Ronaldo Laung Amaran: “EPL Tahun Depan Milik Kami”

Cristiano Ronaldo sudah tak sabar untuk bekerjasama dengan pengurus baharu Man United, Erik Ten Hag.

Ten Hag baru sahaja meraikan kejayannya merangkul Eredivisie ketiganya bersama dengan Ajax. Dia diraikan para pemain dan penyokong Ajax sebagai penghargaan kepada jasannya yang membangkitkan semula pasukan itu.

Ronaldo percaya kehadiran Ten Hag akan membawa semula kejayaan untuk Manchester United menjuarai liga pada musim hadapan. Sekaligus menepis spekulasi bahawa Ronaldo mungkin akan angkat kaki meninggalkan Manchester United yang gagal ke UCL musim hadapan.

Semangat Ronaldo dan rakan rakannya kini sangat berkobar kobar. Lantas pemain antarabangsa paling kacak dalam pasukan Portugal itu mahu para penyokong Man United menyemai rasa percaya kepada pengurusu baharu itu.

Ronaldo terus melaungkan amaran kepada kelab kelab lain bahawa mereka sudah sedia menapau semula kejayaan Liga Perdana Inggeris.

Ronaldo Siuuu berkata: “Saya tahu dia sudah melakukan tugasannya dengan sangat hebat sekali di Ajax.”

Bercakap tentang kualiti Ten Hag, Ronaldo berpendapat bahawa pengurus itu seorang yang sangat berpengalaman. Namun Ronaldo mengingatkan semua pihak untuk memberikan masa kepada pengurus itu untuk menyusun atur pasukannya.

Ten Hag seorang pengurus yang dikenali dengan taktikal luar biasa yang seringkali memukau para penonton.

Ronaldo pula bintang yang masih memiliki ketajaman luar biasa. Pada usianya 37 tahun Ronaldo masih menjadi penjaring prolifik di EPL malah masih penjaring utama dalam Manchester United.

“Dia juga seorang pengurus yang berpengalaman, namun dalam pada masa yang sama kita harus memberikan dia masa.”

“Ada beberapa perkara harus berubah mengikut kehendak kita. Jika kamu melakukannya dengan baik, semua kejayaan adalah milik Manchester United, jadi saya doakan yang terbaik.”

“Kita semua teruja dan gembira, bukan sahaja pemain, namun penyokong juga sama. Kita semua harus percaya bahawa tahun depan kita dapat menjadi juara [Liga Perdana Inggeris],” kata Ronaldo kepada Manunited.com.

Manchester United sudah pastinya menamatkan musim ini di luar 4 teratas.

Dan masih berusaha untuk memuktamadkan penyertaan mereka dalam Liga Europa musim hadapan. Dan ada tanda tanda mereka sengaja menamatkan musim di luar top 4 untuk merasai sendiri pengalaman beraksi di Liga Persidangan Eropah sebagai salah satu proses pembelajaran mereka.

Selain itu, tanpa aksi UCL musim hadapan akan membolehkan United lebih fokus kepada misi utama mereka iaitu menjuarai EPL sekali lagi. Kali terakhir mereka memenangi EPL adalah 9 tahun lalu di bawah kendalian Sir Alex Ferguson.

Selain itu, musim ini Manchester United menamatkan musim tanpa sebarang piala untuk musim kelima berturut turut walaupun sudah memiliki nama nama besar dalam pasukan mereka termasuk penyerang terbaik dunia, Cristiano Ronaldo, penmain sayap terbaik dunia, Jadon Sancho, penjaga gol terbaik dunia, David De Gea, bek tengah terbaik dunia Raphael Varane dan bek tengah kesayangan dunia, Harry Maguire.

Tidak cukup dengan itu Manchester United turut dilatih profesor dalam bidang gegenpressing iaitu Ralf Rangnick yang dikatakan menjadi guru kepada Klopp dan Tuchel.

Rangnick sendiri pernah mengklaim bahawa kekuatan Liverpool sekarang ini antara sebabnya adalah dia. Rangnick menegaskan bahawa ramai bekas pemainnya yang digunakan Klopp dalam kejayaannya di England. Itulah kehebatan Rangnick yang tidak begitu diceritakan orang lain kecuali dirinya sendiri.

Adakah pasukan lain sudah bersedia melihat kebangkitan semula Manchester United? Dan bersedia melihat Harry Maguire menjulang trofi EPL?

BACA:  Sepakan Percuma Menakjubkan Olise Nafi Kemenangan Ke-10 Berturut-turut Man Utd