Roy Keane Menolak Keras Peminat Yang Mahu Berselfie

Roy Keane nyata tidak gembira dan senang apabila dengan keras telah menolak ajakan seorang peminat yang mahu berselfie ketika pemain legenda itu sedang asyik menonton perlawanan The National Football League (NFL).

Perlawanan The National Football League (NFL) itu berlangsung di Stadium Tottenham Hotspur, London menemukan pasukan Green Bay Packers dan New York Giants.

New York Giant berjaya mencatatkan kemenangan 27-22 ke atas Green Bay Packers di stadium yang mempunyai 62,000 tempat duduk itu.

Bekas pemain tengah Manchester United itu antara nama besar dan selebriti hadir menyaksikan perlawanan yang dilangsungkan di UK itu.

Ketika sedap menikmati perlawanan di kedudukan Ney York Giants ketinggalan 13-20 keseronokan Keane diganggun oleh peminat yang mahu berselfie tidak kena pada masanya.

Roy Keane terus memberi isyarat dengan menunjukkan jarinya ke padang yang bermaksud dia ketika itu sedang fokus menyaksikan perlawanan.

Peminat itu kemudian melintas dihadapan Keane sekaligus menghalang penglihatannya, memaksa Keane memanjangkan lehernya untuk melihat aksi di padang.

Keane kemudiannya telah menyilangkan tangannya seperti menahan marah lalu menggeleng kepala seperti tidak percaya apa yang terjadi dan dilaluinya itu.

Kejadian itu pula telah disiarkan secara langsung maka tidak hairanlah video rakaman itu terus menjadi bualan di media sosial.

Bercakap mengenai ulasan untuk Sky Sports semasa ulang tayangan, Laura Woods berkata:

“Jika anda melihat Roy Keane, legenda Manchester United, apakah yang anda fikirkan untuk lakukan? Pergi dan minta untuk selfie? Nah, jawapannya adalah tidak. Pergi dari jalan saya!”

Nasib baik wajah peminat itu tidak jelas kelihatan dalam rakaman itu, kalau tidak malu besar, satu dunia tengok.

Roy Keane bakal Pengurus West Brom?

Bekas pemain Manchester United, Roy Keane dilihat sebagai calon pilihan dan kegemaran bagi menggantikan pemergian Steve Bruce yang dipecat lagi kali ini oleh West Bromwich Albion yang beraksi di Championship.

Pasukan di liga Championship itu telah berpisah dengan bekas bos Newcastle dan Hull City, Steve Bruce, yang hanya meraih lapan kemenangan daripada 32 perlawanan selama lapan bulan di Hawthorns.

Dalam satu kenyataan di laman web rasmi mereka, kelab itu menulis:

“Kelab ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Steve Bruce dan kakitangan kejurulatihannya atas usaha mereka sejak tiba pada Februari.”

Mungkin magis Steve Bruce yang merupakan seorang pengurus yang sangat pakar membawa pasukan Championship ke naik ke Premier League dan turun kembali dan naik lagi.

Jurulatih pasukan bawah 21 tahun, Richard Beale akan mengawasi hal ehwal pasukan utama secara sementara dalam masa terdekat dan akan dibantu oleh James Morrison dan Gary Walsh.

Proses merekrut pengurus baharu kini sedang giat dijalankan dan khabar angin sudah tersebar mengenai siapa yang akan mengambil jawatan itu, dengan Sean Dyche, Chris Wilder dan Scott Parker turut dikaitkan.

Tetapi pilihan awal untuk kerusi panas ialah bekas bos Sunderland, Roy Keane, yang tidak pernah menguruskan kelab sejak dipecat oleh Ipswich pada 2011.

Selepas itu Roy Keane hanya menjadi pembantu pengurus sahaja bersama Republic Ireland, Aston Villa dan Nottingham Forest.

Pada bulan April lalu, Keane, yang merupakan salah seorang pengulas paling popular di hampir setiap perlawanan pada masa ini, mengakui dalam temu bual dengan LADbible bahawa dia merasakan hari-harinya dalam pengurusan telah berakhir.

“Saya hampir merasakan hari-hari itu sudah berakhir untuk saya sekarang. Saya tidak fikir saya boleh kembali ke pengurusan.”

“Saya berusia 50 tahun sekarang, saya bersama stesen TV, saya hampir menjadi pengulas sekarang. Saya rasa saya semakin sedar bahawa pengulas adalah peranan untuk saya kerana saya tidak fikir kelab boleh memberi saya peluang yang sangat baik untuk kembali ke dalamnya.”

“Saya tidak takut jika seseorang berkata anda perlu menonton TV untuk beberapa tahun, saya tidak apa-apa. Seperti yang anda tahu, terdapat ramai bekas pemain yang ingin kembali ke dalamnya dan saya baik-baik saja dengan itu.

“Micah [Richards], Gary [Neville], dan anda (Carragher) suka permainan ini bukan, kami memberikan pendapat kami dan saya tidak pasti semua orang bersetuju dengan mereka. Kami menyukai permainan ini dan mudah-mudahan perkara itu dapat dilihat.

“Saya seronok bekerja dengan orang yang berbeza dan itu hanyalah pendapat mereka. Micah seorang personaliti yang baik dan seorang lelaki yang baik. Anda hanya mahu bekerja dengan orang yang baik bukan?”

Jika benarlah Roy Keane menerima jawatan ini, adakah Keane akan berjaya mengembalikan sentuhannya seperti bersama Sunderland?

Rekod Pengurusan Roy Keane

Roy Keane pernah memenangi Championship bersama Sunderland pada musim 2006/07 dan membawa kembali Sunderland ke Premier League selepas tersingkir pada musim sebelumnya.

Untuk rekod Keane bersara dari bola sepak profesional pada 12 Jun 2006 atas nasihat pakar perubatan selepas 6 bulan menyertai Celtic dari Manchester United.

Pada 28 Ogos 2006 selepas dua bulan bersara sebagai pemain tanpa sebarang pengalaman menjadi pengurus Keane mengikat kontrak untuk menjadi bos Sunderland.

Dengan hanya satu percubaan, Roy Keane berjaya membawa Sunderland ke Premier League dan mengekalkan mereka di Premier League sehingga tempohnya berakhir pada Disember 2008.

Dua musim di Premier League, Keane membawa Sunderland menamatkan musim 2007/08 ditangga ke-15 dan musim 2008/09 ditangga ke-16.

Sejak itu Sunderland kekal di Premier League sehinggalah musim 2016/17 di bawah David Moyes dan tidak kembali lagi sehingga kini.

Keane mencatatkan 42 kemenangan, 41 kekalahan dan 17 seri dalam 100 perlawanan bersama Sunderland dan apabila Keane berkata dia berjaya selaku pengurus di Premier League perkara itu benar.

Perjalanan agak gila sebenarnya Keane membawa Sunderland ke Premier League dan kekal selama dua musim di liga teratas dibawah pengurusannya yang tanpa sebarang pengalaman.

Dia kemudiannya menguruskan Ipswich, serta berkhidmat sebagai penolong pengurus di Aston Villa, Nottingham Forest dan pasukan kebangsaan Republik Ireland.

Sejak 2019, Keane tidak lagi terlibat dalam pengurusan dan banyak mengisi ruang dengan menjadi pengulas yang terkenal dengan kritikan kerasnya kecuali kepada Ole Gunnar Solskjaer.

BACA:  Perkara Paling Keane Kesalkan Sepanjang Kariernya Adalah Beliau Terlalu Baik