Ronaldo Bengang Kerana Ralf Rangnick Mengeluarkan Beliau Ketika Aksi Bertemu Brentford

Reaksi bengang Cristiano Ronaldo selepas dikeluarkan ketika aksi kemenangan 3-1 Manchester United menewaskan Brentford mencuri perhatian peminat seluruh dunia.

Ronaldo telah dikeluarkan oleh pengurus interim kelab, Ralf Rangnick pada minit ke-71 dalam perlawanan tersebut.

Man United sendiri pada ketika itu sudah mendahului permainan dengan keputusan 2-0 selepas Anthony Elanga dan Mason Greenwood masing-masing meledak satu gol untuk setan merah.

Harry Maguire dan Marcus Rashford telah di bawa masuk dengan pemain kebangsaan Portugal itu jelas tidak gembira kerana beliau dikeluarkan.

Beliau kemudiannya menunjukkan rasa tak puas hati dengan pengurus kelab, Ralf Rangnick ketika sedang berjalan keluar ke padang.

Ronaldo turut dilihat membebel seorang diri ditempat duduk pemain simpanan mungkin masih tak puas hati beliau dikeluarkan oleh Rangnick.

Ralf Rangnick kemudiannya datang untuk duduk di sebelah Ronaldo lalu turut memujuk bintang Portugal yang sedang merajuk itu.

Beliau dilihat menjelaskan kepada Ronaldo tentang mengapa beliau memutuskan untuk membuat pertukaran itu.

Pertukaran yang dilakukan oleh Ralf Rangnick terbukti berkesan selepas Marcus Rashford berjaya menjaringkan gol ketiga Man Utd dalam perlawanan ini.

Brentford berjaya memperoleh satu gol saguhati selepas Ivan Toney meledak gol pada minit ke-85 permainan, sebelum pengadil membunyikan wisel panjang.

Perlawanan tamat dengan Manchester United berjaya mencatatkan kemenangan selesa 3-1 menewaskan Brentford, seterusnya membawa pulang tiga mata berharga.

Kemenangan ini berjaya membantu United untuk merapatkan jurang mata dengan pasukan yang berada di kedudukan keempat, dengan mereka hanya dua mata sahaja di belakang West Ham.

Reaksi Ronaldo ketika dikeluarkan telah menyebabkan perbalahan antara peminat di media sosial, dengan ada yang memuji mentaliti kemenangan beliau, dan ada yang mengkritik beliau kerana pentingkan diri.

“Ronaldo seboleh-bolehnya mahu menggeleng kepada untuk beritahu semua orang yang dia tak gembira dikeluarkan.”

“Ronaldo tak gembira dikeluarkan adalah kerana mentaliti dia dan itulah yang menjadikan dia sebagai pemain terhebat dalam dunia bola sepak.”

“Pemain yang tak berfungsi dan tak mahu dikeluarkan adalah pemain yang paling perlu kita bimbangkan.”

“Dia mahu terus bermain, dia bimbang kita akan kena comeback, dia mahu bantu pasukan.”

“Mungkin dia tak puas hati sebab dia belum jaringkan gol, tapi sejujurnya dia langsung tak berfungsi.”

Ronaldo sebelum ini pernah mempersoalkan mentaliti rakan sepasukannya selepas mereka mengharungi permulaan musim yang sungguh mendukacitakan.

“Bagi saya, perkara terpenting adalah untuk kamu lihat pada diri kamu sendiri dan kata, ‘saya boleh buat yang lebih baik. Saya boleh lebih membantu pasukan saya.”

Jelas Ronaldo kepada Sky Sports.

“Sistem itu, ya, ia sangat penting, perincian akan membawa perubahan paling besar pada akhirnya, tapi, bagi saya, perkara paling penting adalah mentaliti, untuk kamu jadi lebih kuat, mahu bantu pasukan, kamu perlu ada mentaliti yang betul, ajar diri untuk terus positif.”

Kemenangan ini tentunya sesuatu yang sangat menggembirakan kem United yang ketika ini dilaporkan berada dalam keadaan yang sangat huru-hara.

Mungkin dengan kemenangan demi kemenangan, ia bakal membantu untuk menjernihkan keadaan di bilik persalinan United.

Manchester United selepas ini akan bertemu West Ham United di Old Trafford dalam aksi saingan Premier League.

Mereka sudah tentu mahu mencatatkan kemenangan dalam perlawanan itu nanti, dalam usaha untuk terus mencabar kedudukan empat teratas dalam carta saingan liga.

Selepas aksi bertemu West Ham, skuad setan merah akan turun bertemu Middlesbrough dalam aksi saingan FA Cup.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Kerana Bengang, Penyokong United Ini Nekad Bakar Jersi 'CR7'