Ralf Rangnick Dikritik Kerana Melantik Ronaldo Sebagai Ketua Pasukan

Keputusan Ralf Rangnick melantik Cristiano Ronaldo menjadi ketua pasukan Manchester United ketika aksi bertemu Wolves telah dikritik oleh Paul Ince.

Beliau bahkan tak nampak apa kelayakan yang Cristiano Ronaldo ada sehingga mampu mempengaruhi Ralf Rangnick dalam melantiknya menjadi ketua pasukan.

​Ronaldo telah dipertanggungjawabkan untuk memimpin skuad setan merah ketika aksi bertemu Wolves di Old Trafford malam semalam, bagi menggantikan Harry Maguire yang tak dapat diturunkan.

​Walau bagaimanapun, legenda Man United, Paul Ince tampil mendedahkan rasa tidak gembira beliau melihat keputusan dari Ralf Rangnick itu dan merasakan yang Ronaldo tak layak memakai armband kapten.

Bekas bintang England itu merasakan yang Scott McTominay lebih berhak untuk dilantik sebagai ketua pasukan United, selepas melihat aksi hebat dan persembahan mantap yang ditunjukkan oleh bintang Scotland itu.

Berdebat berkait keputusan Ralf Rangnick melantik Ronaldo sebagai ketua pasukan, Paul Ince menyatakan bahawa:

“Melihat kepada isu ini, jika saya adalah Ralf Rangnick, saya berikan (armband kapten) kepada McTominay.”

“Kerana saya rasa, seorang kapten seharusnya dinilai berdasarkan persembahan mereka dan apa yang sudah dia lakukan di atas padang.”

“Ia bakal menjadi pengalaman yang sangat berguna untuk dia. Mengapa berikannya kepada Ronaldo? Semua orang maki dia sebab dia sekadar berjalan meninggalkan padang tanpa mengucapkan terima kasih kepada penyokong.”

“Cara bagaimana McTominay bermain, saya rasa dia perlu dilantik dan biar dia buktikan sesuatu.”

Bercakap tentang mengapa beliau memilih Ronaldo sebagai ketua pasukan, Ralf Rangnick menjelaskan bahawa:

“Dia merupakan pemain paling berpengalaman.”

​”Pilihan saya adalah antara David De Gea atau dia, tapi saya mahu ada beberapa pemain yang boleh jadi ketua.”

Ralf Rangnick juga sebenarnya tidak gembira dengan persembahan yand ditunjukkan oleh para pemain dalam perlawanan ini.

Ralf Rangnick tak gembira melihat persembahan Man Utd

Ralf Rangnick langsung tidak gembira dengan persembahan yang ditunjukkan oleh anak-anak buahnya ketika aksi kekalahan bertemu Wolves di Old Trafford awal pagi tadi.

Beliau menegaskan yang para pemain tidak melakukan pressing dan itu merupakan faktor utama mengapa perancangan beliau dalam perlawanan ini serba tidak menjadi.

Pengurus dari Jerman yang dianggap bapa kepada sistem pressing dalam dunia bola sepak itu turut mendedahkan yang anak-anak buahnya mencuba bermain pressing sepanjang 10 minit pertama permainan, namun selepas itu semuanya kembali bermain seperti biasa.

United dilihat terlalu mudah didominasi oleh Wolves dalam perlawanan ini, dan menyebabkan mereka terpaksa akur dengan kekalahan 1-0 di halaman sendiri.

Pasukan pelawat berjaya mempamerkan aksi persembahan terbaik sejak dari awal sepak mula perlawanan, dengan mereka berjaya mencipta 15 shots pada aksi babak pertama permainan sahaja.

Ia merupakan rekod terhebat dalam saingan Premier League, dengan Wolves menjadi pasukan pelawat pertama dalam tempoh 18 musim yang berjaya mencipta 15 shot pada 45 minit pertama permainan.

David de Gea tidak dinafikan lagi sememangnya pemain terbaik dalam perlawanan ini, dengan beliau berjaya menyelamatkan begitu banyak percubaan dari jentera serangan Wolves.

Joao Moutinho akhirnya berjaya merobek gawang gol United dengan perlawanan pada ketika itu berbaki sembilan minit sahaja sebelum tamat.

Gol cantik jaringan pemain midfield Wolves itu seterusnya mengesahkan kemenangan untuk mereka, seterusnya membawa pulang tiga mata berharga.

Para penyokong Wolves tentunya berpuas hati dengan keputusan dalam perlawanan tersebut, dengan mereka mencipta sejarah baru kelab menewaskan United di Old Trafford.

Ia merupakan kekalahan pertama Ralf Rangnick sebagai pengurus Man Utd, dengan beliau selepas tamat perlawanan telah mendedahkan rasa kecewanya terhadap aksi para pemain.

“Kami tidak bermain dengan baik langsung, tidak kira secara individu mahupun berpasukan. Pada aksi babak pertama, kami berdepan masalah besar untuk menjauhkan mereka dari kawasan kami.”

Jelas Ralf Rangnick kepada sky Sports.

“Pada aksi babak kedua, kami berubah bermain back three dan dapat kawal permainan dalam tempoh 15 minit yang mana kami berpotensi untuk menjaringkan gol. Ketika kami bolos, kami ada pemain yang cukup di dalam kotak.”

“Hantaran silang itu berjaya dihalang oleh Jones, tapi gol yang kami bolos itu sepertinya sudah terlalu banyak musim ini.”

“Moutinho boleh melepaskan rembatan tanpa di kawal, tiada masalah, tiada tekanan. Kami sangat kecewa dengan keputusan dan sebahagian dari persembahan kami.”

“Mereka bermain dengan empat atau lima pemain central midfielder dan kami ada masalah untuk kawal bahagian itu di atas padang. Kami memutuskan untuk tukar formasi dan kami dapat kawal permainan.”

“Mereka tidak ada begitu banyak kesempatan, tapi kita terlepas kesempatan kita dan kita harus mengakui yang mereka berhak untuk menang.”

Ralf Rangnick kemudiannya menambah lagi dengan menyatakan bahawa:

“Kami langsung tidak melakukan pressing. Kami mencuba tapi kami memang gagal untuk menyesuaikan diri dengan sistem pressing itu dalam perlawanan ini.

Sumber

BACA:  Gara-Gara Ronaldo, Coca Cola Rugi RM16.5 Billion