Lima tahun yang lalu pada hari ini, salah seorang pemain paling ‘gentleman’ di dalam bola sepak mencetuskan kesedihan kepada dunia bola sepak.
Ini kerana bekas bintang Newcastle United, Cheick Tioté meninggal dunia pada usia 30 tahun setelah rebah ketika menjalani latihan bersama kelabnya di China.
Pemain antarabangsa Ivory Coast ini bukan pemain yang mempunyai nama ketika beliau tiba di England pada tahun 2010 daripada Twente.
Namun hanya selama beberapa musim di Premier League, Tiote menjadi antara pemain yang paling disenangi kawan dan lawan kerana sifat rendah hati yang dimilikinya sehingga digelar ‘The humble gladiator’ ketika beraksi di England.
Asal usul
Tioté dilahirkan di Yamoussoukro, Ivory Coast. Bandar yang secara geografinya terletak di sebelah barat benua Afrika itu adalah tempat di mana Tioté menjalani kehidupan kanak-kanaknya.
Seperti kanak-kanak yang lain, Tioté gemar bermain bola sepak jalanan di sekitar bandar Yamoussoukro dengan hanya berkaki ayam kerana tidak mampu untuk membeli sepasang kasut sehingga berusia 10 tahun.
Bagaimanapun bakat dan kualiti yang ada pada Tiote mula dikesan oleh sebuah kelab bola sepak yang berpangkalan di Ivory Coast, FC Bibo.
Ketika beraksi bersama FC Bibo, bakatnya ditemui pula oleh pencari bakat untuk untuk kelab Belgium, Anderlecht. Tiote kemudiannya diterbangkan ke Belgium dengan tawaran kontrak selama 3 tahun pada tahun 2005.
Berkelana di Eropah
Inilah pertama kali Tiote mendapat peluang beraksi di Eropah. Sepanjang bersama Anderlecht, Tiote hanya tampil 4 kali untuk skuad senior kelab Belgium tersebut.
Pada tahun 2007, Tiote ditawarkan untuk beraksi secara pinjaman ke Belanda bersama Roda JC. Beliau tidak memandang ke belakang selepas itu.
Five years ago, former #NUFC midfielder Cheick Tioté tragically passed away at the age of 30.
Never forgotten. We miss you, Cheicky. 🖤🤍 pic.twitter.com/QsESAMhPXr
— Newcastle United FC (@NUFC) June 5, 2022
Bersama Roda JC, Tiote menjadi antara pemain tengah terbaik di Liga Belanda. Beberapa buah kelab mulai mengintai potensi untuk mendapatkan beliau, namun Tiote memutuskan untuk kekal di Belanda.
Pada musim panas tahun 2008, Cheick Tiote menyertai FC Twente dengan yuran perpindahan sekitar £750,000.
Tiote juga membuktikan beliau boleh bermain di pentas tertinggi apabila menunjukkan permainan yang cemerlang dalam aksi Europa League dan Champions League.
FC Twente Dan Newcastle United
Ketika bekas pengurus England Steve McClaren mengendalikan FC Twente, Tiote adalah antara pemain yang memainkan peranan penting untuk membawa kejuaraan Eredivisie buat pertama kali untuk FC Twente pada musim 2009-2010.
Tiote turut membantu FC Twente menewaskan Ajax Amsterdam untuk memenangi Dutch Supercup pada permulaan musim berikutnya.
RIP Cheick Tioté (30) former player of FC Twente & Newcastle United. Winner of the 2010 eredivisie. pic.twitter.com/vx7eyr0SbG
— Patrick🇳🇱 #Kraanwater femboy (@Eurosprinter127) June 5, 2017
Pada 26 August 2010, Cheick Tiote diumumkan sebagai pemain Newcastle United dengan yuran perpindahan bernilai sekitar £3.5 juta.
Bersama kelab yang berpangkalan di St.Jame’s Park itu, Tiote membuat penampilan sebanyak 161 kali.
Wonder gol vs Arsenal
Sepanjang hampir tujuh musim beraksi bersama Newcastle United, Tiote hanya menjaringkan satu gol.
Anehnya jaringan tersebut tidak pernah padam daripada ingatan peminat tegar The Magpies dan Premier League.
Sadly passed on this day in 2017: Cheick Tiote 🙏🖤🤍pic.twitter.com/svK607NVgY
— Yanited (@NE5westend) June 5, 2022
Jaringan Tiote untuk skuad The Magpies adalah jaringan penyamaan ketika menentang Arsenal pada Februari 2011.
Gol tersebut kekal berada di dalam ingatan dan dianggap sebagai ‘wonder gol’ kerana keajaibannya dan tiba selepas Newcastle United ketinggalan 4-0 sebelum bangkit mengikat The Gunners dengan jaringan 4-4 dalam perlawanan di St. Jame’s Park itu.
Pentas Antarabangsa
Kehebatan Cheick Tiote turut membuatkan beliau mendapat panggilan untuk beraksi di pentas antarabangsa.
Di Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan, Cheick Tiote muncul dalam kesemua 3 perlawanan peringkat kumpulan namun gagal membantu negaranya melayakkan diri ke peringkat kalah mati.
Cheick Tiote tampil sebanyak 52 kali untuk negaranya dan turut menjaringkan hanya 1 gol sepanjang aksi di pentas antarabangsa.
“Forever in our hearts”—Cheick Tiote remembered today with a military funeral in the Ivory Coast 🙏 pic.twitter.com/17mfGB1HbK
— B/R Football (@brfootball) June 18, 2017
Tiote yang mempunyai perwatakkan yang rajin di atas padang dan mempunyai visi luar biasa dalam permainnanya turut membantu Ivory Coast ke perlawanan akhir Piala Afrika pada tahun 2012 di Gabon.
Namun Tiote dan Ivory Coast dikecewakan oleh Zambia melalui penentuan sepakan penalti apabila Kolo Toure dan Gervinho gagal menyempurnakan sepakan masing-masing.
Pada Piala Dunia 2014 di Brazil, Tiote dan Ivory Coast terpaksa berpuas hati menduduki tempat ke-3 Kumpulan C apabila tewas dua kali dan hanya menang 2-1 ketika bertemu dengan wakil Asia iaitu Jepun.
Kehidupan Peribadi
Cheick Tiote mempunyai tiga isteri dalam kehidupannya. Tiote tinggal bersama isterinya, Madah dan dua anaknya di kediaman mereka di Ponteland, Newcastle.
Beliau kemudiannya mengahwini Laeticia Doukrou dalam satu majlis di Ivory Coast untuk perkahwinan keduanya.
TRAGIC – Chieck Tiote's Wife Expecting A Baby This Week – https://t.co/yI6BRqNwrP pic.twitter.com/G4hOVckyGH
— Mobizone (@mobizoneng) June 7, 2017
Tidak lama kemudian, laporan di Britain melaporkan bahawa Tiote turut mempunyai seorang isteri di Zimbabwe, Nikki Mpofu yang turut telah melahirkan seorang anak untuk beliau.
Di mata masyarakat di Eropah, memiliki lebih daripada seorang isteri yang sah adalah sesuatu yang janggal.
Bagaimanapun ia bukanlah satu amalan yang pelik memandangkan Cheick Tiote adalah seorang Muslim yang patuh kepada ajaran Islam.
Berita kematiannya lima tahun lalu mengejutkan ramai pihak terutama di kalangan keluarga, sahabat handai dan bekas rakan sepasukan.
Bola sepak telah kehilangan satu lagi bintang sebelum tiba masanya. Damailah di sana Cheick Tiote.