Sam Allardyce Tandatangan Penyerang Bernilai £27 Juta

Everton bersetuju untuk membayar Besiktas £27juta untuk mendapatkan khidmat penyerang antarabangsa Turki, Cenk Tosun.

Kedua-dua kelab telah mengadakan perbincangan pada Rabu lepas dengan Besiktas diwakili sendiri presiden mereka, Fikret Orman.

Mesin gol baru Everton

Nilai perpindahan telahpon dipersetujui di antara kedua-dua buah kelab dan sekarang Everton sedang berusaha untuk memuktamadkan terma peribadi dalam kontrak pemain terbabit.

Tosun yang kini berusia 26 tahun sudah berada di London dan sedang menunggu kebenaran untuk menyertai latihan skuad Everton.

Pengurus Everton, Sam Allardyce berkata beliau sangat berharap Tosun sempat didaftarkan sebelum pertemuan menentang Liverpool dalam saingan pusingan ke-3 Piala FA Jumaat ini.

“Perjanjian telah dipersetujui di antara kedua-dua buah kelab dan kini dalam peringkat perbincangan terma peribadi kontrak pemain.”

Zlatan belajar dari beliau untuk menjaringkan gol akrobatik

Perpindahan Tosun ke Goodison Park sedikit tergendala kerana Besiktas berkeras mahu yuran perpindahan lebih tinggi dari nilai £25juta yang ditawarkan Everton sebelum ini. Akhirnya satu kata sepakat telah dipersetujui dengan The Toffees terpaksa menaikkan sedikit tawaran bagi mendapatkan khidmat Tosun.

Tosun beraksi cemerlang dengan Besiktas musim ini dan berjaya membantu pasukannya mara sehingga ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara Eropah dimana mereka bakal berdepan Bayern Munich bulan hadapan.

Allardyce melihat pemain ini sebagai calon terbaik untuk mengisi kekosongan di bahagian serangan selepas pemergian mesin gol, Romelu Lukaku ke Manchester United awal musim ini.

Pemain yang dibawa masuk seperti Sandro dan Wayne Rooney gagal menggantikan tempat Lukaku dengan efektif dan akibatnya Everton ketandusan gol musim ini.

Tosun adalah pembelian pertama Sam Allardyce sejak bergelar pengurus Everton dan bekas pengurus England ini dilihat tidak akan berhenti disini sahaja dengan beberapa pemain bakal dibawa masuk untuk memperkuatkan pasukan pada tirai perpindahan Januari ini.

BACA:  Van Dijk Seperti Bermimpi Selepas Menjaringkan Gol Dalam Debut Bersama Liverpool