Ronaldo Meniru Gaya Terkenal Khabane Lame Ketika Beraksi Bertemu Jerman

Bintang paling terkenal di TikTok, Khabane Lame memuat naik video yang menunjukkan betapa beliau bangga melihat Cristiano Ronaldo menggunakan trademark terkenalnya.

Khabane Lame yang mempunyai 74 juta pengikut di laman TikTok sangat dikenali dengan trademark beliau yang menunjukkan isyarat tangan seolah menjelaskan bahawa ini cara sebenar melakukan sesuatu hal.

Beliau sering memuat naik video yang menunjukkan bagaimana kedunguan manusia yang menyukarkan satu hal yang sebenarnya mudah.

@khaby.lame

Good @cristiano! You ve learned quickly my move🤲🏾😂!Bravo @cristiano!! Hai imparato velocemente la mia mossa🤲🏾😂#learnfromkhaby #learnwithtiktok

♬ suono originale – Khabane lame

Pendekatan itu juga membuatkan konten diciptanya merentasi sempadan negara, bangsa, dan bahasa. Di mana semua orang di dunia memahaminya dengan isyarat dan kelakuannya.

Khabane sering menghasilkan video yang menyindir ‘life hack’ yang kononnya mahu mengajar orang memudahkan urusan harian, tetapi sebenarnya menyukarkan lagi hal yang enteng.

Lame seringkali menggelengkan kepalanya selepas melihat tips tak berguna yang sering dikongsikan oleh life hack.

Beliau asalnya dilahirkan di Senegal dan telah dibesarkan di Chivasso, Itali. Tiada siapa sangka beliau boleh menjadi fenomena di internet hanya dengan memuat naik video mudah seperti itu.

@khaby.lame

Ops. Sorry Cris! 😂😂#learnfromkhaby #LearnWithTikTok #ImparaConTikTok

♬ Originalton – K4P.7

Pencapaian terbaiknya dalam dunia internet, Khabane Lame pernah berjaya menambah 15 juta pengikut hanya dalam tempoh dua minggu sahaja.

Terlalu banyak akaun palsu di media sosial yang menggunakan nama beliau dan itulah bukti nyata bahawa Khabane merupakan fenomena internet.

Selain menjadi fenomena di TikTok, Khabane Lame turut berjaya membangunkan empayernya di lama Youtube.

Beliau sering membuat video bersama tokoh-tokoh ternama, seperti Del Piero dan Arthur, bahkan gaya terkenalnya sering menjadi ikut-ikutan pelbagai lapisan masyarakat.

Baru-baru ini beliau memuat naik video yang menunjukkan bagaimana Cristiano Ronaldo mempraktikkan ilmu yang beliau ajarkan ketika beraksi bertemu Jerman.

Khabane Lame menganggap Cristiano Ronaldo sememangnya cepat belajar dan memanfaatkannya di atas padang sambil mengajarkan peminat cara mudah bermain bola sepak.

@khaby.lame

From Idol to Uncle it’s just a moment, This apple is for you🤣@alessandrodelpiero Da Idolo a Zio è un attimo, questa mela è per te. #LearnFromKhabi

♬ suono originale – Khabane lame

Ronaldo ketika itu mengawal bola dari dirampas oleh Rudiger, dengan beliau menyungkit bola ke atas menyebabkan bintang Chelsea itu terbabas.

Ketika bola melambung di udara dan Rudiger sudah terbabas ke depan, Ronaldo telah menunjukkan isyarat tangan seperti yang sering dilakukan oleh Khabane Lame di penghujung videonya.

Ia seolah mahu memberitahu semua orang, ‘macam ni caranya nak kawal bola’ lalu beliau terus menghantar bola kepada rakan sepasukannya.

Khabane Lame ketika akhir video beliau menunjukkan Ronaldo meniru aksinya itu, beliau turut membuat gaya keraian ‘Siiiiii’.

Cristiano Ronaldo berjaya menjaringkan satu gol dan mencatatkan satu assists ketika aksi kekalahan 4-2 bertemu Jerman kemarin.

Dua gol yang beliau jaringkan ketika bertemu Hungary dan satu gol bertemu Jerman membantu Cristiano Ronaldo untuk memecahkan rekod sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman dalam saingan European Championship.

Rekod tersebut sebelum ini dipegang oleh legenda Perancis, Michel Platini yang menjaringkan 9 gol ketika Euro 1984.

Platini walau bagaimanapun, memegang rekod tersebut selama 37 tahun, sebelum dipecahkan oleh pemain terhebat sepanjang zaman, Cristiano Ronaldo yang ketika ini sudah menjaringkan 12 gol dalam sejarah Euro.

Ronaldo mencatatkan 12 jaringan itu dari lima edisi Euro, sementara Platini pula merekodkan 9 gol tersebut hanya dari satu edisi Euro sahaja.

Selain itu, ketua pasukan Portugal itu juga berjaya mencipta sejarah baru sebagai pemain pertama yang membuat penampilan dalam lima edisi Euro berturut-turut pada 2004, 2008,2012,2016 dan 2020.

Dan beliau juga merupakan pemain pertama yang berjaya menjaringkan gol dalam setiap lima edisi Euro yang beliau sertai sejak 2004 itu.

Satu pencapaian yang sungguh luar biasa menakjubkan, dengan Ronaldo kini sudah menjaringkan 107 gol untuk skuad kebangsaan Portugal, dan beliau hanya memerlukan tiga gol sahaja lagi untuk memecahkan rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman peringkat antarabangsa yang dipegang oleh Ali Daei.

Tidak mustahil untuk melihat Cristiano Ronaldo bakal memecahkan rekod tersebut jika beliau mampu mengekalkan tahap persembahan yang sama sepanjang kejohanan Euro 2020 ini.

Cristiano Ronaldo selepas ini akan turun beraksi bersama skuad kebangsaan Portugal untuk bertemu Perancis dalam aksi perlawanan terakhir peringkat kumpulan F.

Portugal harus mencatatkan kemenangan untuk mara ke pusingan seterusnya selepas mereka mencatatkan satu kemenangan dan satu kekalahan di peringkat kumpulan ini.

Perancis setakat ini telah mencatatkan satu kemenangan dan satu keputusan seri dan mereka juga terdesak untuk menewaskan Portugal dalam aksi perlawanan terakhir mereka di peringkat kumpulan, untuk mara ke pusingan kalah mati.

Satu lagi perlawanan yang akan dilangsungkan adalah pertemuan antara Jerman bertemu Hungary yang mana kedua-dua pasukan itu turut perlu mencatatkan kemenangan untuk mara ke pusingan kalah mati.

Kumpulan F dianggap merupakan kumpulan maut dalam pertandingan ini, dan ia terbukti selepas melihat betapa sengitnya persaingan antara mereka untuk menentukan pasukan yang bakal layak ke peringkat 16 terbaik.

BACA:  Inilah Wajah Cristiano Ronaldo Dan Lionel Messi Pada Tahun 2042