Pundit Ini Cakap: “Kalau Manchester United Yang Main Ganti City Mesti Penuh Wembley Tu”

Seorang pundi TalkSports geram melihat penyokong Manchester City yang gagal memenuhkan tempat duduk yang sudah diberikan di Wembley dalam aksi separuh akhir Piala FA menentang Liverpool.

Dia menganggap penyokong Manchester City sebagai memalukan dan bukti bahawa kelab itu masih kelab kecil di Manchester berbanding juara 20 kali Liga Inggeris Manchester United.

Dalam aksi tersebut, terdapat banyak tempat duduk kosong dan kelihatan banner Manchester City digunakan untuk menutup seat penyokong yang kosong itu.

Manchester City tewas 2-3 dalam perlawanan tersebut. Sekaligus memadamkan impian Manchester City untuk cuba memenangi treble pada musim ini. City kini masih ada UCL dan EPL untuk mereka kejar.

Namun sebenarnya sebelum ini penyokong Liverpool dan City meminta perlawanan ini ditukar ke venue lain. Hal ini kerana ada masalah tren ke Barat London pada hari tersebut. Ia menyukarkan penyokong datang ke Wembley.

Walau apa sahaja alasannya, koresponden talkSPORT, Alex Crook berpendapat City seharusnya berjaya memenuhkan tempat kosong itu, tanpa ada alasan.

Ini kerana 3 kelab lain iaitu Chelsea, Liverpool dan Palace telah berjaya memenuhkan seat mereka.

Crook berkata: “Kegagalan Manchester City menjual tiket mereka semalam adalah sesuatu yang memalukan.”

“Saya tahu ada masalah untuk travel ke London dari Barat Laut England hari ini. Namun jika Manchester United yang beraksi, mereka akan berjaya memastikan tempat duduk itu penuh.”

“Apabila kamu melihat ada pasukan anjing bawahan [under dog] seperti Crystal Palace, penyokong mereka riuh menyanyi seperti penyokong kelab besar lain. Sangat hebat melihatnya.”

Bekas pemain Tottenham Hotspur tidak setuju dengan pendapat Crook itu. Kerana Palace dan Chelsea kedua duanya memang di London. Misalnya Palace, mereka sangat dekat dengan stadium berbanding Manchester City yang datang dari jauh.

Bent berkata: “Saya rasa, sangat mudah untuk Crystal Palace menjual semua tiket mereka. Mereka di London, Manchester City kat mana bang? Nun di Manchester.”

Crook mempertahankan hujahnya: “Ahh tak kira lah, Manhester United pun dari Manchester, Liverpool pun sama, dari Barat Laut.”

“Dua pasukan ini pasti akan menjual kesemua tiket mereka yang diberikan kepada mereka di Wembley.”

“Hakikatnya, tempat kosong itu di sebelah Manchester City. Ingat, 20 tahun lalu, kelab ini bermain menentang Gillingham di League 1 untuk kembali ke Liga Kejuaraan. Rasanya ini adalah benda yang teruk.”

Penyokong Manchester City memberikan respon kepada Crook di media sosial. Mengingatkan Crook bahawa ramai penyokong City yang baru sahaja pergi ke Madrid sebelum separuh akhir Piala FA.

Salah seorang penyong City berkata: “Ramai penyokong City baru je sampai dari Madrid. Dan mereka tak mampu untuk menampung kos ke Wembley. Kau kena ingat, tak semua penyokong ni kaya.”

Seorang lagi menulis: “Memalukan dari segi apa hanat? Ianya kos yang mahal, musim yang mahal, 2 trip ke Madrid dalam masa sebulan, itu antara contoh.”

“Mengarut betul la kau ni mat oi, kau kena faham, kelab sukar nak jual tiket kepada penyokong yang bukan penyokong dari Manchester. Dan ada kekangan pada penyokong tempatan di Manchester pada masa ini.”

Seterusnya seorang lagi warganet, Daniel Bayliss berkata, Liverpool dan Man United ada penyokong yang sangat ramai di seluruh dunia. Jika penyokong tempatan mereka tak mampu pergi penyokong dari luar pula yang akan membeli tiket itu.

“Perbandingan yang sangat tak adil. Manchester United dan Liverpool adalah kelab yang jauh lebih besar daripada City. Bukan saya nak perlekehkan penyokong City malah itu faktanya. Dua kelab ni, kalau penyokong lain tak boleh pergi, yang lain akan pergi. Tak semua kelab ada fanbase yang besar macam ni. Fair play kepada penyokong yang dapat pergi.”

BACA:  Paul Pogba Sah Tolak Tawaran Lumayan Dari Manchester City