Ronaldo Dedahkan 3 Pemain Yang Membuatkan Beliau Sedar Akan Kehebatan Diri

Cristiano Ronaldo telah mendedahkan nama tiga pemain yang membuatkan beliau sedar akan kehebatan dan kemampuan diri yang sebenar tanpa menyertai seminar anjuran sifu-sifu di media sosial ketika berada di Manchester United.

Selepas tersedar dan mengetahui potensi yang pada ada dirinya, Ronaldo tidak menoleh ke belakang lagi untuk terus mendominasi dunia bola sepak sebagai pemain handalan dunia.

Pemain Portugal itu telah mula mencipta fenomena apabila berhijrah ke Old Trafford pada tahun 2003 walaupun pada ketika itu bilik persalinan Manchester United dipenuhi dengan lagenda kelab.

Pada asasnya bakat yang ada pada Ronaldo tidak perlu dipertikaikan lagi namum Ronaldo masih perlu mengadaptasi untuk menyesuaikan diri dengan kelab barunya itu dan roh Premier League itu sendiri.

Sepanjang 6 musim bersama Alex Ferguson Ronaldo telah memenangi 9 kejuaraan utama. Musim terbaiknya adalah 2077/08 apabila Ronaldo menjaringkan 42 gol di mana Setan Merah telah memenangi Premier League dan Champions League.

Kecemerlangan Ronaldo itu telah melayakkan beliau dinobatkan pemain terbaik dunia dan dianugerahkan Ballon d’Or buat pertama kali dalam kerjayanya lalu menarik minat kelab besar.

Ronaldo telah memecahkan rekod perpindahan dunia ketika menyertai Real Madrid dari Manchester United dengan nilai £80 juta, kalau hari ini mau jadi ratus-ratus juta.

Roy Keane, Ryan Giggs dan Rio Ferdinand Pembawa Kesedaran

Cristiano Ronaldo telah mendedahkan tiga nama pemain Manchester United yang telah membantu beliau menyedari bakat dan kehebatan diri yang selama ini terpendam di dalam dirinya bukan seperti sesetengah lelaki yang terpendam jiwa wanita dalam dirinya.

Selama ini Ronaldo telah menyedari bahawa beliau berbeza dengan pemain lain dan mempunyai kualiti yang istimewa namun mentaliti yang ada pada Roy Keane, Ryan Giggs dan Rio Ferdinand menyedarkan Ronaldo bahawa betapa bagusnya beliau dan beliau boleh mencapai lebih daripada itu.

“Sejak aku berusia 14, 15, atau 16 tahun, aku sedar aku berbeza berbanding budak-budak lain. Masa itu dak-dak WeChat tak wujud lagi.” Ujar Ronaldo.

“Aku melakukan perkara yang berbeza, aku sedar bahawa aku bagus berada di Manchester United ketika aku bermain bersama pemain seperti Giggs, Keane atau Ferdinand. Aku mempunyai bakat.”

“Mentaliti Inggeris sungguh berbeza dan mereka inilah yang banyak membantu aku untuk menjadi seperti sekarang. Aku harus berterima kasih kepada rakan sepasukan di Manchester.”

Berkat kesabaran dan kepatuhan Ronaldo kepada Alex Ferguson yang berjaya mengubah Ronaldo daripada mempamerkan skill yang sia-sia dalam perlawanan kepada mesin pencetak gol Canon. Ditambah dengan usaha dan kerja keras Ronaldo sendiri maka itulah kedudukannya sekarang.

Ronaldo akhirnya berjaya memenuhi bakat dan potensi yang ada pada dirinya pada tahap maksimum sehingga mencapai tahap pemecah atom dengan kuasa 1 juta petala langit sekaligus mengeluarkan belang tarung didahinya.

Usia Senja Masih Berbisa

Pada usia 33 tahun di kala memasuki usia senja bagi pemain bola sepak, Cristiano Ronaldo telah berhijrah pula ke Juventus pada musim 2018/19 dengan yuran perpindahan bernilai €100 juta.

Ini merupakan yuran perpindahan tertinggi yang dicatatkan oleh pemain yang berusia lebih daripada 30 tahun dan menerima gaji paling besar yang pernah dibayar DALAM sejarah Serie A.

Memasuki musim ketiga bersama Juventus, Ronaldo telah meraih dua gelaran Serie A atau Scudetto dan satu Spuercoppa Italiana 2018.

Pada musim 2018/19 Ronaldo telah menjaringkan 21 gol dan 8 assist sekaligus dipilih sebagai permain terbaik Serie A dan menjadi pemain pertama bergelar MVP di Premier League, La Liga dan Serie A.

Berikut merupakan trofi yang telah diraih Ronaldo bersama Sporting, Manchester United, Real Madrid dan Juventus serta Portugal.

Sporting

  • Supertaça Cândido de Oliveira: 2002

Manchester United

  • Premier League: 2006–07, 2007–08, 2008–09
  • FA Cup: 2003–04
  • Football League Cup: 2005–06, 2008–09
  • FA Community Shield: 2007
  • UEFA Champions League: 2007–08
  • FIFA Club World Cup: 2008

Real Madrid

  • La Liga: 2011–12, 2016–17
  • Copa del Rey: 2010–11, 2013–14
  • Supercopa de España: 2012, 2017
  • UEFA Champions League: 2013–14, 2015–16, 2016–17, 2017–18
  • UEFA Super Cup: 2014, 2017
  • FIFA Club World Cup: 2014, 2016, 2017

Juventus

  • Serie A: 2018–19, 2019–20
  • Supercoppa Italiana: 2018

Portugal

  • UEFA European Championship: 2016
  • UEFA Nations League: 2018–19
BACA:  Piers Morgan Dan Ronaldo Jadi Bahan Ketawa Kerana Video Temuramah Nyatakan Tidak Akan Ke Arab Saudi