Rangkuman Aksi Hambar De Gea Yang Menyebabkan United Gagal Catat Kemenangan Bertemu Aston Villa

Sebuah video kompilasi aksi hambar penjaga gol Manchester United, David de Gea ketika beraksi bertemu Aston Villa semalam tular di media sosial pada ketika ini.

De Gea melakukan kesilapan demi kesilapan dalam perlawanan tersebut dan kerana hal itu beliau turut dianggap punca mengapa Man United gagal mengutip tiga mata penuh dalam perlawanan tersebut.

Penjaga gol Sepanyol itu gagal mengawal situasi ketika berdepan sepakan sudut di akhir-akhir minit permainan, dan menyebabkan Aston Villa berjaya untuk menjaringkan gol penyamaan mereka dalam perlawanan ini.

Calum Chambers berjaya meledak gol penyamaan selepas memanfaatkan kedunguan De Gea, seterusnya menyebabkan United gagal kutip kemenangan ketiga mereka secara berturut-turut di bawah kendalian Erik ten Hag.

Keputusan seri 2-2 itu menyebabkan rekod bersih United di bawah kendalian Erik ten Hag terkubur dan aksi hambar yang dipamerkan oleh para pemain sedikit membimbangkan peminat.

Salah seorang peminat membuat rangkuman aksi De Gea dalam perlawanan tersebut dan memuat naik video itu di laman media sosial.

Video tersebut mencuri perhatian peminat dan ramai yang membincangkan tentang hal tersebut di laman media sosial.

United jelas sekali telah memulakan perlawanan tersebut dengan sangat baik dan mereka turut dianggap bakal sekali lagi kenduri gol dalam perlawanan pra musim ini.

Selepas Jadon Sancho meledak gol untuk Man United, para peminat terus berasa yakin United akan sekali lagi mencatatkan kemenangan selesa di bawah kendalian Ten Hag.

Man United kemudiannya berjaya memperoleh gol kedua mereka selepas Matty Cash meledak gol sendiri untuk memberi ruang kepada setan merah mendahului perlawanan dengan keputusan 2-0.

Man United walau bagaimanapun gagal untuk meneruskan dominasi mereka dengan mereka teruk didominasi lawan pada aksi babak kedua permainan.

Leon Bailey berjaya meledak gol menewaskan David de Gea pada awal aksi babak kedua permainan.

Bailey kemudiannya hampir sahaja untuk menyamakan kedudukan selepas kejayaan beliau memperdaya De Gea, namun percubaan tersebut digagalkan oleh Harry Maguire.

Pada awal aksi babak kedua, De Gea gagal untuk mengawal situasi ketika berdepan sepakan penjuru dan hal sama turut berlaku ketika Aston Villa berjaya mendapatkan gol penyamaan mereka di akhir-akhir minit permainan.

Para penyokong Man United kemudiannya segera mempertikaikan hal tersebut di media sosial kerana ramai dari mereka kecewa melihat persembahan penjaga gol mereka itu.

“Aksi yang sangat teruk dari De Gea, memang sangat teruk. Kenapa lepas Dean pergi aksi dia terus merosot?”

“Persembahan yang mengejutkan pada aksi babak kedua, apa sebenarnya yang De Gea lakukan atas padang itu?”

“Aksi De Gea pada hari ini sememangnya sangat merisaukan. Terlalu teruk aksi yang dia pamerkan.”

“Kebiasaanya dia bukan macam ini, apa yang sudah berlaku kepada dia? saya bimbang dia dah tak dapat lagi tahap persembahan terbaik dia.”

“Macam mana kalau dia konsisten pamer aksi seperti ini? adakah kita perlu segera cari penjaga gol baru?”

Erik ten Hag turut mengkritik persembahan pemainnya selepas tamat perlawanan tersebut, dan beliau turut menganggap keputusan seri itu sebagai satu pengajaran kepada anak buahnya menjelang bermulanya musim baharu nanti.

“Aksi babak pertama mereka pamerkan aksi yang menakjubkan, 2-0 mendahului, tapi, aksi babak kedua, kami keluar dari bilik persalinan, kami dapat kawal permainan dan kami didominasi.”

Jelas Erik ten Hag.

“Itu tak bagus, jadi ia patut dijadikan sebagai pengajaran. Untuk pemain, untuk pasukan, saya rasa kami sudah banyak tunjukkan peningkatan, banyak aspek positif yang boleh dilihat.”

“Saya juga akan kata, pada akhirnya, kita perlu bertenang, tapi ini juga sebahagian dari musim ini, dalam satu musim tak akan sentiasa baik, kamu juga perlu bertenang dan lalui saja segalanya.”

Man United selepas ini akan turun beraksi bertemu Atletico Madrid di Ullevaal Stadion di Oslo, Norway pada hari Sabtu nanti sebelum mereka turun beraksi dalam aksi pra musim terakhir mereka bertemu Rayo Vallecano pada minggu berikutnya.

Skuad kendalian Erik ten Hag akan memulakan aksi saingan Premier League mereka pada 7 Ogos nanti. Mampu kah United konsisten dan mencapai sesuatu pada musim baharu nanti?

Sumber: SPORTbible

BACA:  Bayern Munich Bersolidariti Bersama Manchester United