Tindakan Ronaldo Tunduk Menutup Muka Bantu Parma Jaringkan Freekick

Tindakan luar biasa Cristiano Ronaldo ketika situasi bola mati dengan menundukkan kepala dan menutup mukanya kacak nyata mengundang padah apabila telah membantu Parma menjaringkan gol melalui sepakan percuma.

Parma berada dihadapan mendahului Juventus melalui sepakan percuma Gaston Brugman.

Ketika sepakan percuma dilakukan oleh Gaston Brugman, Juventus menggunakan lima pemain untuk membuat dinding pertahanan dengan empat berdiri dan seorang baring.

Tatakala sepakan dilepaskan hanya tiga pemain yang membuat benteng melompat tinggi untuk menghalang kecuali Cristiano Ronaldo.

Pemain sensasi dunia itu telah memilih untuk membuat satu lompatan tidak ikhlas dengan menundukkan kepada sambil menutup muka dan mengangkat kaki ke depan.

Bola cantik dan sedang elok aje melalui atas kepada Ronaldo yang menunduk itu, tepat bacaan Ronaldo dan membuat langkah pencegahan awal dengan menunduk.

Ternyata menjadi benteng ketika sepakan percuma lawan bukan salah satu kemahiran Cristiano Ronaldo namun tetap diarahkan untuk melakukan tugas itu.

Sudah tentu wajahnya yang kacak mahu dilindungi seperti kata seorang pengguna Twitter, Ronaldo mahu wajahnya sentiasa kacak di Instagram.

Aksi ini pasti menaikkan kebencian kebanyakkan orang Itali dengan Ronaldo yang dituduh sebagai punca kemerosotan Juventus berbanding menyalahkan Andrea Pirlo yang tak tahu menda.

Juventus bangkit melawan dengan jaringan pendahuluan Parma dengan kebangkitan sensasi menenggelamkan penghinaan sepakan percuma untuk menumpaskan Parma 3-1 di Stadium Allianz.

Sepasang gol atau dua gol telah dijaringkan oleh Alex Sandro meletakkan pasukan Serie A – yang kini berada di kedudukan ketiga, terus berjuang untuk tempat kelayakan Liga Juara-Juara.

Matthijs de Ligt kemudian menambah gol ketiga pada minit ke-68 untuk mengesahkan kebangkitan penuh bergaya.

Namun tindakan pelik Ronaldo di dinding yang jelas nampaknya tidak berusaha untuk benar-benar menyekat bola secara semula jadi telah menimbulkan kritikan dari peminat bola sepak.

Sebelum ini Cristiano Ronaldo telah disalahkan kerana menjadi penyebab tersingkir Juventus di kaki FC Porto dalam saingan Champions League peringkat 16 pasukan terbaik.

Ketika itu Ronaldo telah memusingkan badannya sambil melompat menyebabkan sepakan percuma Sergio Oliveira pada masa tambahan lalu bawah kaki Ronaldo dan gol.

Juventus juga berpotensi untuk kehilangan tempat ke Champions League musim hadapan jika terus mempamerkan aksi tidak konsisten.

Ke Juventus masih nak main Super League. Dah tarik diri belum?

BACA:  Peminat Teruja Melihat Cristiano Ronaldo Kembali Ceria Selepas Tamat Aksi Kemenangan Bertemu West Ham