Ronaldo: Aku Datang Sini Bukan Untuk Duduk Tempat Ketujuh Ye, Aku Nak Jadi Johan

Cristiano Ronaldo berterus terang bahawa dia bukan datang ke Manchester United untuk menjadi juara, bukannya untuk termendap di tangga keenam, ketujuh ataupun kelima sekalipun.

Kenyataan itu satu cabaran Ronaldo kepada rakan rakan sepasukannya agar melakukan lebih baik di atas padang.

“Saya tak nak berada di sini semata mata untuk berada di tangga keenam, ketujuh ataupun kelima sekalipun. Saya mahu menjadi juara dan bersaing.”

Ronaldo jelas sekali tidak gembira dengan bekas bakal pencabar kejuaraan musim 2021/22 iaitu Manchester United. Walaupun kini pasukan mereka masih bersaing dalam Piala FA dan Liga Juara Juara Eropah.

Ronaldo mahukan rakan sepasukannya lebih dahagakan kejayaan di atas padang berbanding dengan perkara lain.

Ronaldo masih menjadi bintang utama di Manchester United. Dan beliau mendedahkan bahawa ada beberapa pemain muda pada hari ini tak mahu mendengar kritikan daripada pemain lebih senior.

Berbeza sekali dengan pemain pemain muda pada generasinya dahulu. Lalu Ronaldo mengingatkan mereka bahawa, kalau tak nak orang kritik, maka buatlah tugas atas padang tu sebaiknya dan membantu pasukan untuk menang.

Ronaldo berkongsi kisah ketika dia masih muda, dia mendengar kritikan daripada pemain pemain lebih senior. Kerana mereka jauh lebih berpengalaman dan melalui banyak peristiwa perit dalam karier mereka yang mematangkan mereka.

Ketika di Manchester United dahulu, Ronaldo seringkali menerima teguran daripada pemain seperti Giggs mahupun Paul Scholes tanpa ambil hati. Kerana bagi Ronaldo, itu adalah kritikan yang membina.

“Ketika saya berusia 18 tahun, ada beberapa pemain lebih tua bercakap dengan saya. Dan saya jadikannya sebagai kritikan untuk memperbaiki diri kerana mereka lebih tahu berbanding dengan saya.”

“Generasi baru hari ini tidak dapat menerima kritikan. Jika kamu tak perlukan bantuan dan nasihat daripada saya, maka lakukan tugas kamu. Cermin diri kamu dan buat yang terbaik untuk membantu pasukan.”

“Pemain pemain senior ini sudah melalui banyak peristiwa perit. Namun untuk pemain yang lebih muda, mereka tak dapat menerima kalau kamu mengkritik mereka.”

“Saya tak mahu mengaitkan perkara ini dengan pemain kami secara umumnya. Namun saya ada anak, saya tahu. Kadangkala, apabila kamu terlalu berkeras, mereka melakukan perkara bertentangan. Jadi, kamu harus mencari keseimbangan dalam bercakap dengan mereka.”

“Tetapi, pada pandangan saya, yang paling penting adalah, ianya harus dari dalam diri kamu. Kamu harus bangga dengan diri kamu, melihat cermin dan berkata, dengar sini, saya akan memberikan segalanya.”

“Saya rasa, kami semua harus melakukannya. Kerana ini adalah tahun baru, kita sudah menukar lembaran baru, kita berpeluang memenangi banyak kejayaan. Kita harus percaya, jika tidak ianya akan menjadi mimpi ngeri.”

Manchester United kini sedang berusaha untuk memastikan kempen mereka musim ini berada di 4 teratas. United memecat Ole Gunnar Solskjaer pada pertengahan musim dan menggantikannya dengan Ralf Rangnick.

Rangnick menjadi interim yang akan mengendalikan United sehingga akhir musim ini. Sebelum beralih ke jawatan penasihat kelab.

Di bawah Rangnick, Ronaldo masih lagi menjadi pemain penting untuk skuad Man United walaupun sarat dengan pemain pemain muda yang berbakat.

Ronaldo sendiri sudah bertekad bahawa beliau akan terus menjaga fizikalnya untuk bersaing dengan pemain pemain muda 20-an pada hari ini.

Man United selepas ini akan menumpukan aksi menentang Atletico Madrid dalam saingan Liga Juara Juara Eropah. Di mana Ronaldo dan Varane merupakan pakar dalam piala tersebut.

BACA:  Chiesa Tidak Dapat Menahan Diri Dan Meniru Keraian Sii Ronaldo