Pundit Perancis Hurai Satu Persatu Masalah Kedunguan PSG

Jika dilihat di atas kertas, pasukan gergasi Ligue 1, Paris Saint Germain sepatutnya tidak mempunyai masalah untuk memenangi kesemua perlawanan mereka di dalam kejohanan yang digelar ‘liga petani’ tersebut dan pada dasarnya, PSG dilihat sudah mula melakukan penjarakan fizikal dengan pasukan lain.

Selepas 19 perlawanan, pasukan ibu kota Perancis ini telah menang 14 perlawanan, seri empat dan tewas sekali. Meskipun dilihat dominan dari segi kutipan mata dan jumlah jaringan 39 gol, pasukan ini telah bolos 17 kali, termasuk dalam perlawanan terakhir mereka yang menyaksikan Lionel Messi dan kawan-kawannya hanya mampu merekodkan keputusan 1-1 menentang pasukan yang terperosok di zon penyingkiran, Lorient.

PSG terlebih dahulu ketinggalan selepas Thomas Moncoduit menjaringkan gol pertama Lorient pada minit ke-40, dan pendahulu liga tersebut terpaksa menunggu ke masa tambahan di hujung perlawanan untuk mendapatkan gol menerusi Mauro Icardi.

Dalam saingan di pentas Eropah pula, PSG menamatkan saingan liga di tangga kedua di belakang Manchester City, selepas merekodkan tiga kemenangan, dua kalah dan sekali seri. Dari segi rekod, mereka menjaringkan 13 gol dan bolos lapan kali.

Perkara ini menarik minat seorang pundit bola sepak di Perancis, Daniel Riolo, telah menyelar prestasi PSG selepas melihat prestasi tidak menentu anak buah Mauricio Pochettino dalam perlawanan menentang Nice dan Lens baru-baru ini.

Dalam kenyataannya, Riolo, memang tak ada simpan di hati langsung apa dia rasakan di mana dia mendakwa PSG tidak bagus dari segi taktikal dan teknikal.

“PSG ni adalah pasukan premium dalam liga kita. Jujurnya, selain daripada tewaskan mereka, tak ada benda dah nak cakap pasal sukan ni!

“Secara teknikal dan taktikal, memang tak ada apa! Kita dapat tengok pemain yang memang tidak kisah! Penyokong PSG di depan TV tengok pasukan diorang, tertanya aku apa yang diorang fikir.”

Pasukan ibu kota Perancis tersebut mempuyai pilihan kelas dunia di setiap posisi selepas pemain seperti Messi, Sergio Ramos dan Gianluigi Donnarumma menyertai mereka. Namun, pemain yang mendapat perhatian Riolo adalah bekas pemain Liverpool, Gini Wijnaldum, yang dilihat sangat terkapai-kapai sejak tiab di Parc des Princes pada bulan Jun tempoh hari.

“Kita boleh rasa yang diorang tu [para pemain] tak kisah pun pasal kita [penyokong]. Pemain tengah macam Wijnaldum, rasa macam dia tak pernah wujud.

“Memang sedih la. Pasukan nampak suram sangat malam ni [menentang Lorient]! Dan ini tidak boleh diterima. Kita dah tengok sejak dari awal musim lagi,” ujar Riolo lagi.

Kalau ikutkan, masalah PSG bukan setakat pada Wijnaldum sahaja, Ramos juga boleh menjadi punca.

Selepas terpaksa menunggu untuk melakukan penampilan pertamanya bersama pasukan baru sejak meninggalkan Real Madrid dek kecederaan, Ramos hanya memerlukan dua perlawanan untuk mengutip kad merahnya yang pertama dalam Ligue 1.

Menentang Lorient, Ramos dimasukkan pada aksi babak kedua dan 30 minit sahaja selepas berada di atas padang, Ramos sudah mula mengutip kad kuning pertamanya dan lima minit selepas itu dia dihadiahkan satu lagi kad kuning.

Dengan layangan kad kuning kedua seterusnya dibuang padang pada minit ke-86 permainan dan anehnya para peminat meraikan kad merah itu kerana merasakan Ramos bukan siapa-siapa tanpa kad amaran.

Kalau nak ikutkan, sebenarnya Ramos hanya melakukan klinikal foul yang mana bekas ketua pasukan Real Madrid itu jelas sedar apa yang beliau lakukan ketika menghalang serangan dari pemain penyerang lawan.

Walaupun dia sekadar kesalahan itu layak dilayangkan kad kuning, Ramos tetap menunjukkan reaksi tidak puas hati ketika meninggalkan padang.

Pengadil keempat perlawanan antara yang menjadi mangsa maki hamun Sergio Ramos ketika dia berjalan meninggalkan padang untuk masuk ke bilik persalinan.

Apa yang lebih menarik lagi, kad merah tersebut merupakan kad merah ke-27 sepanjang kariernya dan ia mengukuhkan lagi kedudukan Ramos sebagai pencinta kad merah dalam dunia bola sepak.

Ketika beraksi dalam lima liga utama Eropah, Ramos menerima 21 layangan kad merah, lapan lebih banyak berbanding pencabar terdekatnya Sulley Muntari yang pernah beraksi bersama Portsmouth, Inter Milan dan AC Milan.

Sumber : Sportkeeda

BACA:  Cristiano Ronaldo Punca Politik Jepun Jadi Ribut