Ten Hag Laung Amaran: “Ini Titik Permulaan Kebangkitan Manchester United”

Manchester United baru sahaja bermula kata Ten Hag selepas dunia menyaksikan kuasa sebenar Setan Merah di Old Trafford. Sebelum ini mereka masih di dalam mood honey moon. Dan membiarkan lawan mereka memecut dahulu.

Kemenangan ke atas Brentford semalam sangat luar biasa. Mereka ketinggalan pada separuh masa pertama dan membiarkan penyokong lawan mereka bersuka ria dahulu. Pada masa kecederaan Scott McTominay mencetak dua gol yang membolehkan Man United menang bergaya 2-1.

Ten Hag bangga dengan segalanya. Dari segi mentaliti anak anak buahnya sehinggalah atmosfera di Old Trafford yang membuatkan dia terfikir: “Ini semestinya titik kebangkitan kami Manchester United,” kata pengurus yang mirip wajah angkasawan merangkap doktor itu.

@joehankooh

Siapa buat ne ? Baik mengaku🤣🤣🤣 Mcm hanat #fypシ #fyp

♬ original sound – Joehan Ramliee Kooh – Joehan Ramliee Kooh

Manchester United tidak bermula baik musim ini. Dan kerap mendapat kritikan. Ini ditambah dengan masalah di luar padang. Misalnya Antony pergi selesaikan kes polis. Kemudian Jadon Sancho pula digantung kelab sendiri kerana mengecam Ten Hag sebagai kuat menipu dan menjadikannya kambing hitam.

Bagaimanapun, sinar kebangkitan Man United bermula pada aksi berdepan dengan Brentford. Lantas Erik Ten Hag melaungkan amaran bahawa dia yakin ini semestinya titik kebangkitan kepada Manchester United.

“Ini sudah semestinya titik permulaan kebangkitan. Sudah semestinya ya. Di mana kamu percaya dan melihat penyokong percaya dalam diri mereka. Mereka bersatu padu bersama sama,” tegas Erik Ten Hag.

Manchester United selepas ini akan berdepan dengan Sheffield United dan FC Copenhagen dalam aksi UCL. Kemudian 2 aksi tumpuan dalam EPL menentang Manchester City dan Newcastle United.

Assist Maguire Bantu Kemenangan Dramatik Man United

Manchester United mencipta satu lagi keajaiban yang tidak pernah dilakukan kelab lain. Hanya mereka saja. Iaitu menjaringkan 2 gol masa kecederaan untuk menang 2-1 ke atas Brentford.

Ianya persis kebangkitan luar biasa ketika menewaskan Bayern Munich ketika final Liga Juara Juara Eropah satu ketika dahulu di Nou Camp.

Wira kebangkitan dan kemenangan Manchester United pastinya Scott McTominay dan Harry Maguire.

Manchester United ketinggalan awal dalam perlawanan ini menerusi gol Matthias Jensen pada separuh masa pertama. Gol yang memberikan kegembiraan penyokong Brentford dan Liverpool.

Gol itu berpunca daripada kesilapan berkumpulan dilakukan pemain pemain Manchester United. Di mana Casemiro dan Victor Lindelof gagal mengeluarkan bola dengan lebih baik.

Dan apabila bola dihalakan kepada Onana, anda akan tahu apa penyudahnya. Penjaga gol itu sepatutnya boleh menyelamatkan gol itu tetapi memilih untuk meneruskan rentak kebolosannya.

Namun setelah berjuang bermati matian tanpa mengenal erti jemu, skuad Setan Merah menang 2-1 pada akhirnya. Kemenangan yang dicipta sangat dramatik.

Erik Ten Hag memasukkan senjata rahsianya, Scott McTominay pada minit ke-87. Dan pemain itu mencetak gol pertama masa kecederaan minit ke-93.

Ianya selepas gol Martial sebelum itu dibatalkan oleh VAR dengan cara kejam sekali. Namun semangat Manchester United tidak padam.

Buktinya McTominay menunjukkan kepada dunia bahawa perlawanan tak akan berakhir selagi wisel penamat tidak dibunyikan. Bagi United, selepas wisel penamat pun mereka boleh menang sebelum ini. Inikan pula masih ada baki perlawanan yang banyak.

Selepas gol pertama, gol kemenangan McTominay pula menerusi tandukan cantik hasil umpanan berkelas dunia Harry Maguire yang menerima hantaran dalam kotak penalti.

Tamat perlawanan Manchester United menang bergaya 2-1 ke atas Brentford. Ianya pengajaran berguna kepada pasukan lawan yang lain yang bakal datang ke Old Trafford bahawa mereka tidak akan pernah pulang dengan mata lagi selepas ini.

Prestasi Harry Maguire juga dipuji ramai. Dia hadir selepas Man United berdepan krisis kecederaan di barisan pertahanan. Ketiadaan Lisandro Martinez membolehkan Maguire menggunakan kesempatan yang ada untuk menyinar. Martinez terpaksa dibedah kerana kecederaan di tulang metatarsal.

Maguire digandingkan dengan pemain veteran Jonny Evans.

BACA:  Sebab Utama Sancho Enggan Mohon Maaf Didedahkan Orang Dalam MU