Ramalan Keane Pada 2019 Benar, Ole Akan Ditendang Keluar Oleh Pemain Yang Mencampak Mourinho Ke Bawah Bas

Ramalan legenda Manchester United, Roy Keane pada tahun 2019 ternyata benar apabila telah menyatakan dengan tegas bahawa Ole Gunnar Solskjaer akan ditendang keluar oleh pemain yang sama yang telah mencampak Jose Mourinho ke bawah bas.

Roy Keane sememangnya seorang pengulas bola sepak yang tidak berlapik percakapannya apabila mengutarakan sesuatu perkara yang tidak berkenan dihati terutamanya melibatkan pemain dan pasukan Manchester United.

Klip video kenytaan Roy Keane dua tahun yang lalu kini menjadi tular dan dikongsi oleh warga maya selepas Ole Gunnar Solskjaer telah dipecat seperti mana yang dialami oleh Jose Mourinho.

Pada ketika itu, Roy Keane menzahirkan ketidakyakinan beliau kepada pemain yang berada dalam pasukan Manchester United yang menyebabkan Jose Mourinho dipecat dan tidak pelik jika perkara itu terjadi kepada Ole Gunnar Solskjaer pula.

“Saya tidak fikir tugasnya berada di bawah tekanan tetapi dia berada di bawah tekanan dan dia tidak mendapat keputusan dan prestasi yang diinginkan.”

“Saya sentiasa tertarik selepas perlawanan apabila pengurus berkata: ‘mereka akan bersedia untuk perlawanan seterusnya’. Anda perlu bersedia untuk setiap perlawanan. Saya tidak kisah sama ada Man United atau Altrincham.”

“Saya tidak terpengaruh dengan perkara yang dikatakan bahawa mereka akan bermain dengan baik. Ini adalah pemain yang sama yang mencampak Mourinho di bawah bas dan mereka akan melakukan perkara yang sama kepada Ole.”

Kelab Bola Sepak Altrincham ialah sebuah kelab bola sepak separa profesional (semi-pro) yang berpangkalan di Altrincham, Greater Manchester, England.

Ditubuhkan pada tahun 1891 dan digelar “Robins”, mereka kini merupakan ahli Liga Kebangsaan, peringkat kelima bola sepak Inggeris dan bermain di Moss Lane.

“Harimau Bintang tidak menukar tempat mereka. Terdapat terlalu banyak kesilapan terjadi di kelab ini untuk membawa United kembali ke puncak.”

“Fakta yang kami katakan United akan menduduki tempat keempat menunjukkan bagaimana standard telah jatuh dan mereka mengalami jatuh bebas, di dalam dan di luar padang.”

Kenyataan Roy Keane pada tahun 2019 ternyata tepat dan kena dengan situasi kini apabila Ole Gunnar Solskjaer telah pun selamat dipecat dari jawatannya selaku pengurus Manchester United.

Pendapat Keane mengenai banyak kesilapan yang perlu diperbaiki untuk United kembali ke puncak juga benar apabila hampir tiga tahun Ole memimpin tiada prestasi benar-benar konsisten di pamerkan.

Mungkin standard Manchester United jatuh dengan teruk yang kini hanya mampu bersaing merebut tempat empat teratas dan huru-hara di aksi Champions League selepas era Sir Alex Ferguson.

Roy Keane kerap kali tunggu pemain di tempat parking tiap kali beraksi buruk.

Analisis Keane boleh dianggap agak tepat walaupun mungkin akan menjadi perbahasan yang membawa kepada perbalahan bahawa Ole Gunnar Solskjaer dipecat kerana angkara pemainnya sendiri.

Ini kerana Ole Gunnar Solskjaer merupakan seorang pengurus dan juga individu yang merendah diri lagi budiman serta disenangi oleh hampir semua pemainnya dan agak sukar dipercayai jika Ole dikhianati sedemikian rupa.

Para pemainnya juga telah memuat naik status meruntun jiwa selepas Ole dipecat yang menunjukkan Ole disayangi oleh mereka namun persembahan ketika tewas kepada Watford menunjukkan perkara yang sebaliknya.

Tindakan Bruno Fernandes meminta peminat untuk tidak mengejek dan mengeboo Ole Gunnar Solskjaer mengundang rasa tidak puas hati dan meluat kepada Alan Shearer.

Ini kerana Bruno Fernandes langsung tidak berusaha dan mempamerkan aksi yang buruk tanpa pedoman ketika mereka berpeluang untuk menyelamatkan Ole Gunnar Solskjaer.

Satu perlakuan yang agak hipokrit bagi Shearer yang turut merasakan tidak mahu berjuang untuk Ole Gunnar Solskjaer dalam perlawanan itu lantaran telah hilang rasa hormat.

BACA:  John Terry Delete Tweet Selepas Membedal Keane Kerana Selfie