Silva: Hanya Empat Pasukan Mampu Gugat Manchester City

Pemain tengah Manchester City, Bernardo Silva percaya terdapat empat pasukan yang akan memberikan saingan kepada The Citizens dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini.

Empat kelab yang dipercayai bakal menggugat penguasaan Manchester City menurut pendapat Silva adalah Liverpool, Chelsea, Arsenal dan Tottenham.

Sungguh hina pasukan Setan Merah dimata Silva

Satu tamparan hebat buat peminat Setan Merah kerana Silva langsung tidak menyebut Manchester United dalam senarai pencabar liga musim ini. Hati kau kejam Silva.

Juara bertahan Liga Perdana Inggeris itu kembali ke kemuncak liga selepas mencatatkan kemenangan tipis 1-0 ke atas Tottenham Hotspurs dalam  perlawanan yang berlangsung di Wembley. Walaupun Liverpool dan City masing-masing berkongsi mata yang sama iaitu 26 mata, City mempunyai kelebihan jaringan sebanyak +24 berbanding Liverpool +16.

Sama seperti City dan Liverpool, Chelsea juga mengharungi permulaan musim yang cemerlang. Skuad yang diberi jolokan ‘The Blues’ itu masih belum tewas musim ini dan hanya ketinggalan dua mata di belakang City.

Selain itu, Silva juga percaya Arsenal masih mempunyai peluang untuk mencabar kedudukan City yang mana mereka hanya ketinggalan 4 mata sahaja di belakang City.

7 mata dari 3 perlawanan di tempat lawan menentang Liverpool, Arsenal, dan Spurs. Sungguh cemerlang

Manchester United yang kini berada di tempat ke-8 liga dan ketinggalan 9 mata di belakang City, langsung tidak disebut Silva. Bekas pemain Monaco itu juga percaya agak sukar untuk City mengulangi pencapaian mengutip 100 mata, iaitu jumlah pungutan mata tertinggi dalam sejarah Liga Perdana Inggeris yang dilakukan mereka musim lepas.

“Saya rasa musim ini lebih sukar kerana musim lepas tiada siapa sangka kami mampu memenangi perlawanan sebanyak itu dan mencapai jumlah pungutan mata tersebut. Jadi musim ini, pasukan lain sedar mereka perlu bermain lebih baik apabila berhadapan dengan kami.”

“Sudah tentu untuk mengulanginya sekali lagi adalah sukar tetapi kami akan sentiasa bekerja kerasa dalam setiap perlawanan untuk mengutip 3 mata. Selepas itu, kami akan melihat sama ada kami mampu memenangi Liga Perdana Inggeris musim ini atau tidak.”

“Saya percaya Liverpool dan Chelsea merupakan pasukan pencabar, mereka mempunyai skuad yang kuat. Arsenal juga sama. Termasuk juga Tottenham walaupun mereka baru sahaja kalah di tangan kami, mereka masih lagi pasukan yang mampu mencabar kejuaraan liga.”

Peningkatan prestasi Pogba dan Martial sejak kebelakangan ini dikatakan mampu memacu United ke persadan liga. Anda yakin?

Impian Manchester City untuk mengekalkan kejuaraan liga yang dimenangi mereka musim lepas terus diperkuatkan lagi memandangkan mereka telah melawat Liverpool, Tottenham, dan Arsenal dan berjaya membawa pulang 7 mata dari 3 perlawanan tersebut.

Silva percaya keputusan ini akan menjadi faktor penentu dalam perebutan kejuaraan liga tetapi enggan terlalu yakin kerana liga masih lagi panjang dan apa sahaja mampu berlaku.

“Saya rasa amat penting buat kami untuk memenangi perlawanan menentang pencabar-pencabar terdekat. Untuk mencatatkan keputusan seri di Anfield, menang di Emirates dan sekarang di Wembley, ia sangat penting.”

BACA:  Premier League 2020/21: Manchester City 1-2 Chelsea