Susanto: ‘MU Melekat Di Tubuh Saya Selamanya, Cinta Saya Selamanya Untuk MU’

Seorang penyokong tegar Manchester United dari Padang, Indonesia iaitu Susanto Selido menceritakan bagaimana istimewanya MU di hatinya. Menariknya, Susanto Selido diiktiraf oleh BeIn Sports sebagai Manchester United Super Fan.

Dalam satu slot video yang penuh dengan kata kata semangat, Susanto dilihat menyanyikan Glory Glory Man United bersama sama dengan penyokong lain termasuk awek ini:

Susanto Selido mulai meminati Manchester United sejak 2012. Dan sempat juga melihat Man United menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris terakhir mereka setakat ini pada 2013.

Ada yang menganggap ianya mungkin sudah terlewat, tetapi dia ada alasan tersendiri menyatakan bahawa penyokong sejati itu tak diukur dengan garis masa bila mulai menyokong.

Di rumahnya penuh dengan hiasan Manchester United, begitu juga dengan motosikalnya.

Ternyata Susanto peminat yang sangat fanatik. Dia malah menyatakan bahawa dia bukan seperti segelintir penyokong yang malu memakai jersi MU ketika kalah. Ini kerana Susanto sudah mencacah tatu Manchester United penuh pada badannya.

Dia sempat membuka bajunya dengan menunjukkan tatu tersebut. Tanda geram dengan sesetengah penyokong yang malu dengan MU ketika kalah.

Lakaran tatu yang sangat kemas penuh dengan seni dan bertemakan warna rasmi kelab Manchester United.

Di kedua dua belah kakinya turut ada tatu Manchester United.

Lihatlah sendiri betapa memukaunya tatu beliau dengan tertulis Setan Merah ataupun The Red Devils.

Jadi, dengan tatu yang penuh badannya, Manchester United akan sentiasa ada bersamanya.

Seterusnya, dia juga tak dapat membayangkan bagaimanalah kehidupannya jika tiada MU di dunia ini. Susanto sentiasa percaya bola sepak sangat indah terutama sekali sebagai penyokong Manchester United. Ianya dapat menyatukan semua orang tak kira latar belakang.

Seperti penyokong tegar yang lain, Susanto bersorak dan chanting bersama sama peminat yang lain ketika sesi tontonan siaran langsung.

Ayuh dengarkan kata kata semangat seorang penyokong sejati yang digelar penyokong super.

“Buat saya, MU adalah anugerah dan karunia [kurniaan]. MU membawa kebahagian dan membuat hidup saya lebih bererti.”

“Jujur, saya baru jadi fan MU di tahun 2012.”

“Mungkin ada yang bilang telat [terlewat] ya. Tetapi menurut saya, yang utama itu adalah gimana [bagaimana] ghairah dan bagaimana cara kita menunjukkin [menunjukkan] kecintaan ke klub [kelab], kebanggaan.”

“Saya enggak bisa bayangin hidup saya tanpa MU. Ada sesuatu yang spesial tentang klub ini.”

“Perjalanan saya ke Old Trafford enggak bisa saya lupakan dan masih terus mengiang di pikiran saya sampai hari ini.”

“Mungkin saat MU kalah, ada sebahagian fans yang malu pakai jersi MU.”

“Tetapi buat saya, MU dan logo MU melekat di tubuh saya. SELAMANYA.”

“Semua yang saya miliki pasti tentang MU. SEMUANYA.”

“MU bukan hanya sebuah klub kebanggaan. Tapi jugak jiwa, jati diri, dan hidup saya.”

“Saya percaya ada magis tesendiri dari sepak bola. Ia bisa menyatukan semua orang, dari semua kalangan.”

“Saat menang ataupun kalah, fans sejati tetap berdiri dan support klubnya. Kerana kita menang bersama, kalah pun selalu bersama.”

“Cinta saya selamanya untuk MU.”

Dengan semangat yang ada sebegini pada penyokong mereka menjadikan Manchester United sebagai kelab yang luar biasa dan unik.

Tidak hairanlah Manchester United digelar sebagai kelab terbesar di dunia. Ayuh tengok sendiri video khas ini, pasti lebih menyemarakkan lagi semangat GGMU di hati kita.

LIRIK LAGU GGMU

Glory glory Man united,
Glory glory Man united,
Glory glory Man united,
As the reds go marching on on on!
Just like the busby babes in days gone by,
We’ll keep the red flags flying high,
Your gonna see us all from far and wide,
Your gonna hear the masses sing with pride.
United, Man united,
We’re the boys in red and we’re on our way to Wembley!
Wembley, Wembley,
We’re the famous Man united and we’re going to Wembley,
Wembley, Wembley,
We’re the famous Man united and we’re going to Wembley
In Seventy-Seven it was Docherty
Atkinson will make it Eighty-Three
And everyone will no just who we are,
They’ll be singing que sera sera
United, Man united,
We’re the boys in red and we’re on our way to Wembley!
Wembley, Wembley,
We’re the famous Man united and we’re going to Wembley,
Wembley, Wembley,
We’re the famous Man united and we’re going to Wembley
Glory glory Man united,
Glory glory Man united,
Glory glory Man united,
As the reds go marching on on on!
Glory glory Man united,
Glory glory Man united,
Glory glory Man united,
As the reds go marching on on on!
Glory glory Man united,
Glory glory Man united,
Glory glory Man united,
As the reds go marching on on on!
BACA:  [VIDEO]: Roy Keane Diserang Dan Ditanduk Penyokong Arsenal Di Emirates