PSG Perlu Bayar Pampasan Yang Tinggi Untuk Tamatkan Kontrak Sergio Ramos

Paris Saint Germain dilaporkan perlu mengeluarkan dana yang besar untuk dibayar kepada Sergio Ramos seandainya mereka mahu membatalkan kontrak legenda Real Madrid itu.

Ramos tiba di ibu kota Perancis itu pada musim panas baru-baru ini sebagai pemain berstatus free ejen, selepas kontraknya bersama Real Madrid tamat pada penghujung musim lalu.

Walau bagaimanapun, pemain kebangsaan Sepanyol itu sehingga kini masih belum membuat sebarang penampilan lagi bersama PSG.

Pemain pertahanan veteran yang kini berusia 36 tahun itu turut terlepas untuk beraksi bersama skuad kebangsaan Sepanyol dalam saingan Euro sebelum ini.

Beliau menandatangani kontrak selama dua tahun sehingga 2023, dengan bekas ketua pasukan Real Madrid itu juga turut ditawarkan gaji yang lumayan.

Malang untuk kedua-dua PSG dan Ramos sendiri, masalah kecederaan betis yang masih tak sembuh-sembuh telah menyebabkan bintang Sepanyol itu gagal untuk membuat sebarang penampilan.

Bahkan, pemain berusia 36 tahun itu masih belum turun beraksi dalam mana-mana perlawanan kompetetif sejak kali terakhir beliau beraksi ketika aksi kekalahan 2-0 Real Madrid di tangan Chelsea dalam saingan Champions League musim lalu.

Melihat kepada keadaan Ramos yang sepertinya tidak sembuh dan cergas sehingga ke hari ini, pihak pimpinan kelab kemudiannya memutuskan untuk mempertimbangkan tentang pembatalan kontrak beliau.

Media tempatan Perancis juga mendakwa yang gergasi Ligue 1 itu turut meluahkan rasa menyesal mereka menandatangani bekas bintang Real Madrid itu dan mengakui bahawa ia keputusan terburuk kelab.

Menandatangani Sergio Ramos hanya untuk menambahkan beban sahaja untuk Paris Saint Germain pada ketika ini, memandangkan pemain Sepanyol itu tidak boleh diturunkan.

Walau bagaimanapun, PSG dilaporkan perlu mengeluarkan dana yang cukup besar seandainya mereka mahu membatalkan kontrak 2 tahun Ramos bersama kelab.

Menurut laporan sama, Ramos telah menandatangani perjanjian yang akan membantu beliau menerima ,£20 juta (€24 juta) menjelang kontraknya tamat pada 2023 nanti.

PSG turut perlu mendapatkan persetujuan Ramos terlebih dahulu untuk membatalkan kontraknya, namun pemain kebangsaan Sepanyol itu tetap akan menerima pampasan seandainya kontrak beliau dibatalkan.

Bercakap tentang kecederaan Ramos, sporting director PSG, Leonardo menyatakan bahawa:

“Kita tahu Ramos ada masalah kecederaan.”

“Media Sepanyol sedang bermain permainan minda, kita semua tahu dia ada masalah. Kita semua tahu apa yang berlaku di sini.”

Gianluigi Donnarumma, Georginio Wijnaldum dan Lionel Messi turut ditandatangani sebagai pemain berstatus free ejen pada musim panas lalu bersama Sergio Ramos.

Selain dari barisan pemain handalan yang disebutkan di atas, Paris Saint Germain turut berjaya melengkapkan perpindahan bernilai £54 juta untuk mendapatkan Achraf Hakimi dari Inter Milan.

Pengurus PSG, Mauricio Pochettino turut mendedahkan pada bulan lalu yang Ramos masih belum turun berlatih bersama skuad utamanya kerana masih dibelenggu masalah kecederaan.

“Sayang sekali, Ramos masih belum mula berlatih bersama skuad lagi.”

Jelasnya kepada Radio Marca.

“Dia sepertinya sudah hampir. Kami harap dia akan cergas sepenuhnya dalam tempoh terdekat ini. Kami sangat gembira melihat perkembangan dia.”

“Dia merupakan Juara sejati dan tiada siapa yang meragukan naluri bersaing serta kemampuan beliau dalam bermain bola sepak.”

“Walau bagaimanapun, nasib tidak memihak dia, tapi dia boleh uruskan semua ini.”

Terdapat banyak kelab elit di benua Eropah yang berminat untuk mendapatkan khidmat Sergio Ramos sebelum beliau sah menyertai Paris Saint Germain sebelum ini.

Liverpool dan Manchester United antara dua pasukan yang turut sangat berminat untuk mendapatkan khidmat pemain pertahanan veteran itu.

Kini, seandainya Ramos benar-benar dilepaskan oleh pihak kelab, berkemungkinan kelab lain akan cuba memantau terlebih dahulu perkembangan beliau, sebelum memutuskan untuk menandatangani bintang Sepanyol itu.

Sumber: SPORTbible

BACA:  6 Impian Sergio Ramos 'Kempunan' Selepas Sah Tinggalkan Real Madrid