Ronaldo Dilabel ‘Tak Guna’ Dalam Aksi vs Omonia

Cristiano Ronaldo telah dilabel sebagai ‘tak guna’ oleh peminat Manchester United selepas melihat aksi pemain bintang itu dalam perlawanan Europa League menenatang Omonia Nicosia.

Pengulas perlawanan pada awal telah menjangkakan Cristiano Ronaldo akan merobek jaring selepas berjaya membuka akaun jaringan pada perlawanan lalu dan akan menjaringkan gol ke-700 peringkat kelab.

Namun Cristiano Ronaldo gagal memberikan prestasi yang mahukan ramai walaupun telah diberi peluang bermula dari kesebelasan utama dan bermain sepanjang 90 minit.

Manchester United mendominasi perlawanan sejak awal tetapi terpaksa mencipta kebangkitan sensasi apabila Karim Ansarifard mengejutkan Setan Merah pada separuh masa pertama melalui percubaan pertama mereka.

Manchester United bangkit pada separuh masa kedua dengan dua jaringan daripada Marcus Rashford dan satu dari Anthony Martial yang masuk dari bangku simpanan.

Gol lewat permainan Nikolas Panayiotou berjaya menyentap Manchester United untuk merapatkan jurang namun jurang itu berjaya dikekalkan hingga wisel penamat.

Perlawanan ini menjadi petang yang mengecewakan Ronaldo yang sudah pasti berharap mahu menjaringkan gol ke-700 selepas menjaringkan gol ke-699 ketika menentang kelab Maldova, Sheriff Tiraspol.

Cristiano Ronaldo dilihat bergelut sepanjang perlawanan dan gagal menyembunyikan kekecewaan dan kemarahan selepas terlepas beberapa peluang dan hampir saja tantrum di padang.

Ronaldo gagal disepakan percuma yang melewati palang dan tidak berjaya menyempurnakan tandukan jarak dekat walaupun pasti gol itu dibatalkan kerana offside.

Selepas bersambung babak kedua, semakin hampir Ronaldo mencetak nama selaku penjaring namun rembatannya sekadar menerjah jaring luar.

Ronaldo terus kecewa dan melepaskan kemarahan dengan satu tumbukan ke udara. Tumbuk tiang gol sakit tangan.

Peluang datang lagi dan Ronaldo telah melepaskan rembatan melepasi palang pula, peluang terbaik adalah melalui satu tolakan mudah namun percubaan Ronaldo terkena tiang pula.

Dari kegagalan yang terkena tiang gol yang membuatkan ramai tidak percaya inilah maka Ronaldo telah dilabel sebagai tak guna dan sudah tamat kariernya.

“Malacia, Sancho, Ronaldo dan Casemiro adalah TAK GUNA!!!”

“Ronaldo telah habis.”

Ada yang masih sayangkan Ronaldo namun tidak lagi mampu membela Ronaldo yang kini telah kehilangan tempat dalam pasukan.

“Aku sentiasa mempertahankan Ronaldo tapi kini tidak lagi, aku bimbang dia sudah habis.”

“Bagaimana Ronaldo tak leh score?”

“Sangat sedih untuk menyaksikan Ronaldo versi ini.”

Pada penghujung perlawanan Ronaldo memperoleh peluang terakhir untuk menjaringkan gol namun bola lencongnya jauh meliar dari gol.

Prestasi merudum Ronaldo ini menyaksikan penjaring terbanyak Manchester United musim lalu itu hanya menjaringkan satu gol dalam sembilan penampilan.

Menentang Omonia Nicosia, kelab yang mungkin pertama kali kau dengar namanya berasal dari Cyprus sepatutnya Ronaldo mampu memberi lebih baik.

Tidak semuanya buruk tentang Ronaldo dalam perlawanan ini, untuk gol pertama dari Marcus Rashford larian bijak Ronaldo telah memberi Rashford lebih ruang untuk menjaringkan gol.

Dan gol kedua Ronaldo juga telah mencipta assist untuk gol kedua peribadi Rashford. Pada separuh masa pertama, umpanan cantik Ronaldo gagal disudahkan Bruno Fernandes.

Sebelum ini Ronaldo dilaporkan mengalami tekanan kerana situasinya kini yang kehilangan tempat bersama kelab dan mula menjadi beban kepada skuad kebangsaan.

Dengan Piala Dunia sebulan lagi bakal menjelma dengan prestasi semasa yang merudum pasti menambah lagi tekanan buat Ronaldo.

Corak permainan bola sepak moden yang diterapkan Erik Ten Hag pula tidak cocok dengan Ronaldo.

Jika dulu pasukan akan bermain berpaksikan kepada Ronaldo dan kini Ronaldo perlu menyesuaikan diri dan masuk dalam corak permainan baru untuk menjadikan dirinya masih relevan.

BACA:  Kenyataan Penuh Inspirasi Daripada Ronaldo Selepas Bantu United Benam Arsenal