Selepas Terima Panggilan Dari Sir Alex, Ronaldo Tolak City Dan Terima United

Sir Alex Ferguson dilaporkan memainkan peranan paling besar dalam meyakinkan Cristiano Ronaldo untuk menolak tawaran Man City, dan memilih untuk kembali semula ke Old Trafford.

Jelas sekali hubungan Ronaldo dengan Sir Alex Ferguson seperti anak dan bapa, jadi kalau dia melawan mau dianggap anak derhaka dia nanti.

Legenda pengurus terhebat sepanjang zaman itu pernah menandatangani Ronaldo ketika berusia 18 tahun dari Sporting CP dengan yuran perpindahan bernilai £12.2 juta pada tahun 2003.

Ronaldo menikmati karier yang sungguh luar biasa menakjubkan di bawah kendalian Alex Ferguson dan beliau turut sempat menjulang tiga gelaran Premier League, Champions League, FA Cup dan dua gelaran League Cup.

Cristiano Ronaldo juga pada ketika itu berjaya memenangi anugerah Ballon d’or pertama dari lima yang sudah ada dalam kabinetnya sekarang.

Bintang handalan Portugal yang kini berusia 36 tahun itu sebelum ini hangat dikaitkan dengan bakal menyertai Juara saingan Premier League, Manchester City pada musim panas ini.

Walau bagaimanapun, dalam tempoh kurang 24 jam, Manchester United berjaya sailang Ronaldo, dan membawanya pulang ke Old Trafford.

Samuel Luckhurst dari Manchester Evening News melaporkan yang Ferguson ada menghubungi dan bercakap dengan Ronaldo pada pagi semalam.

Menurut laporan sama, ketika Sir Alex Ferguson menghubungi Ronaldo, hanya Man City sahaja satu-satunya pasukan yang berminat untuk mendapatkan khidmat bekas bintang Real Madrid dan Juventus itu.

Selepas mendapat panggilan dari Sir Alex, Ronaldo memberitahu Jorge Mendes bahawa beliau terbuka untuk membuat kepulangan semula ke Old Trafford.

Menurut Fabrizio Romano, Mendes terus menghubungi United untuk mendedahkan keterbukaan Ronaldo, dengan setan merah terus menghantar bidaan rasmi untuk mendapatkan bekas pemain mereka itu.

Ketika nama Ronaldo dikaitkan dengan bakal menyertai City, para penyokong United jadi tak senang duduk dan menunjukkan rasa kecewa mereka terhadap berita itu.

Mungkin kerana itu jugalah Sir Alex memutuskan untuk cuci otak Ronaldo dan membuka mata kelab supaya berusaha untuk menandatangani pemenang lima kali gelaran Ballon D’or itu.

Kurang 24 jam selepas menghantar bidaan, Juventus bersetuju dengan tawaran dari setan merah, dan kedua-dua pihak segera melengkapkan perpindahan melibatkan pemain terhebat sepanjang zaman itu.

Menakjubnya lagi, 30 minit selepas Ronaldo diumumkan sebagai pemain United, laman instagram kelab menunjukkan peningkatan satu juga pengikut.

Muat naik mereka yang kebiasaannya mendapat satu ke dua juta like, memecah rekod dengan muat naik berita tentang Ronaldo mendapat 7 juta like dalam tempoh kurang dua jam.

Saham kelab juga naik mendadak satu jam selepas Ronaldo diumumkan dengan mencatatkan peningkatan sebanyak 8% dan ia merupakan yang tertinggi dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.

Belum lagi penjualan jersi nanti, yang mana United tentunya bakal memperoleh durian runtuh dengan menjual jersi Ronaldo selepas ini.

Ketika Ronaldo mula menyertai Juventus, gergasi Serie A itu berjaya mencatatkan rekod jualan jersi beliau dengan jumlah yang sungguh luar biasa menakjubkan.

Juventus berjaya menjual 520,000 helai jersi Ronaldo dalam tempoh sehari atau 24 jam atau 1440 minit atau 86400 saat sahaja. Gila bukan?

Penjualan jersi Ronaldo yang bernombor 7 itu mencanak-canak naik selepas Ronaldo sah menyertai Juventus dari Real Madrid dengan yuran perpindahan bernilai €105 juta.

Jualan dalam tempoh sehari itu telah mecatat jualan bernilai $60 juta bersamaan hampir separuh daripada yuran perpindahan mengejut Ronaldo untuk bersama The Old Lady demi mencari cabaran baharu pada ketika itu.

Kepulangan ini pastinya menjadikan impian peribadi rata-rata penyokong United menjadi kenyataan, dan boleh diibaratkan bagai seorang bapa yang menanti kepulangan anak.

Ronaldo yang telah memenangi Ballon d’Or sebanyak lima kali, kini secara totalnya telah memenangi sebanyak 30 piala sepanjang kariernya, termasuk lima Liga Juara-Juara UEFA, empat Kejohanan Kelab FIFA, tujuh kali kejuaraan liga di England, Sepanyol dan Itali serta trofi Kejohanan Eropah bersama pasukan kebangsaan Portugal.

Ketika beraksi bersama United buat kali pertama, dia telah menjaringkan 118 gol dalam 292 perlawanan dan bersama Real Madrid, dia telah menjaringkan 450 gol sekaligus muncul sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman kelab La Liga tersebut.

Ketika perbincangan dilakukan antara kelab dan Ronaldo, pengurus Ole Gunnar Solksjaer dilihat agak yakin bahawa bekas rakan sepasukannya akan kembali menyarung jersi keramat yang pernah menaikkan namanya ketika dibimbing oleh Sir Alex Ferguson dari tahun 2003 sehingga 2009 itu.

“Aku tak rasa Cristiano akan tinggalkan Juventus. Ada banyak spekulasi pagi ni dan beberapa hari lepas,”

Ole bercakap kepada wartawan pada hari Jumaat.

“Kami memang ada komunikasi yang baik. Aku tahu Bruno (Fernandes) ada sembang dengan dia juga. Dia tahu apa yang kami rasa pasal dia dan jika dan hanya jika dia tinggalkan Juventus, dia tahu kami ada di sini.”

“Aku memang bernasib baik dalam main dengan dia, aku pun pernah melatih dia bila aku mula-mula dapat kerja (pengurus pasukan simpanan United).

“Dia memang seorang insan yang hebat jadi kita tengok apa yang akan terjadi dengan Cristiano. Semua orang yang pernah main dengan dia aku rasa ada soft spot di hati mereka kepada dia.”

Sebelum ini, dalam satu sidang media pada pagi Jumaat, pengurus Juventus Max Allegri telah mengesahkan bahawa Ronaldo akan meninggalkan kelab tersebut.

“Semalam, ada sembang dengan Ronaldo, dia bagitahu yang dia dah tak ada hati nak kekal di Juventus dan oleh sebab itu, dia tidak akan diturunkan esok (perlawanan menentang Empoli) dan pagi ni pun dia tak sertai latihan,”

Jelas Allegri.

“Aku tak ada rasa kecewa kerana Cristiano buat keputusan dia sendiri. Dia dah ada kat sini selama tiga tahun, dia bagi sumbangan, dia letak Juventus sebagai keutamaan dan sekarang ni dia nak keluar dah dan hidup perlu diteruskan.

“Cristiano dah bagi banyak benda untuk kelab ni, dia memang seorang yang juara. Aku ucapkan selamat maju jaya di ceruk mana pun dia main nanti.

“Dia patut diterima kasihkan selepas apa yang dia buat untuk Juventus.”

Sumber: SPORTbible

BACA:  10 Rekod Terbaik Milik Cristiano Ronaldo