Rangnick Dedah Manchester United Happy Campur Puas Hati Duduk Tempat Keempat, EPL Tiada Dalam Sasaran United

Ralf Rangnick menjelaskan bahawa, Manchester United tidak mensasarkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris pada musim ini. Sebaliknya mensasarkan tempat keempat atau lebih baik.

Rangnick malah memberitahu dunia bahawa, bukannya saja saja Manchester United tak menang Liga Perdana Inggeris selama sedekad, kerana beliau yakin ada sebab munasabah di sebaliknya.

Rangnick menyatakan perkara itu sebelum aksi berdepan dengan Burnley dalam Liga Perdana Inggeris.

Profesor kepada Klopp dan Tuchel itu berkata: “Jika Manchester United tak menang kejuaraan Liga Perdana Inggeris dalam 10 tahun kebelakangan ini, maka mesti ada alasan yang bagus [munasabah] di sebaliknya.”

Manchester United kali terakhir memenangi Liga Perdana Inggeris adalah ketika era Sir Alex Ferguson. Masa itu Greenwood masih tak kenal cinggey lagi.

Jadi, jelas sekali Rangnick langsung tak kisah hal memenangi Liga Perdana Inggeris pada masa ini. Kan dia cakap, ada la sebab yang realistik di sebaliknya.

Seterusnya, Rangnick menyatakan bahawa sasaran utama Manchester United adalah tempat keempat. Kedengaran berbunyi sasaran atok Wenger yang seringkali menjadi mangsa troll peminat Man United satu ketika dahulu.

Rangnick menyatakan bahawa mereka sekarang sangat happy berada di tangga keempat dan akan terus gembira kalaun kekal di situ pada akhir musim ini.

“Sekarang ini, kita berada di tangga keempat dalam carta Liga, dan semua orang dalam kelab ini, termasuk saya sendiri, akan menjadi sangat sangat gembira kalau kami menamatkan musim ini di tempat keempat pada akhir musim ini,” kata Rangnick yang memiliki wajah seorang pakar taktikal yang penuh muslihat.

Seterusnya, Rangnick melaungkan amaran bahawa, mereka masih berada di Liga Juara Juara Eropah. Dan Manchester United akan melakukan yang terbaik.

“Kami masih dalam Liga Juara Juara Eropah, dan fokus saya adalah sepenuhnya, bersama sama dengan staf saya, cuba mendapatkan yang terbaik daripada pasukan yang kami ada sekarang ini pada musim ini.”

“Inilah tugas saya, dan inilah sebab kenapa saya di sini,” kata Rangnick yang berucap dengan cara seorang pesnyarah bidang pengurusan bola sepak di Universtiti.

Bercakap tentang penyingkiran hina di tangan Middlesbrough. Rangnick berkata, dia berpuas hati dengan cara Manchester United bermain. Cuma mereka tak cukup tajam di hadapan gol. Tapi Rangnick menjelaskan, semua proses ini perlu dilakukan satu persatu dan tidak boleh gelojoh sekaligus terus dapat.

Rangnick mengakui gembira dengan cara mereka bermain dan mencipta peluang.

“Ya saya sangat gembira dengannya. Namun akhirnya, bola sepak adalah berkaitan kemenangan, menjadi tajam depan gol, boleh membunuh perlawanan dan bersikap kejam untuk kepentingan sendiri. Ini yang kami tak ada.

“Ini juga berkaitan dengan kualiti, tapi kita tak boleh tukar semua benda dalam satu masa yang sama,” kata Rangnick yang ibarat menyatakan: ‘hari ini kawin takkan esok terus dapat anak’.

Rangnick juga suka mengingatkan hadirin di ruang media bahawa pasukannya ada 30 shot berbanding 6 je dilakukan Boro. Kemudian Manchester United melakukan 22 shot dari dalam kotak penalti berbanding 3 oleh Boro.

Malangnya, menurut Rangnick: “Sayang sekali, kami tak cukup tajam selepas melepaskan gol penyamaan mereka. Ada 3 peluang keemasan yang kami tak sempurnakan dari Elanga, Bruno dan Marcus. Jadi, ini benda yang kami patut salahkan diri sendiri. Sekali lagi, kita tak dapat menyempurnakan peluang yang banyak.”

Rangnick merupakan pengurus yang akan menggalas tugas secara interim sehingga akhir musim ini.

BACA:  Ini Bukti Jesse Lingard Menyokong Penuh Dakyah #OleOut