Safawi Rashid Akhirnya Meminta Maaf Atas Terharap Penyokong Terengganu

Penyerang muda Johor Darul Takzim, Safawi Rashid akhirnya meminta maaf atas perbuatannya ketika meraikan gol beliau ketika menentang Terengganu malam tadi.

Pada babak kedua permainan di antara Terengganu menentang JDT malam tadi, Safawi diberikan kepercayaan untuk mengambil sepakan penalti ke-2 perlawanan selepas Diogo gagal menyempurnakan penalti pada babak pertama.

Shhhhhhhh… diam ah sek ganung… aku dok makan doh kepok lekor leniy.. aku makan tempe je

Kali ini, Safawi tidak melakukan kesilapan dan dengan tenang menyempurnakan penalti untuk gol penyamaan JDT.

Namun begitu, ketika meraikan gol penaltinya, Safawi dirakam meletakkan jari telunjuk beliau di mulutnya sambil berlari ke arah penyokong JDT yang berada di belakang gol.

Tindakan Safawi dilihat agak ‘kurang ajar’ kepada peminat Terengganu memandangkan beliau pernah beraksi untuk pasukan T-Team sebelum ini dan juga anak kelahiran Terengganu.

Seperti dijangka ramai peminat Terengganu mengecam tindakan Safawi sehingga ada yang melabel pemain itu sebagai sudah lupa daratan.

Selepas teruk dikecam, Safawi akhirnya memuat naik permohonan maaf di Instagram beliau.

BACA:  Liga Super 2022: Sarawak United 0-4 JDT