Six-pack Cristiano Ronaldo Yang Terdedah Dikatakan Fake Oleh Peminat

Cristiano Ronaldo mendedahkan six-pack nya melalui satu gambar yang dimuat naik dilaman Instagramnya dan para peminat tidak yakin akan keaslian gambar itu.

Six-pack milik Ronaldo terlihat sangat kemas dan teratur seolah gambar itu telah disunting sebelum dimuat naik ke laman Instagram milik bintang Portugal itu.

Bintang terkenal Juventus itu telah pulang ke kampung halamannya di Portugal pada Mac lalu setelah saingan Serie A digantung kerana penularan wabak Koronavirus.

Ketika dirumah, Ronaldo sering memuat naik video beliau sedang menjalani latihan dan work out untuk mengekalkan kekuatan fizikalnya.

Cristiano Ronaldo terkenal dengan sikapnya yang sentiasa menjaga kesihatan termasuk pemakanan dan bersenam.

Beliau akan merakam aksinya sedang bersenam dan berlatih dan dimuat naik ke media sosial. Tetapi, baru-baru ini beliau telah memuat naik video dan gambar yang telah menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan peminat dan pengikutnya.

Pemain berusia 35 tahun itu memuat naik gambar beliau sedang duduk di anak tangga dengan meletakkan caption:

“Latihan dirumah dengan menggunakan peralatan latihan SIXPAD EMS. Terus sihat dan terus positif.”

Posting beliau itu menjadi tular dan menimbulkan persoalan serta perbalahan dalam kalangan pengikutnya.

“Mengapa gambar ini seperti gambar yang sudah disunting?”

“Jelas gambar yang telah disunting”

“Nampak sangat palsu dimata saya.”

“Awalnya saya ingat kamu memakai bikini “

“Jesus! Saya fikir dia memakai baju dalam.”

Antara komen-komen yang terdapat dalam posting beliau yang menjadi tular itu.

Serie A dijangka akan kembali bersambung pada 13 Jun nanti dan para peminat sudah tidak sabar untuk melihat Cristiano Ronaldo kembali beraksi.

Juventus kini sedang mendahului saingan liga dengan kelebihan satu mata di hadapan Lazio dan persaingan untuk merebut kejuaraan juga dilihat masih terbuka.

Ronaldo sudah pasti mahu memenangi gelaran Serie A yang kedua untuknya dan yang kelapan untuk kelab secara berturut-turut.

Cristiano Ronaldo juga sudah mencatatkan 3 assist dan menjaringkan 21 gol dalam saingan Serie A musim ini.

Beliau pasti mahu mencapai kejayaan lebih baik lagi untuk melayakkan dirinya memenangi anugerah Ballon d’or akan datang untuk menyamai pencapaian Lionel Messi memenangi anugerah sama sebanyak enam kali.

BACA:  Carragher Dan Keane Berdebat Tentang Keputusan United Menandatangani Cristiano Ronaldo