Tenang Demba Ba Jaringkan Gol Selepas Pertahanan Manchester United Lenyap

Champions League merupakan satu-satunya kejohanan yang ditempuhi dengan penuh meyakinkan oleh Manchester United yang dibimbing oleh pakar Formula Ole Gunnar Solksjaer.

Berada dalam kumpulan maut, Manchester United telah membuat kejutan apabila berjaya menewaskan finalis musim lalu Paris Saint-Germain dan membelesah semi-finalis RB Leipzig.

Bertemu kelab kontroversi daripada Istanbul Başakşehir yang dibenci di Turki kerana menggunakan dana kerajaan untuk kelangsungan perjalanan kelab sepatutnya menjadi perlawanan mudah.

Tapi itu semua nampak mudah di atas kertas dan aksi sebenar di padang, Manchester United telah dihukum seawal minit ke-13.

Manchester United bermula garang dan mengasak Istanbul Başakşehir dan berjaya memberi tekanan kepada pasukan tuan rumah dan cuba menyerang tanpa pedoman.

Malangnya serangan Manchester United kanda. Serangan balas yang sangat mudah dan ringkas dilakukakan oleh Istanbul Başakşehir.

Edin Visca telah melambungkan bola terus ke atas ketika Demba Ba hanya keseorangan di atas dan pemain berusia 35 tahun itu tidak ada masalah untuk memecut.

Ajaibnya semua pertahanan Manchester United lenyap ketika bola tiba di kaki Demba Ba yang tenang membawa bola dan hanya perlu menewaskan Dean Henderson.

Mudah buat pemain berpengalaman seperti Demba Ba untuk menjaringkan gol dalam situasi satu lawan satu dengan ruang terbentang luas.

Hasil kesilapan Juan Mata terlepas bola membolehkan Edin Visca yang membuat Assist untuk gol Demba Ba mencetak nama selaku penjaring.

Anthony Martial kembali merapatkan jurang sebelum tamat separuh masa pertama selepas menanduk masuk hantaran Shaw.

BACA:  Mourinho: United Berjaya Runtuhkan Tembok Berlin Untuk Raih Kemenangan