Ronaldo Koyak Kena Tiga Gol Lalu Merembat Curtis Jones

Cristiano Ronaldo nyata koyak terus selepas Manchester United ketinggalan tiga gol dan tidak mampu mengawal emosinya dan telah melakukan satu tindakan agak bodoh dengan merembat Curtis Jones.

Kesilapan barisan pertahanan Manchester United yang diketuai oleh Harry Maguire telah melakukan kesilapan teruk yang membolehkan Liverpool mendahului dua gol selepas 14 minit permainan.

Dua gol itu pula telah dihasilkan dalam tempoh masa 6 minit sahaja. Gol pertama hasil jaringan Naby Keita selepas entah apa yang dilakukan oleh pertahanan Setan Merah.

Gol kedua pula tercetus selepas Harry Maguire melanggar Luke Shaw yang sedang mengekang Naby Keita untuk Diogo Jota menjaringkan gol kedua sebelum Mohamed Salah menjaringkan gol ketiga.

Kekoyakan mula terjadi, Cristiano Ronaldo telah menendang Curtis Jones dan kekecohan yang hampir membawa kepada pergaduhan tercetus sehingga perlawanan dihentikan.

Percubaan Cristiano Ronaldo berjaya dihadang oleh Allison Becker dan Curtis Jones mengejar bola dari diberikan sepakan pejuru dan juga cuba dikejar oleh Ronaldo yang menuju ke tepi padang.

Curtis Jones lebih laju dan berjaya mengawal bola dengan baik dan Ronaldo memilih untuk menjatuhkan Curtis Jones dengan satu kangkangan silang dari belakang.

Curtis Jones jatuh ke tanah dan Ronaldo telah membuat dua rembatan laju-laju ke bahagian perut Jones dan dari ulang tayang rembatan Ronaldo itu tepat kepada bola.

Suasana perlawanan terus bertambah panas apabila pemain Liverpool yang terkenal dengan reaksi berlebihan datang untuk menyelamatkan rakan sepasukan.

Aksi tolak menolak terus terjadi kekecohan mula tercetus yang hampir membawa kepada pergaduhan namun pengadil perlawanan, Anthony Taylor berjaya mengawal keadaan.

Pertahanan terbaik dunia, Virgil Van Dijk telah menunjukkan aksi adiwira dengan terus datang membela Curtis Jones apabila dilihat telah menghentam dadanya kepada bekas pemain terbaik dunia.

Kehadiran Virgil Van Dijk yang tinggi lampai dan mempunyai lagak sebagai seorang abang yang membela adiknya, telah merapati Ronaldo dan menolak kapten Portugal tersebut dengan dadanya dengan penuh bergaya

Bruno Fernandes tampil membantu rakan senegaranya dengan terus menolak Virgil Van Dijk dan Ibrahima Konate pula datang menolak Bruno Fernandes.

Kemudian pemain lain datang meleraikan situasi dan Ronaldo memilih untuk berlalu pergi.

Dengan merujuk kepada Video Assistant Referee (VAR), Anthony Taylor hanya melayangkan kad kuning kepada perlakuan ganas Ronaldo itu.

Mungkin kad kuning diberikan untuk meredakan ketegangan perlawanan atau kerana sememangnya Ronaldo menyepak bola?

Cristiano Ronaldo bernasib baik hanya dikenakan kad kuning atas tindakan tidak cerdik itu dan permainan kembali bersambung.

Bercakap selepas perlawanan, pengurus Liverpool, Jurgen Klopp telah menzahirkan buah fikirannya mengenai insiden tersebut dan menanggap Ronaldo patut diberikan kad merah.

โ€œAku tak nak la Ronaldo dapat kad merah. Tapi pada aku nampak macam kad merah. Tapi pengadil tak bagi.โ€ Ujar Klopp ringkas.

Selain Jurgen Klopp banyak pihak menyatakan bahawa dia sepatutnya diperintahkan keluar padang kerana kekasaran tersebut yang boleh dikatakan agak di luar norma pemikiran manusia biasa, apatah lagi pemain bola sepak professional.

Akibat daripada insiden tersebut, Liverpool dianugerahkan sepakan percuma yang menjadi asbab kepada gerakan dalam menghasilkan gol keempat mereka pada minit terakhir separuh masa pertama menerusi penyerang terbaik dunia ketika ini, Mo Salah.

Pemain yang digelar Raja Mesir tersebut telah melakarkan sejarah apabila menjaringkan hatrik menerusi gol-gol yang cukup klinikal, selepas Naby Keita dan Diogo Jota terlebih dahulu meletakkan Liverpool selesa di depan, di hadapan penyokong kuat United, Stretford End.

Dalam perlawanan tersebut, bintang Perancis, Paul Pogba telah dilayangkan kad merah selepas melakukan terjahan dua kaki yang berbahaya ke atas Keita, yang kemudiannya terpaksa dikeluarkan dek kecederaan yang agak parah.

Tindakan Pogba ini telah mencetuskan satu gelombang mengecam pasukan United di group-group WhatsApp, di mana para penyokong Liverpool mengejek pasukan United tidak pandai bermain bola, tetapi pandai terkam orang.

BACA:ย  Lewandowski Semakin Hampiri Rekod Ronaldo