Roy Keane Namakan 5 Pemain Yang Menjadi Masalah Terbesar Manchester United

Bekas pemain tengah kental dan legenda Manchester United, Encik Roy Keane telah menamakan lima pemain yang menjadi masalah dan beban kepada Manchester United untuk menjadi pasukan hebat.

Roy Keane tanpa berselindung dan segan silu telah menyebut keseluruhan bahagian pertahanan Manchester United termasuklah penjaga gol adalah pemain yang memberi masalah.

Walaupun mencatatkan keputusan seri tanpa bolos menentang Manchester City, Aaron Wan-Bissaka, Harry Maguire, Victor Lindelof, Luke Shaw dan David De Gea tidak ada apa menarik perhatian Keane.

Bagi Encik Roy Keane, Aaron Wan-Bissaka, Harry Maguire, Victor Lindelof,Luke Shaw dan David De Gea bukan unit yang boleh menang gelaran.

Bercakap kepada Sky Spors, Encik Roy Keane telah berkata:

“Kita berbicara mengenai kepercayaan dalam bola sepak, bahagian pertahanan dan penjaga gol bagi aku masih lagi masalah terbesar.”

“Okay hari ini bermain dengan baik tapi ini bukan unit pertahanan yang akan membawa kau dan inilah kerisauan terbesar.”

Encik Roy Keane tidak dapat menyembunyikan kebimbangan tentang masa depan bekas pasukannya di tangan 5 pemain tersebut.

“Kau tak tahu apa yang kau akan dapat dari Manchester United sekarang. Itu bukan satu petanda yang baik bila kau tak pasti apa yang kau akan dapat dari pasukan.”

“Boleh kau percaya dengan kumpulan mereka ini? Jawapannya adalah TIDAK.”

Ole Gunnar Solskjaer pula memuji persembahan anak buahnya dan menyifatkan ini prestasi terbaik United menentang City sejak di bawah pengurusan beliau.

Roy Keane membidas kedua-dua pemain Manchester United dan Manchester City yang beliau anggap tidak mempunyai kesungguhan di dalam perlawanan Manchester derby – dan menganggap tindakan pemain dan pengurus kedua-dua pasukan berpelukan selepas perlawanan adalah satu isu.

Perlakuan yang matang dan sejahtera ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan selepas perlawanan membuatkan mata Keane berbulu melihatnya.

“Kita melihat dua layangan kad kuning [sahaja] di dalam perlawanan derbi. Dan aku tidak pernah melihat banyak betul pelukan dan borak-borak selepas perlawanan. Ini adalah perlawanan derbi!” kata bekas kapten Man United itu.”

“Aku menggaru kepala, dan aku amat kecewa. Anda harus berusaha untuk mencari cara memburu kemenangan untuk pasukan.”

“Anda tidak seharusnya berpuas hati sekadar seri. Ramai berkata ‘ini adalah perlawanan derby’. Tetapi saya juga mendengar John Stones berkata ‘Oh, perlawanan ini tidak ada bolos dan blah blah blah.”

Selepas tamat perlawanan, pemain England Harry Maguire dan John Stones berpelukan satu sama lain. Begitu juga dengan Michael Carrick dan Pep Guardiola yang dilihat begitu mesra antara satu sama lain.

“Di akhir perlawanan kakitangan mereka senyum, berpelukan. Pemain berbual satu sama lain, dan selamba berjalan ke arah terowong. Hentikan semua ini. Saya amat tidak faham.”

“Kurangnya kualiti dan hasil akhir dari kedua-dua pasukan amay mengecewakan.”

BACA:  Sukar Menang Bersama Arsenal, Keane Harap Saka Gembira England Menang