Rangnick Gesa Manchester United Tiru Arsenal

Ralf Rangnick akhirnya tampil menyekolahkan Manchester United agar meniru Arsenal dalam jual beli pemain ataupun rekrut pemain.

Rangnick merupakan penasihat teknikal Man United yang kini bertugas sebagai interim.

Perkara itu mengejutkan dunia sama sekali. Kerana sebelum ini peminat Manchester United menghina pembelian Arsenal seperti Aaron Ramsdale sebagai pembelian yang sia sia dengan harga GBP 30 juta.

Arsenal mendapatkan pemain yang dianggap bukan bintang besar. Berbanding Manchester United yang membawa pulang Cristiano Ronaldo, kemudian Jadon Sancho dan Varane.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Manchester United menunjukkan kegagalan mereka dalam rekrut pemain. Ini termasuk Alexis Sanchez, Angel Di Maria dan juga Memphis Depay yang dianggap pembelian gagal.

Tetapi menurut Rangnick apa yang dilakukan Arsenal adalah yang sebetulnya dilakukan sebuah kelab bola sepak. Mereka membeli pemain atas kehendak pengurus ataupun sesuai dengan pengurus yang bakal dilantik kelak.

Seterusnya tidak terlalu terdesak membeli pemain sehingga menawarkan pakej bukan bukan.

Contoh terbaik adalah pada era Ole Gunnar Solskjaer. Di mana Ole sendiri tidak menyenaraikan pemain seperti Van De Beek dalam senarai beli. Oleh kerana pemilik kelab nak membeli jiwa penyokong. Maka dibeli Van de Beek yang kemudian bergelut untuk meyakinkan Ole.

Manchester United cuma ada 8 perlawanan sahaja lagi untuk melayakkan diri mereka ke UCL musim depat. Selepas seri dengan Leicester, United benar benar tidak boleh keciciran mata lagi sambil berharap Arsenal dan beberapa pesaing lain akan kehilangan mata.

Musim ini Manchester United terus gagal meraih sebarang piala selepas kena tendang daripada semua pertandingan. Lantas Rangnick bersetuju bahawa Man United memerlukan pembelian baharu untuk membangkitkan semula Manchester United.

Tetapi Rangnick memberikan amaran, pembelian pemain haruslah menepati kehendak pengurus dan memilih pemain yang betul sesuai dengan DNA yang hendak dibina.

Rangnick berkata: “Akhir sekali adalah tentang rekrut pemain, memiliki pemain yang betul, menandatangani pemain yang betul pada masa yang betul, bukan menandatangani pemain yang salah pada masa yang salah.”

“Ianya sangat mudah dalam bola sepak, di mana ianya berkaitan dengan memiliki proses rekrut pemain yang betul. Apa jenis pemain yang kita sebenarnya perlukan untuk jenis bola sepak yang macaman?”

“Apa pendirian kita? Dan kemudian memiliki pengurus yang sesuai dengannya. Ianya akan memberikan manfaat sama ada dari segi kewangan dan juga kesukanan, untuk menamatkan saingan di 4 teratas.”

“Semua orang nak bermain di Liga Juara Juara Eropah setiap tahun, namun kelab lain juga tetap merasai pengalaman itu itu.”

“Jika kamu tengok pada Arsenal, sebagai contoh, mereka tidak bermain di UCL untuk beberapa musim dan mereka telah membuat kesimpulan yang betul di kelab mereka dengan sebaik mungkin.”

Manchester United pastinya sedar tugas mereka memang sukar. Namun siapa tidak kenal Manchester United? Raja kepulangan semula ataupun king of go back ehh come back. Mereka pasti akan mampu melakukannya dengan semangat juang yang tinggi.

Manchester United kini fokus sepenuhnya kepada Liga Perdana Inggeris selepas disingkirkan daripada kesemua pertandingan piala yang mereka sertai.

Sebelum ini Bruno Fernandes selepas melanjutkan kontraknya berkata, dia mahu memberikan senyuman kepada peminat Man United dengan memberikan piala kepada mereka – yang selayaknya mereka terima selepas bersama sama dengan pasukan dalam susah dan senang. Dalam suka dan duka. Dalam tangis dan tawa.

BACA:  Luis Diaz Antara 3 Penyerang Yang United Boleh Tandatangani Pada Januari Lalu