Tammy Abraham Boleh Dipaksa Kembali ke Chelsea Pada Harga 80 Juta Euro

Chelsea telah menjual penyerang dari akademi mereka, Tammy Abraham pada harga £34 juta kepada AS Roma pada musim panas tahun lalu, dan kelab Liga Perdana Inggeris ini sebenarnya boleh membeli semula penyerang mereka menerusi klausa pembelian semula.

Penyerang Roma itu kini gembira berada di Itali dan belum ada sebarang penrancangan untuk pulang semula ke Chelsea dalam tempoh terdekat ini.

Dia yang menyertai Roma selepas kecewa tidak mendapat tempat dalam kesebelasan utama Chelsea di bawah Thomas Tuchel. Namun di ibu kota Itali, dia bagaikan seorang penyerang yang baru dilahirkan semula.

Bermain di bawah Jose Mourinho musim lalu, Abraham telah menjaringkan 27 gol dan menyumbang lima assist dalam 53 penampilan merangkumi kesemua pertandingan. Dia juga telah membantu Roma menjuarai Liga Konferens Europa buat julung-julung kalinya, sekaligus menamatkan kemaau piala Roma selama 13 tahun.

Walaubagaimanapun, secara teorinya, waktu Abraham di Rom boleh menjadi singkat sekiranya Chelsea menggunakan kelebihan yang ada pada mereka – mengaktifkan klausa pembelian semula. Ini adalah kerana sewaktu menjual Abraham kepada Roma, Chelsea memasukkan syarat bahawa mereka boleh membeli semula pemain ini pada mana-mana jendela perpindahan, pada harga 80 juta Euro, bersamaan £68 juta.

Pun begitu, Abraham telah menghindarkan kerisauan di kalangan para penyokong kelab, di mana dia memberitahu Corriere dello Sport;

“Tak! Hari pertama aku sampai ke Roma aku dah rasa macam kat rumah sendiri. Aku takde lorat nak kelik ke Liga Perdana Inggeris semula sebab kat sini aku boleh ekspresi cara diri aku bermain yang sebenar. Di Itali, aku rasa gembira dalam segala mak nika.

“Percayalah, aku tak fikir pun pasal masa depan, hanya tentang masa sekarang ni. Aku fokus hanya kepada musim yang dah nak mula tak lama lagi, sebab aku nak rasa lebih banyak hasil berbanding musim pertama aku di Itali.”

Ketika ditanya adakah dia menyesal meninggalkan Chelsea, Abraham menjawab;”Tak! Tak pernah walau satu detik.

“Memilih Roma adalah salah satu daripada keputusan yang paling betul aku ambil dalam hidup ni.”

Dalam jendela perpindahan pada musim panas kali ini, Jose Mourinho telah berjaya memancing khidmat bekas pemain Juventus, Paulo Dybala secara pecuma.

Pemain Argentina ini diumumkan dalam satu majlis yang gilang gemilang dan dihadiri oleh berpuluh ribu penyokong Roma yang berkumpul di dataran sambil menyanyikan lagu syahdu dan diiringi oleh bunyi mercun dan bunga api.

Abraham dengan sukacitanya mengalu-alukan kedatangan Dybala kerana akan mewujudkan persaingan untuk merebut tempat di dalam pasukan di bahagian serangan. Ketika ditanya adakah dia cemburu dengan status Dybala di kelab, Abraham menjawab;

“Tak jeles pun. Raja boleh ada dua, kan?

“Kita rasa bertuah dapat mempunyai pemain seperti tahap tu dalam pasukan. Jadi, ini bermakna – buat penyokong dan buat kami – kami sedang membina satu projek yang berprofil teknikal tinggi.”

Kebehatan Abraham di Itali juga telah memberikan pulangan yang baik di mana dia dipanggil semula oleh Gareth Southgate baru-baru ini. Selaku pemain professional, sudah pasti Abraham mensasarkan ingin terpilih bersama pasukan yang bermain di Piala Dunia Qatar pada hujung tahun nanti, tetapi pada ketika ini fokusnya adalah bersama Roma.

“Aku ada fikir pasal berkembang dan bekerja keras,” ujar Abraham ketika ditanya apakah sasarannya pada musim ini.

“Musim lepas adalah bagus tapi sasaran kita adalah untuk tambah lagi baik pada musim berikutnya, mungkin yang paling baik.

“Semestinya, kami nak buat lagi baik daripada musim lalu dan kembali ke top four. Ini juga adalah sasaran kami.”

Sumber : Mirror

BACA:  Tammy Abraham Menerima 'Standing Ovation' Dari Penyokong Roma Selepas Pamer Aksi Luar Biasa Menakjubkan