seperti Barcelona dan Atletico. Tetapi saya seorang pemain Fiorentina, saya menghormati kelab dan saya mempunyai hubungan yang baik dengan presiden.”

“[Diego] Simeone? Kami juga mempunyai jurulatih yang bagus di Fiorentina tetapi… ya, saya suka gaya [permainan] El Cholo [ Simeone].”

Amrabat sememangnya sudah diintai banyak kelab sebelum Piala Dunia lagi dengan aksi yang dipamerkannya kini pasti harganya menjadi amat keras.

Perancis 2-0 Maghribi

Pertembungan separuh akhir kedua antara Perancis dan Maghribi nyata berlangsung penuh sedap di mana Perancis berjaya menewaskan Maghribi dua gol tanpa balas untuk ke final.

Perjalanan penuh inspirasi dan laur biasa Maghribi ke separuh akhir menyaksikan Stadium Al Bayt yang berkapasiti 69,000 tempat duduk dipenuhi 55,000 orang penyokong Atlas Lion jauh mengatasi penyokong Perancis.

Perlawanan separuh akhir Piala Dunia 2022 ini merupakan pertemuan pertama di pentas Piala Dunia dan pertemuan yang ke-12 secara keseluruhan.

Dia atas kertas Perancis serba serbi hebat dari segenap sudut dan pasti menjadi pilihan mudah namun di atas padang sukar untuk ditentukan apa yang mampu dilakukan Maghribi sebagai dark horse.

Perancis terus menekan dan menekan sejak dari sepak mula membuatkan Maghribi kucar-kacir dengan pressing daripada pemain Perancis.

Minit kelima Perancis sudah di depan apabila Antonine Griezmann membawa masuk bola dari kanan dan mencari Kylian Mbappe yang terus merembat namun dihadang.

Bola muntah segera disambar Theo Hernandez dengan satu libasan deras yang terus menghantar bola ke dalam gawang walaupun Yassine Bounou cuba menghalang.

Jaringan pembukaan Theo Hernandez dalam tempoh 4 minit 39 saat itu telah menjadi jaringan terpantas dalam perlawanan separuh akhir Piala Dunia sejak 1958.

Theo Hernandez telah menjadi pemain lawan pertama menjaringkan gol menentang Maghribi di Piala Dunia 2022, mereka hanya bolos sekali sebelum ke separuh melalui gol sendiri.

Tersentak dengan jaringan awal Perancis, Maghribi mula menemui ketenangan dan perlahan-lahan menemui rentak mereka untuk mengimbangi perlawanan.

Azzedine Ounahi mencuba dengan melencongkan bola dari luar kotak penalti memaksa Hugo Lloris melayangkan badan menyelamatkan situasi.

Hugo Lloris kini menyamakan rekod penampilan terbanyak di Piala Dunia bagi penjaga gol dengan 19 penampilan menyamai rekod dipegang oleh Manuel Neuer dan rekod ini akan dipecahkan dalam perlawanan seterusnya.

Maghribi terus mencari gol penyamaan, Hakim Ziyech gagal melakukan percubaan terbaik dan Olivier Giroud segera membalas dengan percubaan terkena tiang.

Romain Saiss telah dikeluarkan seawal minit ke-21 kerana mengalami kecederaan dan digantikan dengan Selim Amalla.

Sofiane Boufal menjadi pengutip kad kuning pertama selepas mengasari Theo Hernandez dalam perebutan bola.

Perlawanan terus sedap,sedap dan sedap dengan Maghribi mempamerkan permainan mereka yang penuh semangat bagi menyamakan defisit dan Perancis pula masih tidak selesa dan perlukan gol tambahan.

Gerakan demi gerakan dilakukan Maghribi dengan sangat cantik tapi sukar untuk memecah masuk ke kotak Perancis yang padat. Perancis melepaskan peluang terbaik untuk menggandakan kedudukan, percubaan Mbappe berjaya dikeluarkan menemui Giroud yang membuat percubaan tersasar ke gawang terbuka.

Raphael Varane mencuba dari sepakan penjuru dengan tolakan yang jauh dari gawang menghampiri penghujung 45 minit pertama Perancis kembali menekan.

Ibrahima Konate melakukan terjahan penting mengeluarkan hantaran silang AchraF Hakimi untuk sepakan penjuru. Jawad El Yamiq hampir menjaringkan gol terbaik dan tercantik dengan satu aksi akrobatik, melipat bola ke gawang Perancis yang dinafikan tiang.

Di masa kecederaan Maghribi bertubi-tubi mencari gol memaksa Hugo Lloris bekerja keras dengan sepakan percuma dan sepakan penjuru. Separuh masa pertama yang penuh menghiburkan walaupun hanya satu gol terhasil.

Bersambung permainan, Mbappe terus mempamerkan larian kencangnya dari sebelah kiri dengan larian atas garisan persis Matyo.

Mbappe melakukan larian lipas kudungnya lagi, ketika berhenti untuk membuat hantaran Sofyan Amrabat tiba dengan wonderful takcle yang bersih meninggalkan Mbappe rebah ditanah.

Maghirbi datang dengan dua percubaan merbahaya satu gagal kerana miskick dan satu lagi sempat dipotong Ibrahima Konate betul-betul dihadapan garisan gol.

Selepas sejam perlawanan berlalu segalanya betul dilakukan Maghribi kecuali sentuhan penyudah.

Pada minit ke-66 Youssef En-Nesyri dan Sofiane Boufal dikeluarkan Abderazak Hamdallah dan Zakaria Aboukhlal masuk menjadi pertukaran keempat selepas Yahya Attia Attia Allah menggantikan Noussair Mazraoui di awal separuh masa kedua.

Dua pertukaran ini menyebabkan Maghribi kembali kucar-kacir dengan bahagian kiri hampir shutdown sepenuhnya. Selim Amallah masuk menggantikan Saiss dikeluarkan kembali untuk Abdessamad Ezzalzouli.

Kesempatan ini digunakan sepenuhnya oleh Perancis untuk cuba membunuh perlawanan dengan gol kedua dari Randal Kolo Muani yang kurang seminit di padang pada minit ke-79.

Kylian Mbappe melakukan gelecekan dengan kepungan 4 pemain, percubaan Mbappe terbias dan sampai kepada Randal Kolo Muani yang baru 44 saat masuk dengan sentuhan pertama terus menghasilkan gol.

Gol kedua dari Randal Kolo Muani ternyata berjaya mengurangkan semangat melawan Maghribi yang semakin kendur dengan 10 minit permainan berbaki.

Pengadil memberik 6 minit masa kecederaan untuk Maghribi melakukan sesuatu bagi meneruskan impian Piala Dunia mereka, linangan air mata terus menghangatkan pipi penyokong Atlas Lion.

Sentuhan penyudah dan nasib terus menafikan peluang Maghribi untuk sekurang-kurangnya meraih gol saguhati. Apabila bola terhenti di kaki Kounde.

Maka berakhirlah perjalanan luar biasa Maghribi dan Perancis mara ke final sekali lagi dan Argentina menanti mereka.

Kesebelasan Utama Perancis vs Maghribi

Kesebelasan Utama Perancis: Lloris; Kounde, Varane, Konate, T Hernandez; Tchouameni, Fofana; Dembele, Griezmann, Mbappe; Giroud.

Pemain Simpanan: Pavard, Disasi, Guendouzi, Kolo Muani, Veretout, Mandanda, Saliba, Upamecano, Coman, Areola, Camavinga, Thuram.

Kesebelasan Utama Maghribi: Bono; Hakimi, El Yamiq, Aguerd, Saiss, Mazraoui; Amrabat, Ounahi; Ziyech, En-Nesyri, Boufal.

Pemain Simpanan: Hamdallah, Zaroury, Sabiri, El Kajoui, Chair, Aboukhlal, Amallah, Ezzalzouli, Dari, Tagnaouti, El Khannouss, Benoun, Attiat-Allah, Jabrane.

Pengadil perlawanan: Cesar Arturo Ramos Palazuelos (Mexico)

BACA:  Lima Pemain Perancis Yang Paling Sendu Di EURO 2020