Teori Konspirasi: Man Utd Bakal Juara UCL Bersandarkan Kisah Chelsea Musim Lalu

Satu teori konspirasi telah pun dibuat oleh seorang peminat Manchester United yang agak berani meramalkan bahawa Manchester United bakal bergelar juara UEFA Champions League (UCL) selepas Ole Gunnar Solskjaer telah pun selamat dipecat.

Teori ini hanya bersandarkan kepada kisah Chelsea pada musim lalu yang telah bergelar juara Champions League selepas Frank Lampard telah dipecat dipertengahan musim lalu digantikan dengan Thomas Tuchel.

Jalan cerita dilalui oleh Manchester United pada ketika ini adalah hampir sama dengan apa yang dilalui oleh Chelsea. Dari situlah lahirnya angan-angan dan fantasi yang diterjemah dengan tulisan lalu keluarlah teori konspirasi alumunium.

Manchester United dilihat seperti kembali ke landasan yang tepat selepas berjaya mara ke pusingan kalah mati kejohanan paling agung di Eropah selepas menewaskan Villarreal.

Namun tidak dapat dipastikan adakah Manchester United akan terbabas kembali atau tidak. Kemaraan selaku selaku juara kumpulan F sudah pasti mengukuhkan lagi teori ini.

Satu thread atau bebenang menarik dikongsikan oleh seorang peminat Man United di Twitter yang bernama UTDCJ. Di mana dia membuat satu teori konspirasi berkenaan dengan bersandarkan kepada nasib Manchester United dan Chelsea.

1. Pecat Pengurus legenda kelab, Lantik Pengurus Dari PSG

UTDCJ menjelaskan kenapa Man United berpotensi menjadi juara Champions League jika melantik Mauricio Pochettino berdasarkan rumus yang sama digunakan Chelsea sebelum ini.

Dia memulakan bebenang dengan:

“Kali terakhir kelab memecat legenda mereka dan melantik bekas pengurus PSG, mereka memenangi UCL.”

Merujuk kepada Chelsea yang memecat Frank Lampard sebelum ini dan kemudian melantik Thomas Tuchel dipertengahan musim. Pada musim yang sama Chelsea menjuarai UCL pada akhir musim.

Lampard sudah pastinya legenda sejati Chelsea. Sama seperti Ole di Man United. Lampard menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman untuk Chelsea. Manakala Ole merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman United untuk gol dari pemain simpanan.

2. Menang 4-1 Ke Atas Pasukan Tercorot

Terus memperkuatkan hujahnya, UTDCJ turut menyatakan bahawa musim Lampard dipecat, dia mencipta kemenangan 4-1 ke atas pasukan tercorot pada masa itu iaitu Sheffield.

Kejadian ini juga sama seperti yang dicatatkan Ole Gunnar Solskjaer yang menang 4-1 ke atas Newcastle yang merupakan pasukan dikedudukan terbawah liga ketika itu.

3. Kedudukan di Premier League Ketika Pengurus Dipecat

Pada musim lalu ketika Frank Lampard dipecat, Chelsea berada ditangga kelapan Premier League, sama seperti kedudukan Manchester United ketika memecat Ole Gunnar Solskjaer.

Frank Lampard dipecat selepas 20 perlawanan manakala Ole Gunnar Solskjaer dipecat selepas 12 perlawanan sahaja. Entah-entah boleh jadi juara Premier League jugak.

4. Tewas Final UCL Kepada Pasukan Merah dan Pengurus Jerman

Teori tersebut diteruskan dengan rekod Thomas Tuchel dan Mauricio Pochettino sebelum ini di final Champions League ketika kedua-dua pengurus itu masih bersama PSG dan Tottenham Hotspur.

Di mana kedua duanya pernah tewas di final UCL sekali di tangan pasukan memakai jersi berwarna merah pada hari final. Pochettino bersama Spurs kalah di tangan Liverpool.

Manakala PSG di bawah Thomas Tuchel kalah di tangan Bayern Munich. Kedua dua kelab yang menewaskan mereka di final adalah diuruskan pengurus dari Jerman iaitu Jurgen Klopp dan Hansi Flick.

5. Tewas Kepada Calon Bakal Tersingkir Liga dan Leicester City

Chelsea pada musim lalu telah tewas kepada pasukan yang menjadi calon yang bakal tersingkir dari Premier League Wes Bromich Albion dan juga kepada Leicester City.

Musim ini menyaksikan Manchester United juga tewas kepada calon yang bakal tersingkir dari Premier League Watford dan juga tewas kepada Leicester City.

6. Satu Kumpulan Bersama Juara Europa League

Hujah terakhir dari UTDCJ bagi menutup teorinya ini menyatakan bahawa ketiak Chelsea muncul menjadi juara UCL, mereka diletakkan sekumpulan dengan Sevilla yang merupakan juara UEL pada musim sebelumnya.

Dan Manchester United musim ini juga diletakkan bersama dengan Vilarreal juga sebagai juara UCL musim lepas yang mana satu dunia tahu Villarreal menewaskan Manchester United diperlawanan akhir Europa League.

Kini Manchester United sudah dipusingan kalah mati, sudah pasti situasi ini akan digunakan untuk terus menguatkan hujah yang berbentuk teori konspirasi.

Benda ni baca sedap dan menghiburkan, kalau nak percaya tu terpulang kepada diri masing-masing jela.

BACA:  Ince: Sanchez Punca Prestasi Pogba Merudum