Saha Anggap Ronaldo Pentingkan Diri Sendiri, Peminat United Juga Kecewa Dia Balik Awal

Bekas pemain Manchester United, Luis Saha mengecam sikap Cristiano Ronaldo yang terus merancang untuk meninggalkan kelab itu dalam pasaran perpindahan musim panas ini. Menurutnya, Ronaldo hanya memikirkan tentang dirinya.

Terbaru pemain itu telah keluar awal daripada Old Trafford sebelum perlawanan tamat. Dia mendapat kecaman daripada beberapa peminat yang menganggap dia sebagai seorang yang ego. Perkara yang sama pernah dilakukan penyokong Manchester United ketika mereka berarak keluar dari Old Trafford sebelum perlawanan tamat kerana tak sanggup melihat pasukan mereka diperkotak katikkan Liverpool dengan jaringan 5-0 masa itu.

Bezanya, peminat menganggap tindakan itu sebagai untuk mengelakkan kesesakan lalulintas.

Ada juga yang palatao cakap Ronaldo balik awal atas alasan yang sama, disuruh pulang awal untuk elak traffic jam. Malangnya Ten Hag menyatakan bahawa dia tak membenarkan tingkah laku seperti itu. Dianggap tak boleh diterima dalam pasukan mereka.

Ronaldo mengejutkan penyokong awal musim panas ini selepas membuat permintaan untuk meninggalkan Old Trafford hanya 12 bulan selepas ketibaannya dari kelab gergasi Itali, Juventus.

The Red Devils telah mengekalkan pendirian mereka terhadap masa depannya dengan memberi isyarat bahawa Ronaldo kekal di bawah kontrak dan kelab itu tidak akan dijual dalam apa jua keadaan.

Saha menegur sikap Ronaldo. “Saya bukan Cristiano, tetapi sebagai seorang penyokong Manchester United, saya rasa dia belum cukup menunjukkan persembahan terbaiknya. Dia hanya memikirkan tentang dirinya sendiri,” kata bekas pemain Perancis itu, dipetik oleh Mirror.

“Saya tidak akan menilai dia kerana dia seorang pemain yang hebat dan saya tidak berada dalam kedudukannya, tetapi saya suka dia kekal di sana kerana dia seorang pemain yang hebat. Tiada siapa boleh menilai tindakannya ketika ini kerana ini soal kerjayanya sendiri,” kata Saha.

Beberapa laporan mencadangkan bahawa pemain antarabangsa Portugal itu meminta untuk dilepaskan daripada kontraknya dengan perpindahan percuma dan bukannya menjalani baki satu tahun dalam kontraknya di Old Trafford. Ketiadaan Manchester United dalam Liga Juara-Juara menjadi alasan kukuh untuk Ronaldo mahu pergi segera daripada kelab paling hebat di alam semesta itu.

Bagi Saha, Ronaldo silap jika dia akan diberi jalan keluar dalam pasaran perpindahan ini walaupun prestasi buruk kelab itu sebelum ini.

“Dalam beberapa cara, Cristiano Ronaldo agak tidak realistik untuk meminta kelab sebesar ini menyesuaikan diri dengannya dan impiannya.”

“Malah pada tahun lepas, keajaiban boleh berlaku dan semuanya boleh berjalan lancar dan mereka memenangi Liga Juara-Juara dan Liga Perdana. Dia boleh mengatakan bahawa dia boleh kekal kerana dia telah mengambil bahagian dalam kejayaan itu. Bagaimanapun, adalah tidak realistik bahawa kedatangannya akan mengubah semua ini,” tambah Saha.

Dia menyambung, “Dia menyatakan hasrat itu sekali lagi selepas musim yang buruk. Mungkin ini bukan perniagaan pasaran perpindahan yang baik pada pandangannya, saya tidak begitu faham betapa dramatiknya benda ni sekarang. Saya rasa tahun lepas dia berada di Juventus tetapi mereka tidak memenangi Liga Juara-Juara pun kat sana.”

Beberapa kelab telah dikaitkan dengan perpindahan Ronaldo sejak beberapa minggu lalu termasuk Bayern Munich, Chelsea, Atletico Madrid dan Paris Saint-Germain. Malangnya kesemua kelab menarik diri daripada tawaran itu. Nilai gaji Ronaldo yang tinggi didakwa menjadi punca beberapa kelab enggan merekrutnya.

Hujung minggu ini, Cristiano Ronaldo membuat penampilan pertamanya untuk Red Devils dalam perlawanan persahabatan menentang Rayo Vallecano. Dia bermain 45 minit perlawanan persahabatan terakhir mereka pada musim panas.

BACA:  Masih Bergelar Ejen Bebas, David De Gea Kini Pertimbang Beli Saja Kelab Bola Sepak