Sekumpulan Peminat Manchester United Panggil Elanga Monyet

Semangat perkauman masih lagi menebal di kalangan peminat bola sepak yang terlalu fanatik. Terbaru pemain muda Manchester United iaitu, Anthony Elanga menjadi mangsa kepada komen penuh perkauman dan rasis di media sosialnya.

Sememangnya tidak bagus sama sekali untuk melihat mana mana pemain diserang dengan komen berbaur perkauman. Kerana bola sepak itu sukan inklusif tanpa mengira agama, warna kulit dan jantina sekalipun.

Namun malangnya, ada segelintir manusia yang masih lagi menebal semangat perkaumannya. Hanya kerana pemain muda berusia 19 tahun itu gagal menyempurnakan penalti yang membuatkan Manchester United tersingkir, maka dia berdepan dengan komen komen tidak bertamadun.

Komen jelek mengisi ruangan akaun media sosial pemain tersebut termasuk ramai yang memanggilnya monyet yang digunakan untuk melabel seseorang berkulit hitam dengan nada hinaan.

Apa yang berlaku kepada Elanga benar benar mengecewakan ramai peminat bola sepak sejati. Kerana ianya merupakan sesuatu yang tidak boleh diterima langsung. Ramai yang menganggap sekumpulan penyokong yang rasis memberikan malu kepada seluruh penyokong Man United yang lain.

Ini bukanlah masalah yang baru berlaku melibatkan pemain pemain berkulit hitam di Manchester United dan juga di UK. Sebelum ini Marcus Rashford dan yang lain lain pernah menerima komen yang serupa.

Ini termasuk pemain pemain yang beraksi untuk pasukan kebangsaan yang menjadi mangsa perkauman.

Sehinggakan pada satu ketika Premier League melancarkan kempen ‘blackout’ media sosial untuk memberikan kesedaran tentang budaya buli siber dan juga komen berbaur rasis di media sosial.

Ramai yang meminta Instagram dan Twitter terutamanya, untuk mengambil langkah pro aktif dalam perkara ini. Menurut mereka, kalau platform tersebut dengan cepat mengesan isu hak cipta sesuatu video dan audio, serta hantaran / post yang tidak menepati polisi mereka, kenapa ianya lembap dalam isu berkaitan dengan racisme?

Elanga hanyalah pemain muda yang masuk ke padang untuk membantu pasukannya, atas kepercayaan yang diberikan jurulatih kepadanya.

Crristiano Ronaldo dan pemain pemain senior lain memberikan sokongan kepada pemain itu yang kelihatan sugul dan sangat kecewa selepas kegagalan penalti tersebut.

Ramai yang berharap agar kegagalan penalti itu tidak melemahkan semangat dan keyakinan Anthony Elanga yang sedang berkobar kobar pada musim ini, sehingga dia dimasukkan ke dalam pasukan utama oleh Ralf Rangnick.

Manchester United disingkirkan oleh Middlesbrough daripada saingan Piala FA pusingan keempat selepas mereka tewas dalam penentuan penalti 7-8. Hanya Elanga yang gagal dalam penaltinya yang berlarutan sehingga ke sudden death.

Sepanjang 120 minit, kedua dua pasukan terikat 1-1. Jadon Sancho menjaringkan gol pembukaan pada separuh masa pertama. Namun disamakan oleh Alex Crooks yang menjaringkan gol dengan cukup kontroversi apabila Duncan Watmore terlebih dahulu telah handball.

Namun VAR mengesahkan gol itu kerana menurut VAR, Watmore handball tak sengaja, dan dia bukan penjaring gol. Peraturan baru handball telah diubah. Jika pemain yang bukan penjaring gol, handball dahulu namun tidak sengaja ketika gol tersebut terbina, maka ianya harus diberikan.

Dalam situasi semalam, gol tersebut adalah sah mengikut undang undang baharu.

Kini Manchester United menumpukan sepenuh keringat mereka untuk memenangi Liga Juara Juara Eropah dan juga slot 4 teratas dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Semoga Anthony Elanga terus kuat dan tabah untuk berdepan dengan dugaan. Kita tidak mahu pemain muda seperti ini hancur fokus dan moralnya hanya kerana kegagalan penalti seperti ini. Beliau ada masa depan yang cerah di hadapannya.

BACA:  Fred Titik Terlemah United Yang Menjadi Dambaan Solskjaer