Roy Keane Dedah Kisah Pernah Minta Tukar Jersi Dan Rasa Menyesal Tentang Itu

Roy Keane dedah kisah beliau pernah mengajak seorang pemain tukar jersi selepas tamat perlawanan, dan bagaimana beliau selepas itu sudah tidak mahu melakukan hal itu lagi.

Legenda Manchester United itu bercakap dengan bekas rakan sepasukannya, Gary Neville dalam salah satu episod di The Overlap, dan beliau telah mendedahkan kisah ketika satu aksi perlawanan persahabatan bertemu Jerman sebelum Piala Dunia 1994.

“Saya meminta seorang pemain untuk bertukar jersi, yang mana saya menyesal tentang hal itu, ketika saya bermain dalam perlawanan antara Jerman bertemu Ireland.”

“Saya mengajak pemain Jerman bertukar jersi selepas tamat perlawanan sebelum aksi Piala Dunia 1994.”

Selepas di tanya siapakah pemain yang beliau maksudkan oleh Neville, Keane menjawab:

“Dia bermain di posisi pertahanan, Sammer. Dia kata, ‘Tak’ dan saya terus rasa nak maki dia.”

“Dia sebelum tu nampak sopan, tapi jika saya benar-benar mahu bertukar jersi dengan seseorang, dia berkemungkinan adalah Zinedine Zidane.”

“Zidane merupakan seorang pemain yang menakjubkan dan selepas tamat perlawanan bertemu Madrid, kami berjalan dan berbual menuju ke terowong, dia lihat saya, dan saya fikir dia berkemungkinan akan meminta jersi saya. Tapi tidak, saya bangga kami tak bertukar jersi, dan pernah satu ketika, saya sempat berfikir yang ‘saya mahu, tidak mahu dan saya tak nak, tidak, biarkan saja.”

Kedua-dua legenda Manchester United itu turut rancak berbual tentang pelbagai perkara apa lagi selepas melihatkan mereka pernah memenangi segalanya bersama setan merah sebelum ini.

Dalam temu bual sama, Keane turut menceritakan tentang kisah perhubungan antara beliau dengan Sir Alex Ferguson, kisah beliau meninggalkan skuad Piala Dunia Republic Ireland, dan turut berkongsi kisah kejayaan beliau sepanjang 12 tahun di Old Trafford.

Bekas pemain midfield yang bengis itu kini sedang menikmati karier sebagai seorang pundit dan beliau juga sering menunjukkan sisi ceria beliau ketika bersiaran bersama Micah Richards.

Walau ia sedikit mengerikan, namun tidak dinafikan yang Keane sebenarnya bijak juga dalam membuatkan peminat terhibur.

Selain itu, sikap tegas dan lantang beliau masih tidak berubah dengan Keane akan membantai sesiapa sahaja secara terbuka dan penuh perasaan.

Harry Maguire dan Fred merupakan dua pemain yang sebelum ini teruk dimaki tanpa belas oleh Roy Keane ketika beliau mengulas tentang perlawanan yang melibatkan setan merah.

Maguire bahkan turut menjadi mangsa makian Roy Keane ketika beliau beraksi bersama skuad kebangsaan England dalam aksi kelayakan Piala Dunia baru-baru ini.

Keane juga turut sempat dianggap sebagai pembuli besar kerana melihatkan cara bagaimana beliau melayan dan memaki hamun Harry Maguire.

Beliau walau bagaimanapun menafikan yang dirinya seorang pembuli besar dan menegaskan yang beliau sebenarnya hanya menegur apa yang beliau rasakan tidak patut dilakukan oleh Maguire.

Roy Keane tidak dinafikan lagi akan tetap dikenang sebagai antara ketua pasukan terhebat sepanjang zaman Manchester United, dan tidak keterlaluan untuk menganggap beliau ketua terhebat dalam sejarah Premier League.

Bukan hanya mampu mempamerkan aksi persembahan yang luar biasa menakjubkan, bahkan Keane juga turut memiliki ciri kepimpinan yang sukar untuk dilihat ada pada pemain lain.

Atas alasan itu jugalah beliau masih lagi dihormati oleh para peminat, pemain, bekas pemain dan Manchester United sendiri sehingga ke hari ini.

Beliau juga turut dikagumi ramai kerana mampu menjadi pundit yang baik dan ramai sebenarnya yang teruja untuk menonton ulasan beliau setiap kali beliau bertugas.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Roy Keane Hentam Kekalahan Manchester United Dengan Penuh Ghairah